
Saya hanyalah budak kampung nakal dari Pasir Pekan Wakaf Bharu Kelantan. Belajar sekolah kampung sampailah darjah 6. Pertama dalam hidup mendapat kejayaan apabila tak disangka mendapat 4A UPSR (semua subjek A). Pertama kali dipuji oleh arwah ayah setelah mendapat 4A. Sebelum tu teruk kena marah.
Sekolah menengah setia dengan sekolah MML.
Asalnya nak jadi ulamak, melanjutkan ke mesir. Tetapi terjebak masuk kelas aliran sains. Tukar cita-cita nak jadi ulamak profesional. Malangnya sekarang hanyalah asyik-asyik jadi “alamak” sahaja. Teringat pulak lagu raya.
Belajar medic di UKM, grad lulus walaupun without flying kaler, nyawa-nyawa ikan. 2004. Cemerlang waktu housemanship (tak kena extend) tanpa membodek bos.
Resign KKM selepas 5 tahun berkhidmat taat setiap, selang sehari oncall 36 jam selama 2 tahun.
Sambung belajar dalam master & phd anatomy. Kerana minat mendalam suka mengajar, dan anatomy subjek paling teruk tak skor (rasa nak balas dendam kisah lama). Gurau ajo, cuma minat sbb ianya asas segala ilmu perubatan & sains kesihatan.
Sekarang pensyarah biasa, masih kena belajar banyak lagi untuk menjadi professor.
Selamat berkenalan.
Jika anda berminat nak sambung master / phd in medical sciences (anatomy). Boleh ajo halo-halo, saya sedia membantu. Insya Allah saya akan cuba menjadi supervisor yang baik.