
Saya terjebak menggunakan Ai penghujung tahun 2023. Pada awal mengenal Ai, selalu terlihat kat tiktok tentang chatgpt. Mula-mula merasa agak bosan kerana melihat video berulang-ulang. Tetapi setelah itu, baru saya menyedari kegunaan chatgpt. Sebelum ini banyak kerja berkaitan menulis email, proposal dan macam-macam lagi memerah otak. Tambahan pula, bekas student saya menyarankan menggunakan chatgpt berbayar, kerana kualiti yang berbayar sangat berbeza berbanding yang percuma. Patutlah, saya merasa “Eh, kenapa bodoh sangat chatgpt”. Rupa-rupanya yang bodoh itu ialah yang percuma. Bab kata pepatah mat salleh “cheap no good, good no cheap”.
Setelah saya membayar setiap bulan, maka saya rasa sangat berbaloi dengan kualiti kerja yang dihasilkan oleh ChatGPT Plus. Hasilnya sangat berkualiti. Saya juga telah mengajar beberapa kawan terdekat tentang ChatGPT, tetapi malangnya, pada awal pengenalan Ai, ramai tidak menyukainya. Bahkan ada yang memarahi saya apabila menyebut ChatGPT, mungkin dia dah bosan bila duk scroll TikTok, asyik lihat video tu sahaja. Berbagai persepsi ditimbulkan tentang ChatGPT. Tapi tak mengapalah, biasa la tu, manusia ramai suka jenis menjadi “followers” berbanding “Leading The Way”. Ramai bersikap “wait & see” berbanding menerokai bidang baru.
Alhamdulillah, setakat ini saya masih boleh mengikuti perkembangan terkini, walaupun tak dinafikan rasa tak terkejar dengan perkembangan pesat Ai. Tetapi secara relatifnya, tidaklah rasa ketinggalah jauh. Banyak ciri-ciri baru ChatGPT Plus saya boleh ikuti. Antaranya ialah features fungsi “custom GPT” dan “project” yang sangat membantu.
Adakah penggunaan ChatGPT / Ai menjadikan kita semakin bodoh?
Mungkin ada yang meragui dan risau menjadi bodoh apabila menggunakan Ai. Maklumlah jika menggunakan Ai, nanti otak menjadi atrophy (kecut) akibat kurang berfikir. Hakikatnya, menggunakan Ai, bagi saya ia menaikkan lagi daya berfikir yang kreatif. Selama ini, otak hanya digunakan untuk tugas-tugasan yang kurang berdaya saing, sekadar diperah untuk membuat tugasan yang remeh temeh dan kurang kreatif.
Apabila menggunakan ChatGPT, tugas remeh temeh diselesaikan dengan baiknya oleh ChatGPT 4.0, ia memberikan ruang masa untuk saya menggunakan otak untuk menerokai perkara baru. Contohnya, sebelum ini, saya tidak pernah mampu untuk membina perisian aplikasi “apps development”. Tetapi setelah menggunakan Ai, ianya pembelajaran dua hala, saya belajar dari Ai dan mengarahkannya agar menulis coding tertentu. Akhirnya terciptalah 2 apps menggunakan platform “PowerApps” oleh microsoft. Apps tersebut berguna untuk pensyarah di jabatan saya bekerja memberikan markah kepada pelajar perubatan untuk sesi PBL. Apps yang lagi satu, ianya memudahkan student untuk “time-in” kehadiran setiap sesi pembelajaran berkonsepkan “geofencing”. Tidak pernah saya sangka akan berjaya membina apps, bahkan saya berjaya membina apps terlebih dahulu dari anak sulung saya yang sudah mahir dengan coding menggunakan python. Saya juga berazam untuk membina beberapa apps lagi untuk memudahkan tugas dan automation proses kerja di jabatan, agar banyak bebanan kerja akan berkurang. Tapi tengoklah, bila saya kurang sibuk dan bersemangat.
Saya sertakan screenshot 2 apps yang telah berjaya dibina dan 1 lagi masih dalam pembinaan. Ni semua gara-gara terjebak dengan ChatGPT.



Apakah Ai lain selain ChatGPT yang bagus?
Terdapat banyak sebenarnya Ai lain yang bagus. Tetapi secara peribadi, saya merasakan ChatGPT ialah yang terbaik. Ini adalah kerana:
- ChatGPT ialah yang Ai paling awal muncul. Ciri-ciri unik yang ada pada ChatGPT tiada pada Ai lain terutamanya yang percuma. Contohnya ciri-ciri fungsi custom GPT, project, dan banyak model-model yang diperkenalkan. Tetapi tidak dinafikan, ChatGPT juga ada beberapa kekurangan seperti kurang bagus untuk membina imej.
- ChatGPT sentiasa berkembang pesat, jika dilihat dari perkembangan Ai lain, terutamanya DeepSeek, Qwen, Kimi dari China, mereka mengikuti dengan rapat ciri-ciri ChatGPT. Maka kita hendaklah gunakan kesempatan ini menggunakan barang percuma semaksimum mungkin.
Antara Ai lain yang bagus ialah Gemini Advanced, Perplexity Pro, Scite.ai (untuk penulisan akademik), Ideogram (untuk mencipta imej) dan sangat banyak lagi.
Memanfaatkan Ai dalam kehidupan.
Bagi saya, Ai boleh membantu, bukannya menggantikan sepenuhnya tugasan kita. Sejauh mana ia boleh membantu kita, bergantung pada kreativiti masing-masing. Contohnya macam saya, sebagai pensyarah dalam bidang akademik. Antara tugasan yang Ai boleh membantu ialah, membetulkan draf email yang hendak ditulis, membantu menulis laporan / proposal / penulisan akademik. Paling penting dengan bantuan Ai, kerja yang perlu mengambil masa 10 minit boleh siap dalam masa 1 minit.
Contoh lain pula ialah, Ai boleh membantuk membuat kiraan untuk kalori jika mahu kurus. Untuk anak saya, ia menjadi tutor matematik tambahan, sejarah, bahasa melayu, english dan macam-macam lagi. Ia telah membantu menjimatkan ratusan ringgit sebulan kerana saya tidak perlu lagi menghantar anak saya ke tuisyen.
Jika nak senaraikan, banyak perkara telah saya gunakan ChatGPT dan Ai lain untuk memudahkan kerja seharian. Cuma nak minta ChatGPT kemas rumah dan basuh kereta, memang tak boleh la. Kalau ia boleh buat, sudah pasti dunia kita sudah dikuasai oleh Terminator 99.
Kesimpulan
Saya melihat potensi yang sangat besar menggunakan Ai. Jika kita masih lagi menolak menggunakan Ai, tidak mahu belajar menggunakan Ai, maka dirisaukan lama-kelamaan hilanglah daya saing dan prestasi dalam bekerja. Tidak hairan kita akan digantikan oleh mereka yang lebih berprestasi lebih baik yang telah menggunakan Ai sepenuhnya. Maka ajarlah anak-anak menggunakan Ai, latih mereka menjadi kreatif dalam berinteraksi dengan Ai. Tidak mustahil, ia akan membantuk mereka suatu hari nanti.
Leave a Reply