IIUM Convocation on 6th October 2012

Alhamdulillah, pada 06 October 2012 yang lepas, saya dan isteri saya telah berjaya konvokesyen bersama-sama. Ini merupakan saat yang paling menggembirakan setakat ini, kerana konvokesyen semasa undergrad tidak ada sekeping gambar pun dan tiada insan istimewa hadir bersama.

Walaupun majlis konvokesyen agak meletihkan, panas, riuh rendah dengan ramai tetamu, tetapi ianya sangat berbaloi.

Kegembiraan itu hanya sekejap, tetapi ianya sangat disyukuri. Sekarang saya telah memulakan langkah perlahan-lahan untuk merancang bagi Phd yang wajib.

Agak perit untuk lulus master, bukannya kerana sifat bidang ini yang sememangnya susah, tetapi ianya kerana halangan-halangan yang perlu dilalui untuk membuat research.

Apa yang saya telah pelajari dari program master (research) ialah:

  1. Perlunya bersedia dengan proposal dan tajuk research yang bagus, mantap dan kukuh sebelum mendaftarkan diri dalam bidang master.
  2. Memilih supervisor yang bagus dalam research.
  3. Memilih tajuk yang sesuai untuk research.
  4. Banyakkan discussion dengan senior-senior yang telah membuat research (walaupun mereka extend semester, kita masih boleh belajar dari kesilapan orang lain).
  5. Mahirkan diri dengan skills yang perlu untuk research seperti EndNote, microsoft word thesis formatting (style, heading, automatic table and figure), literature review, library access.
  6. Strategic planning ; perlu berfikir ke depan
  7. Pastikan setiap perjumpaan dengan supervisor ditulis secara hitam-putih di atas kertas.
  8. Sentiasa menolong rakan-rakan bagi technical problem. Semakin banyak kita menolong, semakin banyak kita akan belajar.

Yang paling penting ialah usaha, doa dan tawakkal.

Secara ikhlas, saya merasakan master ini kurang susah berbanding dari degree saya dulu. Tetapi, ianya bukan mudah. Banyak pahit maung, keperitan dan berbagai dugaan dilalui yang berbeza dari ijazah degree.

Yang pasti, Phd akan datang adalah lebih susah, perit dan menyakitkan.

Insya Allah, dengan pengalaman yang ada, saya merasa agak bersedia. Semoga Allah swt. memberikan kekuatan, petunjuk dan memudahkan urusan Phd saya.

One Thought on “Pengajaran dari research

  1. highway shah on October 18, 2012 at 5:43 pm said:

    tahniah.. harapkan kongsi pengalaman lebih detail.. semoga kita sesama mendapat manfaat. congrat again. :smile:

Post Navigation