Choosing suitable supervisor

Apabila mahu meneruskan master, tidak dapat lari dari mencari seorang supervisor. Ada pelajar yang telah di assignkan supervisor bagi mereka. Akan tetapi, ianya menjadi hak mutlak pelajar master dan Phd untuk memilih supervisor mereka. Bahkan jika mereka merasa tidak serasi dengan supervisor, mereka berhak menukar supervisor pada bila-bila masa.

Pengalaman dari master program telah mengajar saya, bahawa Phd bukanlah suatu perkara yang mudah dan  “no play around’.

Antara perkara yang agak mengecewakan ialah supervision dari supervisor. Saya juga melihat ramai rakan-rakan yang menderita akibat dari supervisor yang tidak berkualiti.

Pada peringkat master, sememangnya expectation terhadap student ialah mereka sepatutnya berdikari. Akan tetapi, sejauh mana berdikari itu perlulah diperjelaskan. Sudah semestinya student tidak boleh mengharap supervisor yang menulis thesis dan mencari literature review serta melakukan segala kerja laboratory mereka. Itu semua adalah tugas dan tanggungjawab student.

Begitu juga sesetengah perkara, terdapat juga tanggungjawab supervisor yang tidak patut dibebankan ke atas student.

Antara tips dalam memilih supervisor ialah:

Mempunyai grant research (recommended)

Sepatutnya supervisor merupakan pensyarah dan researcher mempunyai grant kerana menjadi tanggungjawab mereka untuk melakukan research. Jika mereka mempunyai grant, bermakna mereka mempunyai idea dan tajuk research. Biasanya grant diluluskan jika tajuk dan idea research itu adalah bagus. Student beruntung jika mendapat supervisor yang inginkan “slot in” student yg boleh menjalankan kerja-kerja research bagi grant yg sedia ada.

Aktif dalam melakukan research (recommended)

Nak kenal supervisor yang aktif atau tidak dalam melakukan research adalah sangat senang, rujuk ajo CV mereka dari maklumat jabatan dan juga internet. Jika supervisor itu melakukan research mereka kali terakhir ialah Phd pada tahun 1970, maka elakkan dari mengambil mereka menjadi supervisor. Jika mereka mahu anda menjadi student mereka, maka lari selaju-lajunya dari mereka. Spesis jenis ini ialah ingin mempergunakan student bagi kepentingan KPI mereka.

Mempunyai idea tentang tajuk research (recommended)

Supervisor yang bagus ialah sentiasa mempunyai idea yang banyak tentang expansion of research. Ini menunjukkan mereka sentiasa membaca journal dan artikel tentang research up to date. Jika supervisor tidak mempunyai sebarang idea bagi research, ini bermakna pada suatu tahap tertentu, minda mereka telah beku dan berkarat. Ini adalah kerana mereka sudah lama tidak melakukan research dan sudah pasti mereka tidak mempunyai sebarang grant.

Supervisor menumpang (not recommended)

Terdapat juga spesis jenis ini yang suka menumpang research orang lain. Mereka terhegeh-hegeh ingin menjadi co-supervisor walaupun sepatah perkataan dari mereka tidak memberikan sumbangan dalam research student. Mereka umpama rakan kongsi tidur. Yang pasti mereka untung kerana mendapat KPI dan point untuk promosi kenaikan pangkat. Saya bermohon agar dilindungin oleh Allah swt dari menjadi spesis seperti ini dan mendapat supervisor seperti ini.

Supervisor yang tidak tahu apa-apa (not recommended)

Jenis supervisor macam ini patut ditukar apabila mereka menunjukkan simptoms tidak tahu apa-apa walaupun telah ditanya pendapat dan idea dari mereka. Mereka cenderung untuk menjadi rakan kongsi tidur. Elakkan dari mengambil mereka menjadi supervisor.

Semuanya OK (not recommended)

Supervisor yang jenis ini ialah yang tidak kritis terhadap idea dan research kita. Mereka setuju dengan apa yang kita buat dan memberi komen semuanya bagus. Padahal mereka juga jenis tidak tahu apa-apa. Akibatnya terjadilah sindrom “syok sendiri” dalam melakukan research. Student merasakan bahawa research mereka sangat bagus dan layak untuk lulus. Walhal, apabila melalui external examiner, supervisor mula lepas tangan dan buat tak tahu apabila student itu bermasalah dan tidak diluluskan. Akhirnya dari OK menjadi KO.

Proof reader supervisor

Sememangnya supervisor perlu ada ilmu grammar agar thesis yang ditulis oleh student mereka berkualiti. Tetapi saya merasakan bahawa ianya bukanlah suatu syarat yang wajib. Memandangkan terdapat banyak software yang boleh menyemak grammatical error. Di tambah lagi dengan servis proof reading yang boleh dicari dengan mudahnya di universiti dan website. Terdapat supervisor yang kemahirannya semata-mata proof reading, lebih spesifik lagi ialah grammatical checker semata. Tiada kritis terhadap lenggok bahasa, flow of thesis, additional ideas. Jenis supervisor seperti ini adalah neutral. Tak ambil pun tak apa, nak ambil pun tak mengapa. Untuk peringkat Phd, saya rasa supervisor jenis ini tidak layak dilantik. Ianya hanya memeningkan kepala sahaja apabila thesis dipulangkan dengan bertanda pen merah agar grammar dibetulkan. Kebiasaannya, apabila 3 orang supervisor yang membaca thesis, ia akan berputar-putar ditempat yang sama setelah correction dibuat. Cukuplah dengan menghantar kepada proof reading service. Criteria ini adalah neutral.

Apa yang saya idamkan ialah: Seorang supervisor yang boleh memberikan idea untuk  penambahbaikan research saya, kritikan membina, boleh bersama-sama membuat strategic / study planning, mudah di ajak berbincang dan berunding secara professional, menjalankan tugas mereka sebagai supervisor, good in research management and strategy, good in problem solving, at least have some laboratories skills or knowledge.

Alhamdulillah, hari ini saya telah berjaya berjumpa dengan potential co-supervisor, dan dia telah setuju untuk membantu saya dan menjadi co-supervisor saya. Banyak idea dan kritikan membina telah diberikan. Saya telah menyelidik latar belakang beliau terlebih dahulu dan beliau merupakan seorang pensyarah yang sangat aktif melakukan research dan mempunyai kriteria-kriteria supervisor yang bagus.

Semoga Allah swt membantu saya untuk langkah-langkah seterusnya.

Post Navigation