20130305-192228.jpg

Jam tangan kesayangan Polar FT4 yang digunakan untuk monitor heart rate dan kalori.

Alhamdulillah, sudah beberapa bulan berlalu sejak Ramadhan yang lepas saya berusaha mengekalkan berat badan yang diingini. Walaupun BMI sudah mencecah nilai yang normal, tetapi hati ini masih tidak puas hati dengan tahap ‘fitness’ dan berat badan sekarang.

BMI merupakan indikator yang utama sebagai penanda aras overweight atau obese. Tetapi secara peribadi saya merasakan bahawa “body lean mass” merupakan lebih indikator yang lebih utama. Body lean mass merujuk kepada berat otot dalam tubuh kita, jika ianya bertambah ia menandakan peratusan lemak dalam badan menurun. Buat masa ini peratus lemak dalam badan sekitar 22% dan ia merupakan level average bagi orang yang sihat. Saya mensasarkan % yang lebih rendah iaitu dibawah 20%, sebaiknya dibawah 10% (atlet level). Lean body mass hanya boleh di capai bagi orang yang sentiasa membuat senaman bersifat “weight training” yang meransang pembentukan dan pembesaran otot-otot. Berdasarkan pembacaan sewaktu research master saya, lean body mass yang tinggi mempunyai banyak ‘khasiat’ iaitu berupaya mengawal insulin resistance (kencing manis) dan penyakit yang berkaitan dengan metabolic syndrome.

Antara cabaran-cabaran dalam proses menurunkan berat badan ialah:

1. Weight loss plateau

Ia merupakan perkara normal yang berlaku dalam proses menurunkan berat badan. Saya mengalami weight loss plateau selama hampir 2 bulan. Berat badan menjadi statik pada 63-64kg. Faktor berlakunya ialah; keperluan pengambilan kalori harian berkurangan akibat penurunan berat badan, adaptasi tubuh terhadap senaman yang dilakukan dan  penambahan berat badan dari sudut body lean mass. Bagi saya perkara ini tidaklah mengecewakan sangat, ianya suatu perkara normal yang saya perlu fahami. Langkah-langkah yang saya lakukan untuk mengatasinya ialah tidak kecewa dan stress (kalau stress nanti berat akan naik), membuat catatan diari harian kalori agar kawalan kalori dapat dilakukan lebih ketat dan membuat senaman yang lebih kerap atau lebih berat. Jika langkah-langkah ini tidak berjaya, saya berehat dari senaman untuk seminggu (hilangkan stress). Saya dapati,  setelah berehat seminggu berat turun sehingga 61kg.

2. Motivasi

Ia adalah suatu perkara yang sangat-sangat penting. Motivasi sangat diperlukan ketika ingin memulakan langkah menurunkan berat badan, mengekalkan momentum usaha-usaha menurunkan berat badan. Paling penting ialah motivasi untuk mengekalkan berat badan. Ini kerana apabila berat badan sudah mencapai berat unggul, maka motivasi hampir hilang 100%. Berat badan saya bertambah 2-3 kg setelah berjaya mencapai berat unggul, punca utama ialah hilangnya motivasi dan juga tiada matlamat yang kukuh untuk menurunkan berat badan. Sekarang ini saya telah menetapkan matlamat lebih kukuh, bukan sekadar ingin membuktikan kepada seseorang bahawa saya telah kurus. Antara usaha memotivasikan diri sendiri ialah; membaca kisah-kisah kejayaan orang lain di website www.kevinzahri.com, kerapkan diri menonton ‘inspirational videos’ yang berlambak-lambak di youtube dan yang paling penting ialah matlamat menurunkan berat badan perlu lebih kukuh. Di sini, saya ingin berkongsi video yang sangat-sangat memberikan inspirasi pada diri saya, jika anda masih tidak rasa ter inspirasi dengan video ini, lebih baik hadiri banyak-banyak kursus untuk me’reset’ minda anda.

3. Menetapkan matlamat yang jelas

Sebelum ini, matlamat saya mahu kurus ialah kerana mahu lebih sihat, membuktikan kepada isteri, ibu mertua dan adik saya bahawa saya boleh kurus. Semua matlamat itu telah tercapai bagi saya. Saya merasakan lebih sihat dan semua telah ackowledge bahawa saya telah kurus. “So what’s next?” itu persoalan yang bermain dalam diri saya. Saya rasakan matlamat itu masih belum cukup lagi untuk mengekalkan komitmen dan momentum yang ada. Saya rasakan matlamat yang lebih kukuh ialah: mencapai six packs abs :), berkongsi dan memberikan inspirasi kepada orang lain agar berjaya menguruskan badan dan agar dapat membuat lebih banyak amal ibadah dengan kesihatan yang dicapai.

4. Ilmu

Walaupun ilmu yang ada sekarang jika di amalkan sudah berkesan untuk menurunkan berat badan, tetapi saya masih lagi mahukan ‘upgrade’ terhadap ilmu yang ada. Terdapat 2 aspek ilmu yang perlu dipelajari dalam menurunkan berat badan iaitu “diet” dan “exercise”. Dua perkataan ini nampaknya mudah, tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Jika ada rezeki, saya ingin mendapatkan seorang mentor atau personal trainer agar dapat menambahkan pengetahuan dan membantu saya untuk mencapai level yang lebih baik dari segi fitness.

Cabaran yang saya hadapi adalah tersangat kecil jika dibandingkan dengan kisah-kisah orang lain. Saya bersyukur kerana tidak terlajak menjadi obese dan tidak mendapat sebarang penyakit kronik buat masa ini. Saya berdoa agar Allah swt sentiasa mengekalkan nikmat kesihatan bagi diri saya.

Post Navigation