20130305-192228.jpg

Jam tangan kesayangan Polar FT4 yang digunakan untuk monitor heart rate dan kalori.

Alhamdulillah, sudah beberapa bulan berlalu sejak Ramadhan yang lepas saya berusaha mengekalkan berat badan yang diingini. Walaupun BMI sudah mencecah nilai yang normal, tetapi hati ini masih tidak puas hati dengan tahap ‘fitness’ dan berat badan sekarang.

BMI merupakan indikator yang utama sebagai penanda aras overweight atau obese. Tetapi secara peribadi saya merasakan bahawa “body lean mass” merupakan lebih indikator yang lebih utama. Body lean mass merujuk kepada berat otot dalam tubuh kita, jika ianya bertambah ia menandakan peratusan lemak dalam badan menurun. Buat masa ini peratus lemak dalam badan sekitar 22% dan ia merupakan level average bagi orang yang sihat. Saya mensasarkan % yang lebih rendah iaitu dibawah 20%, sebaiknya dibawah 10% (atlet level). Lean body mass hanya boleh di capai bagi orang yang sentiasa membuat senaman bersifat “weight training” yang meransang pembentukan dan pembesaran otot-otot. Berdasarkan pembacaan sewaktu research master saya, lean body mass yang tinggi mempunyai banyak ‘khasiat’ iaitu berupaya mengawal insulin resistance (kencing manis) dan penyakit yang berkaitan dengan metabolic syndrome.

Antara cabaran-cabaran dalam proses menurunkan berat badan ialah:

1. Weight loss plateau

Ia merupakan perkara normal yang berlaku dalam proses menurunkan berat badan. Saya mengalami weight loss plateau selama hampir 2 bulan. Berat badan menjadi statik pada 63-64kg. Faktor berlakunya ialah; keperluan pengambilan kalori harian berkurangan akibat penurunan berat badan, adaptasi tubuh terhadap senaman yang dilakukan dan  penambahan berat badan dari sudut body lean mass. Bagi saya perkara ini tidaklah mengecewakan sangat, ianya suatu perkara normal yang saya perlu fahami. Langkah-langkah yang saya lakukan untuk mengatasinya ialah tidak kecewa dan stress (kalau stress nanti berat akan naik), membuat catatan diari harian kalori agar kawalan kalori dapat dilakukan lebih ketat dan membuat senaman yang lebih kerap atau lebih berat. Jika langkah-langkah ini tidak berjaya, saya berehat dari senaman untuk seminggu (hilangkan stress). Saya dapati,  setelah berehat seminggu berat turun sehingga 61kg.

2. Motivasi

Ia adalah suatu perkara yang sangat-sangat penting. Motivasi sangat diperlukan ketika ingin memulakan langkah menurunkan berat badan, mengekalkan momentum usaha-usaha menurunkan berat badan. Paling penting ialah motivasi untuk mengekalkan berat badan. Ini kerana apabila berat badan sudah mencapai berat unggul, maka motivasi hampir hilang 100%. Berat badan saya bertambah 2-3 kg setelah berjaya mencapai berat unggul, punca utama ialah hilangnya motivasi dan juga tiada matlamat yang kukuh untuk menurunkan berat badan. Sekarang ini saya telah menetapkan matlamat lebih kukuh, bukan sekadar ingin membuktikan kepada seseorang bahawa saya telah kurus. Antara usaha memotivasikan diri sendiri ialah; membaca kisah-kisah kejayaan orang lain di website www.kevinzahri.com, kerapkan diri menonton ‘inspirational videos’ yang berlambak-lambak di youtube dan yang paling penting ialah matlamat menurunkan berat badan perlu lebih kukuh. Di sini, saya ingin berkongsi video yang sangat-sangat memberikan inspirasi pada diri saya, jika anda masih tidak rasa ter inspirasi dengan video ini, lebih baik hadiri banyak-banyak kursus untuk me’reset’ minda anda.

3. Menetapkan matlamat yang jelas

Sebelum ini, matlamat saya mahu kurus ialah kerana mahu lebih sihat, membuktikan kepada isteri, ibu mertua dan adik saya bahawa saya boleh kurus. Semua matlamat itu telah tercapai bagi saya. Saya merasakan lebih sihat dan semua telah ackowledge bahawa saya telah kurus. “So what’s next?” itu persoalan yang bermain dalam diri saya. Saya rasakan matlamat itu masih belum cukup lagi untuk mengekalkan komitmen dan momentum yang ada. Saya rasakan matlamat yang lebih kukuh ialah: mencapai six packs abs :), berkongsi dan memberikan inspirasi kepada orang lain agar berjaya menguruskan badan dan agar dapat membuat lebih banyak amal ibadah dengan kesihatan yang dicapai.

4. Ilmu

Walaupun ilmu yang ada sekarang jika di amalkan sudah berkesan untuk menurunkan berat badan, tetapi saya masih lagi mahukan ‘upgrade’ terhadap ilmu yang ada. Terdapat 2 aspek ilmu yang perlu dipelajari dalam menurunkan berat badan iaitu “diet” dan “exercise”. Dua perkataan ini nampaknya mudah, tetapi ianya tidak semudah yang disangka. Jika ada rezeki, saya ingin mendapatkan seorang mentor atau personal trainer agar dapat menambahkan pengetahuan dan membantu saya untuk mencapai level yang lebih baik dari segi fitness.

Cabaran yang saya hadapi adalah tersangat kecil jika dibandingkan dengan kisah-kisah orang lain. Saya bersyukur kerana tidak terlajak menjadi obese dan tidak mendapat sebarang penyakit kronik buat masa ini. Saya berdoa agar Allah swt sentiasa mengekalkan nikmat kesihatan bagi diri saya.

 

Berat pada 28 Oktober 2012

Alhamdulillah…..
Sudah 2 bulan berlalu sejak saya mula serius dalam menurunkan berat badan.
Bermula 27 Ogos 2012 yang  lepas saya telah mula mengira tentang jumlah kalori makanan yg diambil.
Sekarang ianya sudah menampakkan hasil. Saya telah berjaya menurunkan hampir 6 kg berat badan. Berat badan paling tinggi sebelum ramadhan ialah 70 kg. Dengan ketinggian 165 cm, berat 70 kg menjadikan BMI saya  25; dalam kategori overweight.

Terkini, dengan berat 64 kg, BMI saya sekitar 23.5. Akan tetapi, Clinical Practice Guidelines Malaysia: Management of Obesity 2004 menggariskan BMI 23 dan keatas dikira dalam kategori overweight. Oleh itu saya perlu mensasarkan penurunan berat badan sekitar 8kg lagi untuk mencapai berat badan yang ideal.

Apa yang pasti, berat badan saya secara medical perspektif masih jauh dari sempurna. Secara subjektif, saya masih belum berpuashati dengan berat badan terkini.

Antara sebab-sebab  menjadi “wake up call” agar saya menurunkan berat badan ialah:

  1. Rasa yg tidak selesa dgn keadaan abdomen yg membesar menyebabkan saya terpaksa mencari seluar bersaiz yg lebih besar. Jika tidak dicegah dari awal- awal lagi, suatu hari nanti saya pasti akan menghadapi kesukaran mencari saiz Seluar dan baju XXXXXL. Tambahan pula, abdomen yg membesar (spare tayar) menyebabkan posisi duduk tahiyat akhir semasa sembahyang agak rimas dan melemaskan. Spare tayar juga menekan liver dan gall bladder saya menyebabkan saya merasa senak di bahagian RHC dan kadang kala mendapat biliary colic pain. Oleh itu tiada jalan lain bagi saya iaitu kurus untuk menyelesaikan masalah ini.
  2. Kecergasan yang menurun (fitness level). Sejak memasuki umur 30 tahun, saya sentiasa merasa termengah-mengah apabila menaiki tangga setunggi 3 tingkat. Lutut merasa lenguh dan agak letih. Saya mendapati apabila saya berjogging di waktu petang, kadar kecergasan akan bertambah baik selama 2-3 hari selepas setiap sesi senaman.
  3. Peringatan lembut dari ibu mertua melalui isteri saya agar menjaga makan saya supaya saya kurus. Walhal kegemukan saya bukanlah salah isteri selaku pakar membuat pavlova. Tetapi kegemukan ialah berpunca dari salah diri saya sendiri.
  4. Research yang saya lakukan sebelum ini berkenaan dengan “muscle in diabetes mellitus” banyak membuka minda saya. Sebenarnya diabetes mellitus adalah berpunca dari insulin resistance yg berlaku di dalam skeletal muscle. Di mana penawar paling berkesan bg merawat insulin resistance ialah diet,  weight loss dan exercise untuk mengaktifkan otot-otot kita. Yang paling menakutkan ialah insulin resistance telah wujud dalam kategori overweight individu. Cuma ia masih menunggu masa untuk bertukar kepada full blown diabetes mellitus.
  5. Sebagai seorang doktor islam, saya merasakan wajib bagi diri saya mengetahui ilmu secara praktikal dan berkesan menurunkan berat badan. Amatlah sedih apabila melihat doktor dan ustaz mempunyai tubuh yang montel sedangkan mereka orang yang lantang bersuara tentang kepentingan makan dan minum menurut sunnah.
  6. Saya ingin membuktikan bahawa untuk kurus tidak memerlukan kebergantungan kepada produk-produk tertentu. Secara umumnya produk-produk sebegini tidak akan berjaya untuk mengekalkan berat badan bagi jangka masa yang panjang; kecuali dengan kebergantungan selamanya kepada produk tersebut.
  7. Saya inginkan tubuh yang sihat dan cergas agar hidup saya berkualiti. Selari dengan prinsip “live too long, dying too short” bukannya “live to short dying too long”

Selama lebih setahun saya menyimpan niat untuk kurus, akhirnya Allah swt menemukan saya dengan website www.kevinzahri.com. Sebelum ini saya juga telah mencuba nasib untuk memahami konsep untuk kurus dengan website lain seperti www.caloriecount.com, tetapi saya gagal memahaminya. Saya merasakan website Kevin Zahri adalah sangat mudah bagi orang awam untuk memahami konsep weight management dan exercise.

Melalui website Kevin Zahri, saya telah membeli buku beliau dan lifetime package ebook yang berharga total hanya RM90 (sembilan puluh ringgit) sahaja.

Buku Cergas 24/7

Antara contoh ebooks Kevin Zahri

Saya merasakan sangat berbaloi dengan pembelian ini. Jika dibandingkan dengan membeli produk-produk MLM untuk kurus yang menelan belanja sebanyak RM500 hingga RM700 sebulan.

Apa yang unik tentang buku ini ialah ia menekankan dua aspek yang penting untuk sihat dan kurus iaitu, Diet dan Exercise. Suatu perkataan ‘keramat’ sebelum ini yang selalu disebut oleh saya kepada pesakit yang mempunyai berat badan berlebihan. Sedangkan saya sendiri tidak mengetahui apa makna disebalik perkatan tersebut.

Percayalah! Ramai doktor yang tidak mempunyai ilmu tentang perkara ini, jika orang awam yang membaca buku ini dan mengamalkannya dengan berjaya, maka saya yakin mereka adalah lebih baik dari kebanyakan doktor yang gemuk.

Akan tetapi, terdapat juga cabaran-cabaran kecil yang mesti ditempuhi untuk menguruskan badan. Pencapaian saya setakat 6 kg bukanlah sesuatu yang dianggap besar dan tidaklah dibanggakan, tetapi saya gembiran untuk berkongsi kisah kejayaan dengan mereka yang berminat. Terdapat ramai lagi yang lebih berjaya dari saya. Kisah-kisah kejayaan boleh didapati dari website Kevin Zahri.

Insya Allah, di post yang akan datang,  saya akan bercerita tentang pengalaman saya sebagai seorang doktor dalam menurunkan berat badan.

Next target ialah : 5 kg dalam masa 5-8 minggu.

Insya Allah…doakan semoga berjaya