Typing Tutor Huzaifah

Latihan Typing Tutor Huzaifah

Cuti sekolah sudah semakin hampir. Ia merupakan berita gembira buat anak-anak saya. Tetapi paling gembira ialah saya sendiri. Saya akui, agak penat menghantar anak ke sekolah yang mengambil masa 2 jam setiap hari; hantar pergi dan balik. Sekarang sedang membuat perancangan untuk anak-anak, aktiviti yang memberi manfaat.

Sebenarnya saya juga mempunyai impian untuk menguasai skill-skill (kemahiran tertentu) dalam hidup ini. Dengan menguasai kemahiran-kemahiran, ia meningkatkan mutu hidup, meningkatkan produktiviti hasil kerja dan tidak mustahil boleh menjana sedikit dan banyak pendapatan sampingan.

Antara skill-skill yang saya ingin sangat-sangat kuasai ialah:

  1. Speed Reading – kebolehan membaca pantas, personal target ialah 2000 word per minutes. Sekarang hanya sekitar 300-400 wpm sahaja.
  2. Super Power Memory – kebolehan mengingat seakan-akan photographic memory. Tetapi belum lagi mencapainya walaupun sudah faham konsepnya. Saya masih belum kurang mempraktikkannya.
  3. Typing Tutor – kebolehan menaip 10 jari. Alhamdulillah, skill ini sudah dikuasai sebelum menjadi pensyarah di IIUM. Bahkan kerani office kagum dengan kebolehan saya menaip laju tanpa melihat keyboard. Pencapaian setakat ini ialah sekitar 70 wpm.
  4. Mental arithmetic – kebolehan menggunakan abacus dan berakhir dengan mental arithmetic. Masih dalam perancangan untuk membeli dan study buku-buku berkaitan.

Skill-skill di atas adalah sangat penting. Saya juga mengimpikan agar kedua-dua anak saya berjaya menguasai skill-skill di atas. Ianya adalah faktor utama untuk mencapai kejayaan seterusnya dalam persekolahan dan juga bermanfaat dalam hidup mereka.

Minggu lepas, saya tertarik dan membeli ebook Teknik Baca Cepat yang ditulis oleh Puan Lina Karim dari Islamic Parenting. Agak sukar untuk menjumpai penulisan dalam bahasa Melayu yang berkisar skill-skill seperti ini.

Typing Tutor Habib

Habib masih merangkak-rangkak lagi. Lebih suka bermain games.

Kenapa kita perlu speed reading? 

Jawapannya senang sahaja, kerana kita tidak pernah dilatih untuk membaca mengikut kaedah yang betul. Majoriti membaca sangat perlahan iaitu sekitar 150-200 wpm. Oleh kerana zaman sekarang, terlalu banyak informasi yang perlu dihadam, maka jika menguasai kemahiran ini akan memberikan manfaat sangat besar. Tambahan pula, otak kita sebenarnya boleh memproses maklumat sangat pantas. Secara relatifnya, kelajuan membaca sekitar 150-200 wpm adalah dianggap sangat perlahan oleh otak dan menyebabkan kebosanan untuk membaca.

Saya teringat kata-kata Puan Lina Karim sewaktu kursus Islamic Parenting. Beliau menegaskan tiada apa yang “novel” iaitu betul-betul baru dalam dunia ini. Kebanyakan ilmu telah wujud dan ada asasnya sebelum ini. Sebagai contoh ilmu membaca cepat, jika dibuat sedikit kajian, ia sebenarnya di asaskan oleh Evelyn Wood pada tahun 90-an. Mungkin ilmu ini sebenarnya telah wujud lebih awal kerana sejarah manusia mula membaca adalah lebih awal lagi.

Begitu juga Teknik Super Power Memory – ianya terkenal sejak buku ditulis oleh harry lorayne pada tahun 1970-an.

Typing tutor – menaip sepuluh jari tanpa melihat keyboard juga sudah pasti telah wujud sejak keyboard ‘QWERTY’ dicipta. Manakan mungkin keyboard dicipta tanpa kaedah untuk menaipnya, sudah laa susunan huruf-huruf tidak mengikut urutan.

Berbalik pada speed reading – teknik baca pantas karangan Puan Lina Karim, isi kandungan juga sama dengan buku-buku yang berada di pasaran dari luar negara. Jika mahukan yang lebih komprehensif boleh beli di amazon. Tetapi antara kelainan yang saya dapati dari buku ini ialah:

  • Penyusunan konsep baca pantas (speed  reaading adalah lebih baik) dan mudah difahami. Isi kandungan tersusun dalam bahasa melayu, mudah difahami dan terdapat outline untuk drill teknik
  • Biasanya buku-buku speed reading dari oversea tidak menyentuh tentang photo-reading. Tetapi buku karangan Puan Lina karim ini menyentuh sedikit asas photoreading.
  • Dulu saya ingatkan photo-reading ini merupakan “scam” ataupun dakwaan palsu. Setelah saya membaca penerangan logik disebalik konsep photo reading ini, saya mula percaya. Ia melibatkan subconcious mind – minda separa sedar (bukannya kena pukau) tapi ketenangan sebelum membaca. Sewaktu menggunakan photoreading, minda kita memproses bahan dibaca dalam bentuk photographic, ianya lebih laju (sangat-sangat laju) dari memproses imej perkataan.
  • Untuk mencapai photoreading, latihan intensif adalah WAJIB dibuat, kadar kejayaan adalah bergantung pada komitmen dan kesungguhan. Kalau mudah putus asa, maka agak sukar untuk menguasainya.
  • Di Malaysia sebenarnya terdapat individu yang mahir tentang speed reading ini, tetapi tidak terserlah, mungkin penerimaan dalam masyarakat kita tentang perkara ini masih rendah. Mungkin juga mereka tidak membuat promosi / marketing yang sepatutnya.

Akan tetapi, kelemahan yang saya lihat dalam buku ini ialah:

  • Tiada bahan yang detail untuk tujuan praktis
  • Outline untuk jadual praktis juga terlalu ringkas.

Overall saya rasa buku ini memang bagus dengan rating 3.5/5.0. Berbaloi dibeli dengan harga yang ditawarakan. Jika masih was-was, boleh baca dahulu free ebook yang diberikan.

Apa pun, saya rasa perlunya saya terlebih dahulu menguasai sedikit teknik speed reading ini sebelum menjadikan anak-anak saya bahan eksperimen. Kerana modul mungkin berbeza untuk anak-anak peringkat umur berbeza.

Seperti “typing tutor”, saya berjaya menguasainya hanya dalam masa 2 bulan. Tetapi anak-anak saya masih berlatih melebihi 6 bulan. Mereka tidak boleh di “drill” dengan latihan intensif kerana mudah bosan dan tertekan. Mereka lebih suka enjoy dengan latihan sambil bermain game dalam software typing tutor.

Saya berharap dapat menguasai teknik ini, target utama ialah untuk menghabiskan baca buku yang disimpan dalam almari setelah sekian lama. Manalah tahu, tiba-tiba saya boleh menjadi alim “sekelip mata” apabila sudah menguasai teknik ini.

Untuk membeli buku Teknik Baca Pantas karangan Puan Lina Karim boleh klik di sini.

Akan tetapi, jika mahukan buku yang sangat komprehensif dan paling banyak rating di www.amazon.com.  Boleh cuba tengok 2 buku ini

  1. Breakthrough Rapid Reading – Peter Kump
  2. The Evelyn Wood – 7 days Speed Reading and Learning Programs – Stanley D. Frank.

Sekian terima kasih.

Saya masih ingat 12 tahun dahulu ketika saya masih belajar di universiti peringkat ijazah. Saya melihat seorang pelajar  menaip dengan menggunakan 10 jari tanpa melihat keyboard. Jumlah masa yang diambil untuk menaip satu muka surat amatlah cepat, sekitar 5-10 minit sahaja. Matanya hanya melihat material yang hendak di taip. Pada waktu itu, saya masih menggunakan 2 jari untuk menaip ‘Hunt and Peck’ dan untuk menaip satu muka surat mengambil masa 20-30 minit. Saya bertanya kepada pelajar itu macam manakah hendak belajar dan mahir seperti dia? dan juga tempoh masa yang perlu diambil untuk memahirkan diri. Jawapan yang diberikan sangat mudah. Untuk belajar typing tutor apa yang diperlukan ialah:

  1. program / software typing tutor
  2. time frame untuk mahirkan diri ialah selama sebulan (bergantung kepada latihan dan komitment)

Sewaktu saya berjalan-jalan di Low Yat Plaza, saya bertanya tentang CD software typing tutor (pirate). Saya berjaya membeli program Typing Instructor Deluxe. Software itu saya bawa balik ke kampung saya untuk diberikan kepada adik saya untuk dijadikan eksperimen. Hasilnya ialah, dari 7 adik beradik (termasuklah saya). 6 orang telah berjaya menguasai typing tutor. Yang tidak berjaya menguasai kerana dia tidak pernah berlatih tentang program itu. Masing-masing mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk berjaya, ada yang mengambil masa selama 3 bulan, ada yang 6 bulan, ada yang ambil masa setahun dan ada yang mengambil masa lebih dari setahun. Ini adalah disebabkan komitmen dan juga tempoh masa yang diambil untuk melatih diri setiap hari.

Berdasarkan pengalaman saya, jika anda mahu berjaya dalam jangka masa yang sangat pendek, komitmen dan motivasi sangat penting. Ini kerana belajar typing skills boleh membuatkan tekanan perasaan, kalau nasib tidak baik, keyboard mungkin akan rosak kerana dihentak oleh tangan kita yang kurang sabar.

Faktor lain yang penting ialah software typing tutor yang sesuai. Saya berpendapat tidak semua software yang ada dijual di internet sesuai untuk digunakan. Walaupun ada yang mendakwa software yang dijual boleh membantu anda memahirkan diri dalam kemahiran typing tutor dalam masa sehari atau kurang, saya rasa itu adalah gimik palsu sahaja dan “too good to be true”. Tempoh masa yang paling pendek biasanya diambil untuk memahirkan typing tutor ialah selama 2 bulan. Terdapat juga sesetengah individu yang berjaya menguasai dalam masa sebulan sahaja. Akan tetapi sudah pasti ia memerlukan latihan yang sangat intensif.

Antara software yang saya rasa paling terbaik berdasarkan pengalaman, rating di www.amazon.com dan juga www.toptenreviews.com ialah typing instructor deluxe. Versi yang terbaru ialah 17. Jika anda ingin membelinya boleh dibeli di amazon.com dengan harga USD 8.05 sahaja (original). Sudah pasti jika anda benar-benar berminat menguasai kemahiran ini, harga ini adalah terlalu kecil berbanding faedah yang anda akan perolehi nanti

Typing Instructor DeluxeTyping Instructor Deluxe V17 [Download]

Tulisan post ini hanya untuk orang yang mempunyai sejumlah 10 batang jari tangan sahaja.63 perkataan

Speedtest

Bagi yang meminati komputer, sudah tentu keyboard adalah bahagian yang wajib disentuh setiap kali anda mengadap komputer. Pernahkah anda tertanya berapa batang jari yang anda gunakan untuk menaip. Jika anda memandang keyboard anda sekarang, cuba anda lihat macam manakah susun atur setiap huruf dan simbol keyboad. Ia tidak disusun secara teratur seperti A, B, C, D dan seterusnya.

Kebanyakkan keyboard secara asasnya disusun mengikut format QWERTY. Mereka yang mencipta keyboard sudah tentu memikirkan kaedah menggunakannya (menaip). Kebiasaan mereka yang tidak mempunyai kemahiran untuk menaip dengan pantas dan tidak mengikut kaedah yang standard, jumlah batang jari yang digunakan ialah…

  1. ibu jari kanan untuk menekan keyboard ‘space’
  2. 2 jari telunjuk untuk menekan huruf yang sering ditekan seperti a, e, i, o, u,
  3. dan jari tengah untuk menekan huruf yang jarang dijumpai.

Secara maksimumnya, seseorang yang tidak mempunyai kemahiran typing tutor akan menggunakan paling banyak 5 batang jari sahaja.

Apa yang menyedihkan ialah, jika anda menggunakan kurang dari 5 batang jari , kelajuan menaip adalah sangat perlahan. Jika anda tidak percaya cuba anda uji berapakah kelajuan menaip anda di sini.

Antara kelemahan menaip secara biasa ialah:

  1. sangat perlahan (ini sudah pasti)
  2. terpaksa melihat keyboard setiap kali hendak menekan huruf-huruf terutamanya huruf-huruf yang jarang digunakan seperti z, x, q, ?, <. Istilah ini dinamakan “hunt and peck”
  3. tekanan perasaan untuk menyiapkan assignment dan thesis
  4. tidak layak untuk bekerja di pejabat administrative yang menetapkan syarat mempunyai kemahiran menaip
  5. dan banyak lagi.

Kelebihan menaip pantas ialah:

  1. bersemangat untuk menaip, chatting, dan apa sahaja kerja yang perlu dibuat menggunakan keyboard
  2. menjimatkan masa bergantung kepada kelajuan, lagi laju lagi jimat masa berbanding orang lain
  3. tidak perlu melihat kepada keyboard (boleh menaip sekiranya mata ditutup, tetapi tangan tidak diikat)
  4. dan banyak lagi kelebihan yang tidak dapat digambarkan

Persoalan yang mungkin timbul dalam diri anda ialah

Dimana hendak saya belajar kemahiran menaip ini?

Bila hendak bermula?

Berapa lama masa yang perlu diambil untuk menguasai kemahiran ini?

Berapakah kos yang perlu dibayar?

Di post akan datang saya akan berkongsi pengalaman saya menguasai kemahiran ini.