Bergambar bersama Dr OT. Harap mendapat inspirasi untuk Phd :)

Bergambar bersama Dr OT. Semoga mendapat inspirasi untuk Phd :)

Alhamdulillah,

Impian untuk menghadiri kursus tulis thesis cepat dan cara guna Mendeley oleh Dr Othman Talib (Dr OT) telah tercapai dengan izin Allah swt.Dengan bayaran yang agak murah untuk kursus satu hari, saya merasakan ianya amat berbaloi sangat-sangat. Sebelum ini saya mengenali Dr OT melalui ebook yg dibeli secara online dan membaca blog beliau sahaja.

Saya amat kagum dengan background beliau yang berjaya menghabiskan phd dalam masa yg singkat. Beliau juga merupakan seorang yang berfikiran amat positif dan kritis. Melalui pembacaan dan kursus, saya yakin beliau juga seorang supervisor yang tegas tetapi sangat berkredibiliti dalam membantu pelajarnya. Alangkah baiknya jika terdapat ramai seperti beliau dalam Universiti di Malaysia ini.

Antara perkara yang menarik perhatian saya tentang Dr OT ialah, beliau berjaya menguasai skill (kemahiran) untuk membuat research, menulis thesis dengan kaedah (method) yang betul dan simple. Ini terbukti apabila beliau kerana sudah mempunyai beberapa trademark untuk kaedah tulis thesis cepat yang beliau perkenalkan.

Dalam kursus tersebut Dr OT menekankan bahawa Phd ini tidak semestinya diperolehi dengan penderitaan yang bertahun-tahun sehingga 5-8 tahun. Kesusahan dan penderitaan itu bukanlah syarat utama untuk mendapat Phd, tetapi yang penting ialah cara Phd itu dibuat mestilah mempunyai strategi, kemahiran, sedikit kepandaian dan tunjuk ajar yang betul dari supervisor. Banyak perkara tentang mitos, persepsi yang tidak betul dan prasangka tentang Phd diperbetulkan oleh beliau.

Mendapat tempat duduk paling hadapan :)

Mendapat tempat duduk paling hadapan :)

Antara buku-buku yg ditulis oleh beliau yg diterbitkan dalam bentuk ebook dan hard copy ialah:
1. Tulis thesis cepat
2. Tsunami mendeley
3. Atlas ti

Agak kecewa kerana saya tidak sempat membeli buku hard copy tsunami mendeley pada hari bengkel tersebut kerana ianya limited stok dan laris seperti goreng pisang panas yang rangup.

Tetapi mujurlah saya telah membeli ebook beliau secara online. Alhamdulillah, setakat ini setelah berusaha, saya berjaya menghabiskan 3 siri dari 6 siri ebook beliau tentang tulis tesis cepat. Nampaknya terdapat banyak lagi “action” yang perlu saya lakukan jika ingin mendapat hasil yang bagus. Bab kata sifu saya “fast action fast result”.  Namun, bab statistik tidak berjaya di habiskan, maklumlah pening kepala nak memahaminya.

Paling menarik ialah perkongsian beliau tentang teknik menggunakan microsoft word secara professional (bukan mengikut kaedah newbie atau makcik-makcik) yang membuatkan penulisan thesis menjadi lebih cepat dan mudah. Terutamanya untuk membuat thesis formatting dan membuat draft thesis. Paling best beliau membuat demo bagaimana membuat “Table of Content” dalam thesis hanya dalam masa 3 saat sahaja. Sedankan jika dibuat secara manual, boleh mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Hehehe.

Beliau juga menyarankan agar segala file document thesis, artikel di simpan dalam Dropbox. Zaman sekarang tidak perlu menggunakan kaedah backup dalam disket, CD, DVD, thumb drive, external hard disk tetapi dalam cloud backup. Ianya menjadikan dokumen itu accessible di mana-mana tempat yang ada sambungan internet. Juga merupakan backup yang paling selamat setakat ini. Dropbox boleh download secara percuma (2GB) di sini

Teknik lain ialah menulis citation, rujukan, bibliography menggunakan perisian Mendeley. Ianya sangat menjimatkan masa, kerana segala format boleh di automatikkan oleh perisian tersebut. Sebab itulah, saya hairan dengan sesetengah pelajar master seangkatan dengan saya, mereka sanggup menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menulis references secara manual. Sedangkan jikan menggunakan  perisian seperti mendeley dan EndNote, mereka hanya boleh menulis kesemua beratus-ratus references HANYA dalam masa satu hari sahaja. Saya rasa untuk Phd nanti, saya akan bertukar kepada perisian Mendeley kerana ianya lebih mesra pengguna dan boleh diperolehi percuma. Lagipun Dr OT telah menulis buku panduan Tsunami Mendeley yang membuatkan saya jatuh cinta dengan perisian ini.

Semoga Allah swt memudahkan laluan Phd saya dan isteri saya. Jauh di sudut hati, saya juga ingin menjadi seperti Dr OT, menambah nilai dalam hidup pelajar postgraduate dengan membantu memudahkan perjalanan hidup mereka.

Thesis formatting

Menulis thesis tanpa format ibarat mencari nahas. Akan tetapi teknik ini sangat disukai oleh ramai orang. Tidak perlu fikir untuk belajar penggunaan styles dalam microsoft word, menjimatkan masa dan mudah.

Akan tetapi, bala akan tiba apabila terdapat minor correction terhadap thesis yang perlu dibuat. Untuk mengedit pelbagai table of content, paragraph, numbering, bullet dan etc. boleh menyebabkan masa terbuang dengan sia-sia.

Saya meng’google’ tentang perkara ini, didapati Universiti diluar negara telah menyediakan template thesis dalam bentuk yang telah tersedia dengan formatnya. Macam mana pula dengan IIUM? , saya telah membuat survey ringkas dengan lepasan master UKM dan USM, ada yang tidak pernah tahu tentang perkara ini. Hmm. nampaknya IIUM tidak ketinggalan kerana universiti lain pun ketinggalan juga.

Yang terbaik setakat ini ialah panduan dari universiti Auckland, bukan setakat menyediakan workshop untuk penulisan thesis, siap ada panduan lagi. Bilakah suasana ini akan wujud di dalam universiti di Malaysia?

Ok, mungkin saya patut bermula dan memulakan langkah ini….terpaksalah meluangkan masa selama seminggu lebih untuk mempelajarinya. Insya Allah satu lagi skill akan diperolehi.