Jangan peningkan kepala anda dengan masalah format thesis.

Alhamdulillah, setelah lama berusaha, akhirnya tercapai hajat untuk menambah nilai hidup pelajar postgrad di IIUM Kuantan dan Insya Allah seluruh IIUM suatu hari nanti. Setelah 2 tahun mengharungi pahit manis program master in anatomy bermula 2010 sehingga 2012, banyak skill yang perlu dipelajari. Antara skill yang tidak boleh dipandang remeh ialah skill menggunakan MS Word secara optimum untuk memudahkan penulisan thesis. Barulah saya sedar, selama ini rupa-rupanya saya hanya menggunakan beberapa peratus dari fungsi MS Word yang sangat banyak. Ibarat naik kereta ferrari tapi hanya bawa kelajuan pada tahap kereta lembu.

Teringat kembali post  tentang MS Word Thesis Template tahun 2011. Pada waktu ini isteri sayalah yang mencetuskan idea agar thesis formatting TIDAK dilakukan secara manual. Saya telah membuat survey di universiti tempatan dan juga universiti oversea. Alangkah kagum dengan oversea universiti, kerana format thesis mereka sangatlah simple. Mereka hanya mempunyai MS Word Thesis Template yang mempunyai 5 helai sahaja. Tiada manual yang complicated sehingga 100 pages yang membuatkan kepala pening dan mata naik juling. Apa yang dititikberatkan ialah, isi kandungan thesis berbanding format. Akan tetapi, menulis thesis mengikut FORMAT itu tetap menjadi polisi wajib setiap universiti.

 

[slideshow id=1]

 

Di IIUM pula, format agak unik, kerana ianya digunakan oleh banyak Kulliyyah (Fakulti). Terdapat kulliyyah yang menggunakan format APA yang terkini, ada yang menggunakan Chicago format. Majoriti menggunakan format APA. Alhamdulillah, isteri saya telah berjaya membuat format based on IIUM requirement. Setelah perkara ini di present peringkat committee di CPS (Center Postgrad Study) IIUM, idea template ini diterima dengan mudahnya oleh kebanyakan ahli committe kerana ianya sangat memudahkan pelajar Postgrad untuk proses thesis formatting.

Saya juga telah belajar banyak dari isteri saya, En. Google, En Youtube tentang selok belok hendak mencipta thesis template. Akhirnya saya telah berjaya membuat thesis template versi ke-2 yang lebih stabil. Pada Jumaat yang lepas 28 June 2013, saya telah isytiharkan dan memberikan kepada pihak CPS secara percuma template yang telah saya usahakan. Saya berharap template ini akan menjadi bantuan tambahan kepada Manual Thesis (gold standard reference) agar ianya banyak membantu student postgrad IIUM.

Pada hari ini, saya telah berpeluang membuat workshop ringkas cara menggunakan thesis template ini. Dua jam perkongsian ini diharapkan dapat menimbulkan suatu kesedaran kepada rakan-rakan seperjuangan master dan Phd; bahawa thesis format TIDAK seharusnya dilakukan secara manual. Ini sangat membazirkan masa dan berisiko untuk menyebabkan pengajian tertangguh. Hakikatnya dengan menggunakan MS Word secara optimum, proses memformat thesis boleh dilakukan secara pantas dan sangat mudah dari 3 bulan menjadi secepat 3 jam sahaja.

Thesis formatting

Menulis thesis tanpa format ibarat mencari nahas. Akan tetapi teknik ini sangat disukai oleh ramai orang. Tidak perlu fikir untuk belajar penggunaan styles dalam microsoft word, menjimatkan masa dan mudah.

Akan tetapi, bala akan tiba apabila terdapat minor correction terhadap thesis yang perlu dibuat. Untuk mengedit pelbagai table of content, paragraph, numbering, bullet dan etc. boleh menyebabkan masa terbuang dengan sia-sia.

Saya meng’google’ tentang perkara ini, didapati Universiti diluar negara telah menyediakan template thesis dalam bentuk yang telah tersedia dengan formatnya. Macam mana pula dengan IIUM? , saya telah membuat survey ringkas dengan lepasan master UKM dan USM, ada yang tidak pernah tahu tentang perkara ini. Hmm. nampaknya IIUM tidak ketinggalan kerana universiti lain pun ketinggalan juga.

Yang terbaik setakat ini ialah panduan dari universiti Auckland, bukan setakat menyediakan workshop untuk penulisan thesis, siap ada panduan lagi. Bilakah suasana ini akan wujud di dalam universiti di Malaysia?

Ok, mungkin saya patut bermula dan memulakan langkah ini….terpaksalah meluangkan masa selama seminggu lebih untuk mempelajarinya. Insya Allah satu lagi skill akan diperolehi.