Hajjah Rohani Pakar Pengurusan Kewangan Islam yang saya kagumi.

Hajjah Rohani Pakar Pengurusan Kewangan Islam yang saya kagumi.

 

Alhamdulillah, telah berlalu 6 bulan sejak saya mula menggunakan kereta terpakai jenama Citroen Picasso. Saya telah menulis sebuah post di blog ini tentang pengalaman membeli kereta terpakai pada March lepas. Post itu boleh dibaca disini. Saya telah menerima beberapa feedback yang bagus. Ada yang menambah point-point yang sedia ada. Yang paling menggembirakan apabila ianya membantu sesetengah orang dalam menambah info untuk mencari kereta terpakai (2nd hand).

Tidak dinafikan, membeli kereta terpakai merupakan suatu “pertaruhan” yang agak berisiko. Akan tetapi, risiko dapat dikurangkan jika membuat survey, tidak tergesa-gesa, mencari maklumat dan belajar, membuat persediaan mental dan kewangan dan yang terpenting ialah berdoa (istikoroh dan tawakkal) kepada Allah swt agar diberi pilihan yang tepat.

Sejak 6 bulan yang lepas, kereta Citroen yang dibeli sangat berjasa. Boleh dikatakan saya sangat jarang menggunakan kereta Wira Aeroback yang dibeli. Tambahan pula, anak-anak lebih gemar menaiki kereta Citroen kerana ruangnya yang luas dan lebih selesa. Sejak 6 bulan yang lepas, kereta itu telah mengembara ke Kelantan sebanyak 2 kali, berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur hampir 20 kali dan yang terbaru ialah bercuti ke Pulau Pangkor. Setakat ini tiada masalah dari segi kerosakan dalam perjalanan. Alhamdulillah!!!.

Di sini saya ingin memberikan review secara jujur tentang pengalaman yang saya alami menggunakan kereta Citroen Picasso ini.

Kelebihan yang saya dapati ialah:

  1. Selesa: Kereta ini ialah kelas MPV dengan 5 seaters. Ia mempunyai ruang duduk yang agak luas di belakang. Ruang simpan barang di belakang luas dan boleh memuatkan banyak barang. Jika dipandang dari luar, bentuknya agak unik, tidak ramai akan menyangka bahawa ianya adalah MPV.
  2. Performance enjin: Enjinya ialah 2.0 cc, tetapi penggunannya petrol ialah sama sahaja dengan kereta Wira Aeroback. Jika menaiki kereta Wira 1.5cc, kos petrol ialah sekitar RM45-50 dari Kuantan ke KL. Tetapi dengan Citroen yang mempunyai enjin 2.0cc, kosnya adalah sama. Tetapi, enjin nya lebih pick up dan gagah menaiki bukit-bukit dan bergerak lebih laju dari Wira Aeroback.
  3. Lebih ergonomik: Citroen Picasso adalah lebih selesa dan kurang menyakitkan badan untuk perjalanan yang jauh.
  4. Ciri-ciri keselamatan seperti ESP, Airbags, ABS dan fungsi light sensor.

Akan tetapi, tidak saya nafikan terdapat kelemahan bagi Citroen ini:

  1. Enjinnya KADANG-KADANG  mati secara tiba-tiba jika saya memperlahankan kenderaan sekitar kelajuan 8-10km/j. Akan tetapi ianya tidak berbahaya kerana ia boleh dihidupkan kembali setelah gear di neutralkan. Perkara ini menjadi misteri, sudah saya google dan mencari dalam forum penawarnya, tetapi masih tidak berjumpa. Majoriti penggunan Citroen ini akan mengalami perkara yang sama. Tetapi enjin mati tiba-tiba tidak berlaku pada kelajuan yang tinggi. Ada mekanik berpendapat kerana trot body, software tidak update, fuel filter dan sebagainya.
  2. Spare part yang agak mahal: Jika dibandingkan dengan kereta Proton, sudah pasti ianya agak mahal sedikit, tetapi jika dibandingkan dengan kereta Audi dan Mercedes, saya rasa ianya jauh lebih murah. Spare part juga tidaklah susah untuk diperolehi, cuma ianya perlu di order terlebih dahulu, dan mengambil masa selama 1-2 hari untuk sampai Kuantan.
  3. Terpaksa belajar lebih: Saya terpaksa belajar lebih detail tentang kereta bagi memberi ketenangan kepada diri ini. Agar saya lebih memahami karenah kereta ini.

Berapakah kos yang telah saya belanjakan untuk maintainance kereta ini setelah saya membelinya?

  1. Setelah membelinya saya telah menukar timing belt kerana rekod servis tidak up to date. Saya juga telah menukar tension bearing kerana ianya berbunyi seperti kapal terbang. Kos yang saya belanjakan hampir RM1000
  2. Handle boot belakang telah patah. Ianya diperbuat dari fiberglass dan menjadi rapuh setelah 5 tahun lebih berjemur matahari. Oleh kerana ianya agak sukar diperolehi maka harganya boleh tahan iaitu RM450.
  3. Saya juga mendapati oil switch yang telah bocor, maka kos membaikinya ialah RM200
  4. Untuk menenangkan hati saya, oil gasket telah ditukar dan kosnya RM100. Getah gasket adalah lumrah bagi mana-mana kereta pasti akan bocor setelah berumur lebih 5 tahun.
  5. Selebihnya ialah kos servis rutin biasa yang saya rasa tidak perlu dimasukkan di sini kerana mana-mana kereta pun sama sahaja. Kos servisnya tidak banyak beza dengan kereta proton.

Jadi total immediate kos yang perlu dibuat persediaan jika mahu membeli kereta ini ialah sekitar RM2000.00. Sebab itulah saya membuat loan, kerana tidak mahu mengeringkan duit cash. Insya Allah, jika ada rezeki lebih, saya akan habiskan loan se awal mungkin.

Adakah saya menyesal membeli kereta ini? Sudah tentu tidak. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah swt kerana dipertemukan dengan kereta ini. Saya juga berdoa dan berharap agar untuk 5 tahun akan datang, ianya masih dalam keadaan baik.

Saya juga pernah ditertawakan oleh bapa saudara apabila mengetahui saya terpaksa berbelanja untuk membaiki kerosakan kecil di atas. Akan tetapi, apabila beliau menaiki kereta ini, beliau terus terdiam dan memuji apabila menaiki kereta ini beliau merasakan sangat luxury (menjadi orang kaya).

Perlu diingat, inilah lumrah beli kereta 2nd hand. Kerosakan kecil itu adalah lumrah, jangan sampai terjebak dengan kerosakan yang besar. Kalau tidak sanggup mengambil risiko, dicadangkan beli kereta buatan negara iaitu Saga Fl yang berharga sekitar RM40k. Terus terang saya katakan, membeli kereta proton pun ada kelebihannya.

Semoga entry ini memberi banyak manfaat kepada orang lain. Sekian.

Picasso Solah

Citroen Xsara Picasso DrSolah

Teringat waktu zaman budak hingusan dahulu, arwah ayah selalu pesan jangan beli kenderaan terpakai. Pada waktu itu, saya telah membeli sebuah basikal tua dan mengubahsuai agar boleh dimasukkan gear seperti basikal ala-ala Le-run. Begitu juga, ustaz disekolah berpesan jangan membeli kereta second hand, nanti hidup ini akan celaka. Pengalaman membeli basikal terpakai sangat membuatkan saya pening kepala kerana banyak bahagian yang perlu ditukar. Akan tetapi, saya mula menyedari kelebihan membeli basikal terpakai ialah saya mempunyai kemahiran untuk membaiki basikal. Mujurlah saya tidak menjadi mekanik basikal.

Akan tetapi, 2 bulan yang lepas, saya telah melanggar pantang larang ini sekali lagi dengan membeli kereta terpakai jenama Citroen Xsara Picasso 2.0 cc. Keputusan ini dibuat setelah saya mendapat tunjuk ajar dari Sifu yang telah mempunyai pengalaman membeli 3 buah kereta Citroen Picasso terpakai bagi diri dia dan 2 ahli keluarga beliau.

Sememangnya banyak perkara perlu dipelajari sebelum membeli kereta ini. Sifu saya telah membuat tinjauan hampir setahun barulah mendapat kereta yang diidamkan, itu pun setelah melalui beberapa kriteria yang sangat ketat yang ditentukan oleh diri dia. Akan tetapi, saya tidak sampai 2 bulan telah membuat keputusan yang agak terburu-buru, mujurlah setakat ini kereta tidak banyak buat hal. Yang pasti, sebelum membeli sesuatu, kita hendaklah menuntut ILMU agar tidak tertipu dan tidak rugi di kemudian hari walaupun ingin membeli kenderaan yang baru.

Antara sebab saya membuat keputusan membeli kereta jenama ini ialah kereta lama yang dipakai sudah pun habis bayaran bank, kereta lama sudah tidak selesa kerana anak-anak sudah membesar, pembantu rumah (bibik) pun juga membesar saiznya dan yang paling penting ialah isteri saya menyukai kereta ini. Saya tidak mampu hendak membeli kereta 1st hand kerana harganya amat tinggi sekitar RM120k. Lagipun saya menyedari bahawa membeli kereta yang mahal adalah suatu kerugian yang amat besar jika dibandingkan dengan membeli rumah. Kereta Proton juga amatlah mahal walaupun kereta buatan negara sendiri dan untuk rakyat sendiri. Rasanya rakyat tidak didahulukan dalam perkara ini.

Antara tips-tips yang saya ingin kongsikan berkenaan membeli kereta terpakai ialah:

1. Pastikan membuat tinjauan dan research berkenaan kereta yang hendak dibeli. Sebelum saya membeli kereta ini, antara perkara paling penting ialah saya pastikan kedai yang boleh membaiki kereta wujud berdekatan di kawasan rumah saya. Setakat ini, terdapat 4 buah kedai yang berupaya membaiki kereta ini.

2. Spare part boleh didapati. Jika mahu kereta yang sangat mudah mendapat bekalan spare part, maka belilah kereta buatan Malaysia atau Jepun. Kereta Citroen ini agak sukar mendapat spare part tertentu, tetapi ianya boleh di order dari KL. Setakat ini, spare part hanya mengambil masa sehari untuk sampai ke tempat mekanik di sini. Harga spare part agak mahal, tetapi ketahanannya juga agak lama. Jangan membeli kereta terpakai melebihi umur 10 tahun, kerana spare part sangat sukar diperolehi, ini adalah pesan mekanik.

3. Website yang saya selalu lihat untuk melihat iklan kereta terpakai ialah www.mudah.my. Hampir setiap hari saya meninjau di website ini bagi mendapatkan update kereta yang diiklankan. Biasanya kawasan Kuala Lumpur banyak terdapat kereta Citroen Picasso.

4. Apabila pergi ke tempat dealer kereta, antara perkara WAJIB dibuat ialah test drive. Jika dealer tersebut meminta duit booking terlebih dahulu dan tidak membenarkan test drive, maka WAJIB tinggalkan kedai itu walaupun secantik mana keadaan kereta tersebut, kerana dealer tersebut menipu dan sudah pasti terdapat defect yang disembunyikan berkenaan kereta tersebut. Perkara ini telah terjadi kepada saya, alhamdulillah Allah swt menunjukkan kecacatan kereta tersebut walaupun saya hampir-hampir membayar duit booking. Kalau dealer bagi test drive, dan anda sudah berpuas hati dengan performance kereta tersebut, maka boleh bayar duit booking. Setelah membayar duit booking, saya telah membuat test drive kali ke-2 dan melihat sekali lagi dengan teliti bahagian-bahagian enjin kereta agar tidak terlepas sesuatu sewaktu test drive kali pertama. Jangan teragak-agak untuk membatalkan perjanjian jika mendapati kecacatan pada pemeriksaan kali kedua. Biarlah hangus duit booking seratus dua, tetapi jangan hangus berpuluh ribu.

5. Bayaran Loan atau Cash? . Ini mungkin dilema bagi orang yang ada duit lebih. Jika tiada duit lebih, maka loan adalah jawapannya. Perlu kita sedia maklum bahawa pinjaman untuk kereta terpakai, kadar faedah yang dikenakan agak tinggi berbanding kereta baru. Oleh itu, jumlah bayaran balik juga agak tinggi. Membayar cash adalah pilihan yang tepat, jika harga kereta sekitar RM5k. Untuk kereta ini, saya memilih untuk membuat loan kerana; bagi kereta yang melalui pinjaman bank ia diwajibkan melalui pemeriksaan yang agak teliti  Hire and Purchase Inspection (HPI) oleh Puspakom. Melalui PUSPAKOM, kita boleh mengetahui samaada kereta tersebut dipotong badannya atau tidak.  Sebab lain saya membuat pinjaman ialah, untuk reserve kan duit cash jika diperlukan untuk membaiki kereta tersebut dalam masa terdekat.

6. JANGAN sesekali terpikat dengan kecantikan luaran kereta. Biasanya used car dealer akan menyembur cat baru dan mencantikkan sedikit bahagian interior. Apa yang penting bagi kereta terpakai ialah keadaan enjinnya, badannya dan prestasi keseluruhannya.

7. Minta diskaun setakat yang boleh, sekurang-kurangnya ia mudah dilakukan menggunakan mulut dan air liur seterusnya boleh mengurangkan beban bayaran pendahuluan.

8. Beware!!!! Jangan terperdaya. Antara taktik ayat-ayat pelaris dalam iklan di website www.mudah.my ialah; low mileage (low mileage tidak semestinya bagus), careful lady owner (ini yang paling berbahaya kerana kebanyakan lady owner tidak tahu sebutir habuk pun pasal servis kereta), tip top condition, accident free (walalupun kesan kemek sangat ketara).

9. Yang terbaik ialah pastikan rekod servis up to date dan ada bukti resit atau buku servis.Perhatikan tarikh akhir timing belt ditukar.

10. Last sekali, perkara paling penting yang saya amalkan ialah: DOA dan sembahyang hajat sebanyak-banyak yang boleh. Walaupun telah banyak research, ilmu, tinjauan, test drive, observation yang telah saya lakukan, saya yakin hanya Allah swt sahaja yang mampu menunjukkan defect dan keburukan sesuatu kereta itu. Alhamdulillah, setakat ini kereta ini tidak membawa masalah yang banyak dan sangat selesa bagi diri saya dan keluarga.

Persoalan-persoalan yang mungkin timbul

1. Kenapa saya tidak membeli kereta terpakai jenama proton?

Kereta baru proton banyak masalah dari segi aksesori dalaman, tetapi enjin proton sangat mantap. Biasanya pembeli proton ialah taraf ekonomi yang rendah, dan kebanyakan low end pengguna MUNGKIN tidak menjaga dengan baik dari segi servis rekod dan kereta akan diguna sehingga habis limit. Jadi kereta terpakai proton, pada pendapat saya adalah suatu pilihan yang sangat tidak tepat.

2. Kenapa saya tidak membeli kereta Honda atau Toyota terpakai?

Kerana kereta tersebut harga 2nd hand masih mahal disebabkan oleh demand yang tinggi. Kelebihan kereta jenama Honda dan Toyota ialah spare part agak mudah dicari.

3. Kenapa saya memilih jenama Citroen?

Kerana kualiti dan performance adalah setanding dengan kereta buatan Jepun. Cuma spare part agak mahal sedikit. Penggunaan minyak petrol juga agak menjimatkan bagi enjin 2.0 cc, malah lebih jimat dari Wira Aeroback 1.5 yang saya gunakan sekarang. Ciri keselamatan agak bagus, terdapat total 4 airbag bagi pemandu dan penumpang sebelah pemandu. Harga 2nd hand Citroen cepat jatuh disebabkan oleh demand dan kurangnya promosi dari syarikat tersebut di Malaysia. Kereta Peugeot juga adalah satu rumpun dengan Citroen, tetapi kerana promosi iklan nya banyak di TV, maka harganya agak mahal bagi kereta 2nd hand.

Walaupun saya melihat terdapat review yang tidak baik dalam forum-forum tentang Citroen ini, saya mengambil pendirian bahawa jika kita mahu membeli sesebuah kereta, hendaklah kita mengetahui ‘perangai’ dan ‘karenah’ yang selalu timbul tentang kereta tersebut. Amatlah susah untuk menjumpai orang yang telah mempunyai pengalaman menggunakan semua jenis kereta dan boleh memberi review yang tepat tentang semua jenis kereta. Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza bergantung kepada banyak faktor seperti cara penggunaan, rekod servis, kemalangan dan lain-lain. ‘Expectation’ kita terhadap kereta itu juga penting, jika mahukan yang tip-top dan tidak banyak masalah, maka bersedialah dengan duit yang berkepuk-kepuk dalam poket dan belilah kereta paling mahal keluaran yang terbaru. Jika tidak mampu, maka ukurlah terlebih dahulu baju sendiri; kereta apa yang layak untuk kita.

Alhamdulillah, setakat ini saya bahagia dengan kereta proton Wira dan Citroen (2nd hand) yang dibeli. Insya Allah jika ditakdirkan menjadi jutawan nanti, saya mempunyai impian untuk membeli kereta baru Mercedes, BMW dan kereta lain yang jenamanya saya tidak reti nak sebut hehehehe.

Harap info yang saya share ini berguna dan memberi manfaat kepada anda. Terima kasih