funny-weight-loss-joke

Berat badan turun naik….itulah lumrah hidup.

Saya selalu mengingatkan diri saya bahawa menaikkan berat badan adalah perkara paling senang, hanya buka mulut dah ngapp!! Macam mesin basuh, segala jenis makanan ditelan. Selepas seminggu bentuk badan mula berubah dengan spare tayar keretapi akan melilit sekeliling pinggang. Badan terasa letih dan stress, tidur rasa tidak cukup, jalan rasa mengah, lutut mula terasa sakit, sesak nafas apabila duduk posisi tahiyat akhir dalam solat dan seribu macam segala masalah timbul akibat pertambahan berat badan.

Apabila berat badan turun, stamina mula meningkat, exercise yang dibuat selama sejam dapat dihabiskan dalam masa 45 minit. Berat dumbbell yang diangkat dapat ditingkatkan dari 3 kg sehingga 5 kg dan menjangkau 7kg sebelah kiri dan kanan. Stress mula berkurangan, hidup mula terasa bermakna, tidur cukup walaupun tak lama, tidak mudah merasa lapar dan macam-macam lagi faedah yang tidak ternilai diperolehi.

Akan tetapi, saya terima hakikat, perkara paling susah ialah istiqomah dalam memastikan berat badan sentiasa unggul dan diet sentiasa terjaga. Tidak pula saya mahu menyalahkan makanan yang sedap-sedap, kerana yang penting ialah portion makanan dan kiraan kalori. Sebaiknya dielakkan makanan yang tinggi karbohidrat dan kalori.

Berlainan pula mereka yang menginginkan bentuk badan yang cantik, six pack, jumlah peratusan lemak yang rendah (lean body mass tinggi). Maka disiplin mereka adalah pada tahap yang tertinggi. Mereka sangat-sangat menjaga makan minum mereka. Air kosong ialah kawan baik mereka. Gula dan karbohidrat ialah musuh mereka dan diambil hanya dalam kuantiti yang amat sedikit. Protein adalah kawan baik mereka samaada dari supplement atau makanan harian. Saya rasa, saya tidak mampu sampai ke tahap ini lagi. Ini adalah kerana masih kurangnya ilmu dan juga praktis.

Eh…doktor pun tak cukup ilmu. Ya BETUL!

Nasihat keramat sejak dari medical student sehinggalah menjadi doktor, bahkan doktor pakar kepada pesakit dalam menurunkan berat badan ialah “Awak kena diet (jaga makan) dan bersenam”…sambil para doktor menepuk perut buntal dan boroi masing-masing. Jika mereka concern tentang pesakit, mereka akan merujuk pesakit berkenaan kepada pegawai pemakanan (dietician). Maka pesakit pun menghadiri sesi taklimat oleh pegawai pemakanan yang dihadiri oleh puluhan pesakit lain. Hasilnya tidaklah memberangsangkan…Lebih malang, di Malaysia, peratusan obesiti adalah tertinggi di Asia, itu tidak dikira yang overweight.

Hakikatnya, ilmu merawat ‘orang yang sihat terlebih berat (overweight)’ tidak pernah di ajar di dalam kehidupan medical student, jika diajar hanya sedikit dan tidak ditekankan. Hatta, pesakit obesity pun tidak mudah untuk dirawat. Saya melihat pelajar perubatan masih blurrrr tentang konsep diet dan exercise. Akan tetapi, perkataan itu adalah standard disebut sepanjang zaman. Saya menekankan kepada pelajar saya, bahawa menjadi doktor bukanlah segala-galanya. Ya, mungkin kamu pandai sedikittttt dari orang lain (dari sudut kesihatan) tetapi ianya masih tidak cukup. Ilmu dipelajari hanyalah picisan dari ilmu perubatan dan sains kesihatan yang sangat luas. Apa yang saya nyatakan adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri. Tidak dinafikan, dulu saya merasa agak ego, ilmu sudah cukup dan merasa pandai segala-galanya.

Segalanya berubah, apabila mempelajari ilmu kewangan, bermula dengan pembacaan buku-buku karangan jutawan Azizi Ali, pakar kewangan Hajah Rohani, Yap Ming Hui, KC Lau, Robert T Kiyosaki, juga mengikut website ustaz zaharuddin berkenaan mualamat. Saya mula menyedari, sebenarnya saya telah terlepas banyak ilmu-ilmu yang penting untuk survival sebagai seorang manusia.

Hanya setahun dua yang lepas saya mula membaca website Kevin Zahri, dan membeli ebooknya. Pada mulanya agak skeptikal dan prejudis dengan namanya. Apabila membaca artikel kebanyakan dari websitenya, barulah saya sedar asasnya nak menurunkan berat badan sangat mudah. Nak praktikkan sangat mudah, cuma nak maintain berat badan agak mencabar. Cabaran bukanlah datang dari kurangnya ilmu yang ditulis diwebsite, tetapi datang dari diri yang tidak mengamalkan sebaiknya apa yang diajar. Hehe, mode minda positif (jangan menyalahkan orang lain, tapi lihatlah kekurangan diri sendiri kerana ia akan menguntungkan diri kita).

Konsep menurunkan berat badan masih sama, mungkin sejak ratusan tahun lalu. Walaupun mungkin ada teori terbaru tentang Atkin Diet dan sebagainya. Tetapi ianya tidak berkesan untuk jangka masa panjang. Ratusan supplement juga tidak berkesan untuk jangka masa panjang. Yang penting ialah “back to the basic” iaitu konsep kenapa berat badan bertambah dan berkurang. Kalori surplus dan deficit…

Kenapakah saya gila-gila mempromosikan Kevin Zahri?

Kerana apa yang dinyatakan adalah selari dengan ilmu perubatan. Yang perlu diketahui asasnya oleh pelajar perubatan, bahkan juga doktor-doktor. Jika asas seperti ini tidak dikuasai, bagaimanakah para doktor akan berjaya merawat penyakit obesiti dan juga penyakit lahir hasil dari obesiti?

Kerana saya menyesal kerana tidak mempelajari ilmu ini walaupun sudah 5 tahun melalui hidup sebagai medical student dan 5 tahun sebagai pegawai perubatan.

Kerana ianya merupakan starting point yang bagus untuk bermula dalam menurunkan berat badan. Kevin Zahri mengajar untuk kurus secara asasnya tanpa supplement dan dengan exercise paling minimum. Sesuai untuk orang awam. Cuma saya akui beliau juga menjadi duta untuk supplement protein, tetapi beliau tidaklah keterlaluan mempromosikan produk tersebut (ianya optional).

Kerana ia berkesan untuk saya!

Kerana ia memberikan manfaat kepada beberapa rakan saya.

Kerana saya rasakan ianya sangat penting untuk diketahui oleh orang awam.

Kerana ianya win-win situation, saya juga mendapat sedikit komisyen dari setiap mereka yang membeli ebook melalui link dalam website ini. Tetapi saya sama sekali tidak memaksa pembaca membelinya, hanya sangat-sangat menggalakkannya. Saya tetapi berpegang pada prinsip, setiap apa yang saya promosikan saya akan beli dan cuba terlebih dahulu. Berhasil atau tidak adalah bergantung pada praktik yang telah diamalkan. Ini dinamakan content marketing with affiliate link, suatu kaedah untuk menjana wang dari website (monetization). Duit hasil komisen saya harap cukuplah untuk menampung kos hosting dan domain blog ini iaitu RM120 setahun.

……….dan banyak lagi sebabnya.

Saya merasakan agak mustahil untuk saya menulis ebook sehebat itu. Jika di minta nasihat oleh rakan saya tentang cara menurunkan berat badan, saya hanya mampu mencadangkan mereka membeli ebook kevin zahri. Jika saya mencadangkan mereka membaca “Management of Obesity” oleh kementerian kesihatan malaysia, saya merasakan ia tindakan yang bodoh. Kerana saya pernah print buku tersebut dan membacanya sehingga pening-pening lalat. Ianya amat susah difahami dan susah untuk “put into action” oleh saya dan juga orang awam.  Tetapi terdapat juga kawan yang inginkan magic pill, inginkan nasihat paling senang. Seolah-olah dia mahu makan apa sahaja, bersenam pada tahap minimum iaitu mengunyah dan menelan, tidak perlu membeli ebook dan akhirnya kuruss.. Ada yang memberikan alasan, ebook terlalu mahal, takut jika dibeli tidak dibaca. Saya hanya mampu menepuk dahi saya, mereka yang tidak mampu untuk mengorak langkah, walaupun selangkah, TIDAK akan melangkah selama-lamanya.

Agak rugi merasa diri ini, berumur sudah 30-an tetapi banyak lagi ilmu tidak dipelajari. Tidak banyak hasil diperolehi dalam hidup ini terutama dalam memberikan manfaat kepada orang ramai.

Mungkin blog inilah sahaja yang boleh menjadi modal yang sangat sedikit. Azam saya ialah menulis sesuatu yang sentiasa menambah nilai hidup orang ramai (walaupun sedikit). Saya tidak mampu untuk menulis tahap ahli akademik yang hebat, tahap ustaz-ustaz dan professor. Akan tetapi, untuk menunggu sampai tahap itu, sudah pasti umur menjangkau amat tua.

Insya Allah akan terus cuba menulis walaupun se simple dan selekeh mana. Asalkan ia memberi manfaat. Jika penulisan saya terlalu basic, saya memohon maaf kerana saya hanyalah seorang doktor yang bertaraf MO.

 

Bulan ramadhan telah berlalu, agak sedih berpisah dengan bulan mulia ini.Akan tetapi, syukur kerana selepas bulan ramadhan, berat badan susut 3 kg .Kemungkinan juga disebabkan oleh penimbang yang tidak berapa tepat.

Berat badan mulai menjadi masalah. Sebenarnya terdapat ramai yang mengalami masalah berat badan selain dari saya. Memandangkan Malaysia ialah negara yang aman damai, sejahtera dan makan sentiasa cukup. Maka masalah obesiti dan berat badan menjadi suatu isu yang agak hangat. Dianggarkan lebih kurang 30% rakyat Malaysia mengalami masalah berat badan. Berat badan juga merupakan ‘niche’ area yang hot di dalam carian google di internet.

Sewaktu menjadi medical student, saya tidak mengalami berat badan. Ini kerana sentiasa stress akibat gagal dan juga sentiasa berjimat cermat agar tidak makan banyak kerana kekurangan duit. Saya juga kerap berjogging di waktu petang.

Namun, apabila bekerja, suasana berbeza. Sewaktu Housemanship, berat badan sudah pasti tidak menjadi masalah, ini kerana terlalu sibuk bekerja, sehingga tidak sempat makan dan minum. Boleh dikatakan, kebanyakan houseman mengalami penurunan berat badan ketara.

Apabila menjadi MO, berat badan akan menjadi masalah utama. Kenaikan mendadak terutama selepas kahwin. Kenaikan lebih ketara apabila menjalani posting anaesthesiology yang sentiasa berada dalam dewan bedah yang sejuk, duduk melihat vital sign monitor. Lebih-lebih lagi budaya kerja di Jabatan ini menitikberatkan agar doktor cukup makan.

Sampai sekarang saya masih tercari-cari cara yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat, ‘semulajadi’ dan tidak ‘rebound’.Tanpa perlu bergantung kepada supplement, ubat-ubatan, dan jauh sekali pembedahan.

Saya pernah membuat carian internet tentang weight management, BMR (Basal Metabolic Rate), Calories dan lain-lain, namun saya masih tidak dapat memahami konsep disebalik pemakanan yang sihat. Sehingga CPG Guidelines Management of Obesity pun sudah dibaca. Kadang-kala hampa dengan website oversea yang menyarankan diet western yang agak kurang sesuai untuk diamalkan oleh pemakan nasi tegar seperti saya.

Secara jujurnya, sewaktu medical student, saya rasa tidak pernah didedahkan secara terperinci tentang ‘weight management’, jika ada diajar adalah terlalu superficial. Terdapat juga rakan-rakan yang mengalami berat badan sewaktu medical student terkial-kial melakukan senaman dan sit up agar perut memboyot boleh kempis dan menampakkan otot-oto berketak-ketak. Lebih melucukan apabila ada diantara mereka sanggup membeli mesin agar otot abdomen kontraksi. Hasilnya mereka masih gagal. Kebanyakan perkara yang ditekankan hanyalah pengiraan BMI, ideal body weight, waist hip circumference. Tetapi tidak pernah diajar cara menurunkan BMI yang terlebih itu. Jika diajar sekalipun hanya perkataan “diet” dan “exercise”. Ianya lebih bersifat theoritical berbanding practical.

Akhirnya saya terjumpa website yang agak menarik www.kevinzahri.com yang ditulis oleh rakyat Malaysia. Saya agak tertarik dengan gaya penulisan beliau dan juga profil peribadi beliau tentang ‘weight management dan physical exercise’. Lebih-lebih lagi beliau merupakan AFTA certified.

Setelah itu saya terus membeli ebook beliau yang saya rasa agak murah RM60.00 untuk kesemua siri. (ehem…pembelian ini boleh digunakan untuk claim income tax tahun hadapan).

Saya kagum kerana, bermula dari informasi dalam ebook beliau, saya telah mula faham antaranya:

  1. salah faham tentang weight management.
  2. mitos tentang weight loss seperti: low carb diet, high protein bagi mengurangkan berat badan, jangan makan nasi jika mahu kurus, skip meal, makan malam boleh menggemukkan dll.
  3. cara mudah pengiraan kalori BMR (basal metabolic rate), DCR (daily calory requirement).
  4. Crash diet; seperti yang diamalkan oleh pengguna produk menurunkan berat badan adalah tidak baik kerana boleh menyebabkan penurunan BMR dan kekurangan vitamin dan nutrient (ianya selari dengan malaysian CPG Management obesity).
  5. Yoyo effect akibat crash diet (rebound).

Alhamdulillah, sekarang saya lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan kerana telah menemui “knowledge” yang tepat dan juga “method” yang diajar lebih praktikal tanpa perlu bergantung kepada sebarang produk.

Dari ebook beliau, saya juga mulai faham tentang kepentingan cardio exercise dan weight training exercise.

Nampaknya, grad sebagai doktor tidak menjanjikan ilmu kesihatan telah lengkap di dada. Masih terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari lagi secara berterusan.

Next target ialah turun 10kg… Selamat berjaya pada diri ini.