hafal quran kaedah jibril

Bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk menjadi seorang penghafal al-quran. Sila lah membeli kaedah menghafal al-quran “Kaedah Jibril” yang boleh didapati di sini. Secara jujurnya saya telah membelinya dan berpendapat kaedahnya sangat sesuai untuk golongan awam / biasa. Insya Allah, dengan kaedah ini, ia akan menyuntik semula kepada saya semangat baru untuk menghabiskan hafalan 30 juzuk al-quran. Pada mulanya RM45.00 yang hendak dibelanjakan terasa sayang, tetapi apabila melihat kepada method/ kaedah yang diajar, saya merasakan RM45 itu adalah sangat sedikit dibandingkan dengan faedah dan pengisian ilmiah oleh ustaz asraff.

Tentang method / kaedah yang diajar itu, saya pernah bertanya kepada beberapa orang pelajar Tahfiz, tetapi mereka juga tidak mengetahui kaedah itu. Biasanya kaedah yang digunakan oleh pelajar tahfiz ‘bertaraf tinggi’ yang sukar untuk kita ikuti. Berbanding kaedah jibril ini, ia sesuai untuk orang awam dan sangat ringan dan mudah. Dalam masa 6 bulan 2 minggu, insya Allah  anda akan berjaya menghafal 10 surah lazim iaitu surah As-Sajdah, Yasin, Ad-Dukhaan, Ar-Rahman, Waqiah, Al-Jum’ah, Al-Mulk, Al-Muzammil, Al-Qiamat, Al-Insaan.

Insya Allah, saya meletakkan azam untuk menebus semula hafalan yang telah dilupai …hampir 4-5 juzuk. Azam dan cita-cita untuk menghafal 30 juzuk Al-Quran tetap ada didalam hati. Terima kasih ustaz asraff, semoga Allah swt. memberkati ustaz di atas ilmu yang dikongsi.