images

Saya meminati ilmu pengurusan kewangan. Buku yang pertama saya baca membangkitkan minat saya dengan pengurusan kewangan ialah buku yang ditulis oleh Azizi Ali bertajuk “Jutawan dari planet jupiter”.

Pada pendapat saya, masih ramai dikalangan doktor yang masih tidak mengambil berat tentang pengurusan kewangan peribadi mereka. Pernah saya diketawakan apabila menceritakan tentang isi buku Azizi Ali kepada rakan sekerja. Mereka dengan sinis menyindir bahawa saya akan menjadi jutawan segera. Saya berharap sindiran mereka menjadi doa yang sangat mustajab.

Apa pun, pada pendapat saya, ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu yang tidak akan diperolehi walaupun anda mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan sekalipun, apatah lagi perubatan. Ianya tidak diajar secara formal disekolah, di universiti dan di hospital.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa platform yang memboleh anda mendapat ilmu pengurusan kewangan seperti program certified financial planner dan islamic financial planner (IFP).Tetapi sedikit sahaja yang tahu tentang perkara ini.Tidak ramai berminat untuk mempelajarinya.

Pada hari ini, saya MENYESAL kerana bermula agak lambat dalam soal pengurusan kewangan. Pada akhir tahun pertama bekerja, saya mendapat nasihat bimbingan dari seorang pakar pediatrik tentang investment dan buku yang perlu dibaca untuk tujuan pengurusan kewangan. Mujurlah, pada waktu itu dia juga merupakan Unit Trust consultant Public Mutual telah mempromosikan saya dana islam public ittikal. Saya tanpa berfikir panjang telah melabur dengan kadar paling minimu. RM500 untuk membuka akaun dan RM200 sebulan. Setakat ini, walaupun ada turun naik, keuntungan purata diperolehi setakat ini ialah sebanyak 15% setahun. Jikalau saya boleh kembali ke masa lampau degan mesin rentas masa Doraemon, sudah pasti saya akan menasihatkan diri saya agar menaikkan pelaburan sebanyak RM1000 sebulan, dan waktu sekarang saya sudah pasti  kaya dan boleh melangkah ke dalam pelaburan hartanah. Alangkah menyesalnya.

Di sini saya ingin menyenaraikan beberapa salah tanggap terhadap ilmu pengurusan kewangan:

  1. Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu untuk membuat duit – Salah, kerana ia adalah ilmu untuk menguruskan duit agar pendapatan diperolehi dapat di maksimumkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan
  2. Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu tentang menabung – Separuh betul, ia adalah ilmu untuk memberi panduan untuk menabung. Secara asasnya, menabung adalah langkah pertama kearah pelaburan, tetapi menabung semata-mata TANPA pelaburan akan merugikan untuk jangka masa panjang.
  3. Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu untuk cepat kaya – Salah, ianya adalah ilmu untuk merancang ke arah kekayaan dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  4. Ilmu pengurusan kewangan adalah penting untuk orang kaya sahaja – Salah, ianya adalah penting untuk setiap golongan.

Terdapat banyak lagi salah tanggap terhadap pengurusan kewangan.

Secara peribadi, saya ingin menasihatkan kepada medical student yang hampir grad, sila lah baca buku tentang kewangan apabila sudah bekerja. Apabila anda menjadi doktor, tiada sesiapa akan menasihat anda tentang kewangan, bahkan masing-masing berada dalam kemelut krisis kewangan sendiri. Mulakan pelaburan dengan membeli buku-buku kewangan.

Assalamualaikum,

Dua hari yang lepas, saya telah menghadiri satu ‘talk’ tentang ‘Undang-undang dan Kita”. Pada mulanya agak tidak berminat dengan ‘talk’ tersebut kerana tajuknya terlalu umum. Akan tetapi, setelah mendengar penyampaian dari peguam tersebut, alhamdulillah; isi kandungan dan penyampaian sangat bermakna.

Perkara yang paling menarik perhatian saya ialah tentang kewangan; bankrupsi atau muflis (nauzubillahi min zaalik). Lebih malang sekali, sekarang angka muflis di kalangan rakyat Malaysia meningkat terutama golongan masih muda sekitar umur 30 – 40 tahun. Antara faktor utama menjadi muflis ialah kerana menjadi penjamin bagi pinjaman dari bank. Pinjaman yang sering membawa masalah ialah pinjaman membeli kenderaan.

Tentang definisi muflis, saya tidaklah pandai untuk mengulas dengan panjang lebar. Cukuplah google search. Akan tetapi paling penting, bagi pegawai kerajaan, jika muflis anda akan dibuang kerja..sudah pasti.

Saya mula belajar tentang perancangan kewangan apabila mendapat nasihat dari seorang pakat kanak-kanak. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada dia kerana telah mencetuskan kesedaran tentang pengurusan kewangan.

Bagi doktor yang baru bekerja, nasihat saya ialah rancang sebaik-baiknya gaji pertama yang diperolehi. Kemanakah hendak dibelanjakan? Di manakah hendak di simpan? . Apabila anda baru mula bekerja terdapat ramai agen insurans, unit amanah dan lain-lain datang untuk mempromosikan produk mereka. Malangnya mereka lebih berorientasikan produk mereka dan tidak peduli tentang asas perancangan kewangan.

Merancang kewangan tidaklah susah sebenarnya, tetapi untuk bermula merancang itu adalah sedikit sukar. Paling sukar ialah untuk mengekang nafsu keinginan untuk membeli belah, membeli barangan gadget dan lain-lain. Antara langkah paling tidak cerdik dari segi kewangan ialah membeli kereta mewah yang melibatkan bayaran bulanan hampir 1/3 dari gaji yang diperolehi.

Jutawan dari Planet Jupiter

Terdapat banyak buku di pasaran sekarang yang memperkatakan tentang kewangan, akan tetapi dari pengalaman saya buku yang terbaik untuk dibaca bagi seseorang yang inginkan sistem kewangan yang terancang ialah “Jutawan dari Planet Jupiter” karangan Azizi Ali (Jutawan Hartanah dan Penulis).

Buku ini cukup memberi kesan kepada hidup saya dan merupakan starting point dan gold standard reference dalam memahami kebebasan kewangan. Jika anda ingin tahu isinya lebih lanjut saya cadangkan beli buku tersebut. Tak kan gaji berpuluh ribu sebulan, buku sekecil itu yang berharga tak lebih dari RM50 sudah tidak mampu dibeli. Buku ini merupakan pelaburan yang terbaik pernah saya lakukan, sememangnya saya tidak menjadi jutawan lagi akan tetapi cukuplah ia dapat mengelakkan saya menjadi bodoh dalam soal kewangan.

Untuk memudahkan urusan, saya sarankan langkah-langkah berikut bagi sesiapa yang baru mendapat gaji pertama:

  1. Beli buku kewangan seperti “Jutawan dari Planet Jupiter” karangan Azizi Ali atau seumpanya. (p/s:  boleh claim income tax)
  2. Simpan terlebih dahulu gaji anda sebelum dibelanjakan mengikut kemampuan. Peratus yang hendak disimpan boleh diketahui dari buku di atas
  3. Tahan nafsu dari berbelanja secara tidak berhemah
  4. Jangan terburu-buru masuk skim insurans, pelaburan unit amanah, ASB sehingga anda betul-betul faham konsep pelaburan tersebut. Masuk pelaburan berdasarkan islam.
  5. Simpanan terbaik ialah dalam tabung haji
  6. Bina kubu pertahanan kewangan sebelum anda masuk apa-apa pelaburan (sila rujuk buku azizi ali tentang perkara ini)
  7. Bayar zakat pendapatan dan simpanan
  8. Yang paling penting!! Pastikan segala akaun bank, simpanan, pinjaman kereta, personal loan dan perumahan, insurans, unit amanah, pembelian gold dan silver semuanya berdasarkan konsep islam. Untuk rujukan tentang perkara ini sila baca dan pulun sehabis-habisnya website www.zaharuddin.net

Kesimpulannya, kekayaan anda bukanlah di ukur dari jumlah pendapatan yang anda perolehi. Tetapi sejauh mana anda berjaya mengurus kewangan dengan bijak dan memaksimumkan simpanan anda dengan pelaburan yang bijak.

Semoga Allah swt melindungi kita semua dari kefakiran kerana kefakiran dekat dengan kekufuran. Ameenn

Sekian