Apabila diimbas kembali, sudah hampir 6 tahun saya telah meninggalkan dunia pelajar perubatan. Walaupun sekarang masih dikira sebagai student, akan tetapi pengalaman sewaktu undergraduate (peringkat ijazah sarjana muda) boleh dikatakan mimpi ngeri dalam hidup saya. Akan tetapi, perkara ini tidaklah menghairankan, ia bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sewaktu saya bekerja di district hospital machang, pengarah hospital yang sangat senior juga memberitahu perkara yang sama. Pengalaman undergraduate dia sewaktu medical student juga merupakan nightmare. Seringkali dia bermimpi berada di waktu kehidupan pelajar dan berhempas pulas untuk lulus dalam peperiksaan.

Berikut adalah senarai kegagalan yang saya alami diwaktu medical student:

  1. Tahun satu: gagal re-seat paper Anatomy II, Biochemistry I & II. Purata pointer 1.80, selepas reseat naik sedikit 2.01, berjaya naik ke tahun 2 kerana lulus semua paper akhirnya
  2. Tahun 2: gagal borderline paper pharmacology I, pathology I, akan tetapi berjaya naik tahun 3 selepas diisytiharkan lulus kerana markah purata melebihi markah lulus. Pointer still around 2.20
  3. Tahun 3: gagal posting major; medicine, lulus atas pagar posting surgery. Tahun 3 merupakan tahun paling kritikal dan stress kerana diibaratkan diri ini seolah-olah berada dipertengahan laut, perahu sudah bocor, nak berpatah balik sudah tidak nampak daratan, pulau dituju sudah kelihatan tetapi masih jauh. Akhirnya lulus selepas repeat posting.
  4. Tahun 4: gagal posting pertama Obstetric and Gynecology, tahun yang sangat-sangat stress, kerana tahun ini dianggap sebagai honeymoon year, menjadi Hellmoon year untuk diri saya. Terpaksa berhempas pulas untuk memastikan 5 posting selebihnya tidak gagal, dan berjaya lulus posting Obstetric and Gynecology selepas repeat posting.
  5. Tahun 5: sudah bosan dengan kegagalan, berkat dari pertolongan kawan-kawan yang baik, supportive dalam discussion, berjaya lulus semua posting. Menjadi top-bottom (scorer dari ranking paling bawah) student.

Lumrah dalam dunia pelajar perubatan, kegagalan pasti ada dalam kelompok pelajar itu. Dari tahap gagal ringan sehingga gagal tahap kritikal. Terdapat juga yang ditendang keluar dan tidak berjaya mencapai karier sebagai doktor perubatan. Kegagalan yang saya alami, saya rasakan bukanlah tahap serius lagi, kerana saya bernasib baik ditakdirkan oleh Allah s.w.t tidak mengulang mana-mana tahun (extend year). Oleh itu, saya grad bersama bach yang sama.

Kegagalan yang dialami bukanlah dipinta. Kadang-kala banyak faktor kegagalan, antaranya ialah kebodohan diri sendiri, tidak mampu memahami dengan pantas kaedah belajar di dunia perubatan, kurang minat, faktor rakan sekitar yang tidak banyak membantu dan lebih mementingkan diri masing-masing. Apa yang pasti, kegagalan mengajar saya supaya lebih merendah diri (memang patut pun), lebih mempunyai kasihan belas kepada rakan-rakan dan junior yang senasib. Bagi segelintir orang yang tidak pernah mengalami kegagaln, mereka merasakan takjub dan hairan dengan kegagalan. Mereka tidak boleh membayangkan perasaan gagal, oleh itu tidak hairan jika golongan ini menjadi orang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai niat membantu rakan-rakan.

Apa yang patut buat apabila gagal? Sudah tentu kembali kepada Allah s.w.t dengan meminta pertologan Nya (lumrah manusia), pohon doa dari kedua ibu bapa supaya dimudahkan, libatkan diri secara aktif dalam “group discussion”, cari senior yang boleh membantu, cari lecturer yang boleh membantu, banyakkan membuat latihan soalan-soalan past year dan juga soalan latihan dari buku rujukan. Yang paling penting untuk long case ialah template-template case presentation (sesuai untuk dummies medical student seperti saya). Kebanyakan requirement untuk berjaya melibatkan sebahagian besarnya “skills” presentation dan physical examination, hanya sedikit sahaja yang memerlukan “talent”. Skills akan berkembang dengan praktikal dan latihan yang berulang-ulang. Talent (kepandaian) secara tidak langsung datang dari skills.

Bagi yang akan menempuh profesional exam. Selamat berjaya.