Salam Maal-Hijrah

Semoga Tahun Baru Hijrah 1432 ini menjanjikan diri kita sesuatu yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Seminggu yang lepas, saya telah menghadiri kursus “Research methodology course” di IIUM Gombak. Kursus ini merupakan kursus yang wajib bagi setiap trainee lecturer yang akan menyambung master atau Phd dibawah biasiswa SLAB atau SLAI. Setelah hampir seminggu di seksa dengan mendengar lecture 3 slot setiap hari. Setiap slot adalah 2 tanpa henti. Sijil yang diberikan pada penghujung kursus melegakan hati.

Kuliah yang disampaikan oleh Pensyarah yang bertaraf Professor / Phd holder amatlah sangat-sangat mengkagumkan. Kadang-kala saya terfikir adakah dapat menjadi seperti mereka. Gaya penyampaian dan mesej yang disampaikan oleh Prof dari fakulti sangatlah berkesan. Antara tajuk yang sangat menarik yang disampaikan oleh Prof Aahad Osman Ghani yang bertajuk “Introduction to research and research process management”.

Menghadiri kursus ini memberikan peluang untuk mengenal trainee lecturer yang lain yang sudah mendapat master degree. Ada yang dalan proses melanjutkan ke peringkat Phd. Kadang kala terasa malu juga dengan title “Dr.” yang ada pada diri ini, walhal ilmu tidaklah sebanyak mana kecuali tahu untuk setting branula, intubation dan diagnosis batuk selsema.

Dunia akademik di Universiti adalah suatu dunia yang berbeza berbanding dengan dunia klinikal (kerja hospital) yang pernah aku alami. Di Universiti, ukuran ‘hierarki’ seseorang itu berdasarkan degree holder yang ada pada seseorang. Bermula paling rendah ialah Ijazah sarjana muda (Degree/ bachelor), kemudian diikuti Sarjana / Master dan paling tinggi ialah “Doctor of Philosophy” atau Phd. Bagi yang mendapat Phd tidak kira dalam bidang apa sekalipun, mereka akan mendapat gelaran doktor. Akan tetapi doktor Phd ini tidak berdaftar dengan MMC dan tidak mempunyai APC. Mereka yang mendapat Phd mempunyai kemahiran dan selok belok dalam membuat research dan penyelidikan dalam bidang kemahiran masing-masing. Ranking dalam universiti tidak berhenti di situ, semakin banyak seseorang pensyarah itu membuat penyelidikan dan berjaya menyiarkan hasil penulisan dalam journal yang terkenal (high impact factor journal) maka hierarki mereka akan naik kepada Associated Prof dan Seterusnya Professor, seterusnya special class professor. Boleh dikatakan, akan ada hierarki yang lebih tinggi dalam universiti. Apa yang paling penting dalam universiti ialah research, research, research, publish paper, publish paper, publish paper.

Lain pula halnya dalam dunia klinikal hospital, hierarki seseorang doktor itu dikira berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki. Yang paling rendah ialah Houseman (kuli batok, hamba sahaya dll), Medical Officer, dan pakar. Dalam pakar juga terdapat hierarki, seperti junior specialist, senior specialist, subspecialist, JUSA A, JUSA B, JUSA C, Dato’ dan Datin dan berbagai lagi. Akan tetapi yang terpenting dalam dunia klinikal hospital ialah kepakaran dan sumbangan mereka kepada sesuatu organisasi.

Akan tetapi dalam universiti, terdapat golongan yang mempunyai gabungan dua ciri-ciri diatas, mereka ialah golongan pakar / pensyarah klinikal perubatan. Kerja mereka juga digabungkan. Mereka bekerja sangat rajin dan kuat bagi memenuhi tuntutan universiti dan juga hospital.

Kesimpulannya, apa yang terpenting bagi diri saya ialah, memenuhi ‘expectation’ universiti, dapatkan master degree secepat mungkin, kemudian Phd. Itulah langkah terawal yang perlu dilalui, selepas itu perjalanan masih panjang…..

Salam Maal Hijah