affiliate

Seciput komisen dari klikjer.com

Tirai 2015 ditutup dengan saranan dari Pak Menteri agar rakyat melakukan dua kerja.

Secara umumnya, melakukan dua kerja adalah hampir menjadi perkara “wajib” kepada kita jika ingin; mendapatkan duit lebih, menambahkan simpanan, mencukupkan keperluan asas dan mempercepatkan untuk mencapai matlamat kewangan.

Akan tetapi, jika saranan dari Pak Menteri disusuli dengan contoh diberikan “membuat 3 kerja” yang sebenarnya menyandang 3 jawatan; itu adalah suatu perkara tidak kena pada tempatnya. Tidak hairan, di laman sosial, kenyataan tersebut mengundang maki hamun tak berkesudahan sehingga tahun 2016.

Pernah dahulu, Prof Muhaya menyarankan perkara yang sama, juga mengundang kritikan dan maki hamun tidak berkesudahan sehinggalah prof Muhaya memohon maaf dan membuat penjelasan lebih lanjut.

Saya juga terpaksa menelan hakikat pahit maung tersebut, iaitu wajib melakukan dua kerja untuk mendapatkan duit lebih atau mencukupkan duit bulanan. Sememangnya mahu atau tidak, terpaksa membuat 2 kerja. Sewaktu mula bekerja 2004 sebagai Houseman dan MO, saya tidak melakukan dua kerja. Ini adalah kesibukan oncall selang sehari. Akan tetapi, dari situ saya melihat, ramai rakan-rakan sudah mula membuat dua kerja.

Ada yang lokum sekali seminggu, 2 kali seminggu, 4 kali seminggu, selang sehari pun ada. Bergantung pada masa terluang mereka.

Ada juga doktor yang menjual kerepek, meletakkan supply kerepek di kedai-kedai.

Pokoknya, membuat lebih dua kerja adalah perkara normal, cuma ia tidak dihebahkan.

Jika dihebahkan, maka ramai kata-kata kurang manis “takkan jadi doktor tak cukup lagi duit gaji?”….

Sedangkan ramai tidak tahu, gaji doktor dalam kerajaan tidaklah setinggi seperti yang dibayangkan.

Ada juga doktor yang isterinya bekerja sebagai surirumah sepenuh masa, maka kerja lebih perlu dilakukan untuk menampung hidup agar lebih selesa.

Saya terpaksa melihat dari sudut yang positif, walaupun hati ini agak panas sedikit. Untuk menunggu dan mengharap perubahan pimpinan, mungkin terpaksa menunggu selama ratusan tahun. Jika pemimpin diganti oleh orang lain, tiada jaminan ekonomi keluarga saya akan berubah. Sedangkan anak-anak membesar, ibu saya yang uzur perlu dijaga, pinjaman rumah dan kereta perlu diselesaikan secepat mungkin.

Terpaksalah buat lebih dari dua kerja….dari menjual sikit-sikit diebay, menulis blog hidup-hidup nak mati, menjual di mudah.my yang seciput untung, join affliate, trading saham kejap untung kejap rugi, jual barang facebook.

Bagi yang ingin membuat lebih dua kerja, terdapat banyak “aktiviti” yang boleh menjana duit, banyak atau tidak bergantung pada usaha masing-masing.

Antara perkara yang saya buat menjana duit seciput ialah menulis di blog, mendapat RM10.00 sebulan dari blogging pun dikira cukup bagus. Ye lah, siapa nak bagi duit free kat kita setiap bulan.

Saya meminati online business, kerana saya suka duduk dirumah dan bekerja dari meja komputer saya sahaja.

Berikut adalah berdasarkan pemerhatian saya, aktiviti yang boleh menjana duit dari internet.

1. Menulis blog

Potensi menjana duit, sedikit sehingga tiada had. Bergantung pada komitmen dan usaha berterusan. Dari blog, letakkan link affiliate, dapat duit free, boleh dikatakan sambil goyang kaki dan korek hidung.

2. Menjadi agen unit amanah atau takaful

Potensi menjana duit berterusan dari pelanggan yang sama. Paling bagus ialah dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang pelaburan unit amanah.

3. Menjadi agen hartanah 

Sangat berpotensi menjana income. Jual satu rumah berharga 1 juta setahun, terus boleh rileks. Tapi rileks cukup-cukup la. Saya juga berminat nak jadi agen hartanah, cuma tengah menunggu masa untuk masuk kursus REN.

4. Menjual barang di facebook. 

Follow fb sifu Jamal. Dia adalah sifu facebook terbaik pernah saya belajar. Ramai sudah anak murid dan rakan seperguruan saya sudah berjaya membuat sales sangat masyukkk. Saya ajo belum lagi huhuhuhu.

5. Menulis buku

Ada junior saya, Dr. Jacknaim telah berjaya menulis sebuah buku. Semoga beliau beroleh royalti yang lumayan. Dengarnya, buku ke-dua dalam proses penerbitan.

6. Beli barang dari china dan jual secara online

Yang ni memang masyukk. Cuma kena buat sedikit kajian barang apa yang laris. Jika tiada duit modal besar, boleh cuba beli barang kat Taobao. Ada ebook  menarik menceritakan kaedah beli barang di sana.

7. Dan banyak lagi….

Ada yang menyarankan, mulakan sesuatu bisnes yang kita minat / hobi yang selalu kita buat. Saya rasa ada betul juga cadangan tu. Barulah tidak merasa cepat putus asa. Jika putus asa sekalipun, kita masih melakukannya kerana aktiviti tersebut adalah hobi kita. Kecuali hobi ialah tidur sampai 25 jam sehari. Maka tak dapat ditolong lah.

Akhir kata, jangan maki hamun atau kritik yang bukan-bukan kat blog saya. Tak nak buat dua kerja tak apa, tu pilihan masing-masing. Kalau nak teruskan dengan aktiviti maki hamun kat facebook, terserahlah pada diri.

Teringat kata-kata mentor bisnes “Dari duk maki hamun kat facebook, lebih baik letak gambar produk dan promosikan produk yang dijual”. Saya mencubanya, dan ia berjaya, bahkan hati senang dan seronok dapat seciput duit.

Sekian, semoga kita semua kaya dan berjaya. Insya Allah.