Born to be a doctor

Saya masih teringat akan kata-kata Puan X (nama sudah lupa) merupakan cikgu / puan yang mengajar English di matrikulasi sains UKM hampir 10 tahun yang lepas. Kebiasaannya ‘cikgu’ matrikulasi ini tidak berapa gemar dipanggil title cikgu kerana ia melambangkan standard sekolah sahaja, kalau nak dipanggil prof, prof madya juga tak layak kerana matrikulasi level sahaja, jadi yang terbaik dipanggil PUAN sahaja. Adapun, cikgu ini sedikit prejudis tentang pelajar ataupun ibu bapa yang kempunan untuk menjadi doktor sehingga dia seringkali mengungkapkan perkataan ini “Born to be a doctor”

Matrikulasi UKM Bangi (induk) yang pernah saya duduki selama setahun sememangnya sangat mencabar kerana dihuni oleh pelajar-pelajar yang excellent semuanya. Akan tetapi tidak semuanya bijak pandai, saya merupakan 2nd intake ke sana (saki baki belas ihsan) dan boleh dikatakan ranking yang rendah dan kasta yang hina. Kelebihan berada dikalangan orang pandai ialah diibaratkan dalam pepatah arab yang saya masih ingat sewaktu tingkatan 5 “Jika kamu mengangkat tangan kamu, jari yang paling pendek masih terangkat dan sesungguhnya wangian kasturi itu adalah sebahagian dari darah kijang” lebih kurang itulah bunyinya. Maknanya kalau bodoh macam mana pun, kalau duduk dikalangan orang pandai, akan jadi orang ‘pandai’ juga walaupun mendapat last ranking dalam kalangan orang pandai.

Sebenarnya istilah “born to be a doctor” digunakan untuk menerangkan betapa kempunan cita-cita pelajar dan ibu bapa mereka untuk menjadi doktor. Profesion doktor ini sentiasa dipopularkan dengan penampilan pakaian white-coat sehingga ada istilah white-coat hypertension (bukan doctor hypertension). Antara kelebihan yang sentiasa dilihat dari kaca mata orang ramai ialah: doktor bergaji besar, bila dah jadi pakar boleh oncall dan bagi arahan dari rumah sahaja, kalau masuk meminang anak orang senang nak dapat, boleh tolong ubatkan ibu, bapa, nenek, datuk, dan seisi kerabat keluarga, dan banyak lagi kelebihan yang tidak dapat diutarakan disini lantaran kempunannya kebanyakan orang hendak menjadi doktor.Pernah 5 tahun yang lepas, JPA telah membuat satu program iaitu pendedahan kehidupan doktor untuk memberikan gambaran sebenar kepada pelajar tentang kehidupan doktor. Sebab yang utama ialah supaya pelajar mendapat gambaran yang jelas dan tidak hanya bercita-cita menjadi doktor kerana faktor ‘glamour’ sahaja. Akan tetapi program itu hanya bertahan setahun itu sahaja, ‘kempunan’ untuk menjadi doktor itu masih memuncak dan tidak dapat dikawal. Kelemahan program itu ialah kerana mereka gagal menampilkan “kehidupan doktor yang melampau” kepada pelajar-pelajar.

Pernah suatu ketika dahulu, salah seorang pelajar tidak berjaya mendapat markah untuk melayakkan dia ke fakulti perubatan. Oleh kerana terlalu sangat kempunan hendak menjadi doktor kerana tidak mahu menghampakan harapan ibu bapa dia berjaya mendapat tempat di luar negara bagi kursus perubatan. Akhirnya dia menjadi doktor, dan sekarang dia telah menjadi kaya raya kerana membuka klinik swasta. Mungkin ada sedikit kebenaran tentang doktor adalah golongan yang kaya (jika mereka membuat bisnes). Ada juga antara pelajar yang “burned out” segala kemampuan mereka dan gagal / dismiss out dari fakulti perubatan kerana tidak mampu untuk melalui liku-liku hidup pelajar perubatan.

Faktor yang jarang diutarakan apabila seseorang hendak menjadi doktor ialah;  kerana bidang kedoktoran ialah bidang yang mulia (ilmu yang afhdal selepas ilmu agama ialah ilmu tentang kesihatan), peluang yang lebih luas untuk memberikan dakwah kepada pesakit, kerana khidmat dapat disumbangkan dalam bencana alam seperti tsunami.

Kesimpulan, tidaklah menjadi kesalahan untuk meletakkan cita-cita menjadi doktor kerana faktor gaji, ibu bapa, mudah masuk meminang, glamour. Dan tidak menjadi kesalahan juga untuk meletakkan jawatan doktor untuk menjadi pensyarah, membuka perniagaan klinik swasta kerana semua itu tidak salah di sisi undang-undang di malaysia ini. Cuma sedikit kerugian jika faktor dakwah untuk pesakit tidak diletakkan sebagai salah satu faktor di atas. Yang paling penting, jangan mendapat gambaran yang salah tentang kerjaya sebagai doktor kelak nanti menyesal tidak berkesudahan.