Saya masih ingat 12 tahun dahulu ketika saya masih belajar di universiti peringkat ijazah. Saya melihat seorang pelajar  menaip dengan menggunakan 10 jari tanpa melihat keyboard. Jumlah masa yang diambil untuk menaip satu muka surat amatlah cepat, sekitar 5-10 minit sahaja. Matanya hanya melihat material yang hendak di taip. Pada waktu itu, saya masih menggunakan 2 jari untuk menaip ‘Hunt and Peck’ dan untuk menaip satu muka surat mengambil masa 20-30 minit. Saya bertanya kepada pelajar itu macam manakah hendak belajar dan mahir seperti dia? dan juga tempoh masa yang perlu diambil untuk memahirkan diri. Jawapan yang diberikan sangat mudah. Untuk belajar typing tutor apa yang diperlukan ialah:

  1. program / software typing tutor
  2. time frame untuk mahirkan diri ialah selama sebulan (bergantung kepada latihan dan komitment)

Sewaktu saya berjalan-jalan di Low Yat Plaza, saya bertanya tentang CD software typing tutor (pirate). Saya berjaya membeli program Typing Instructor Deluxe. Software itu saya bawa balik ke kampung saya untuk diberikan kepada adik saya untuk dijadikan eksperimen. Hasilnya ialah, dari 7 adik beradik (termasuklah saya). 6 orang telah berjaya menguasai typing tutor. Yang tidak berjaya menguasai kerana dia tidak pernah berlatih tentang program itu. Masing-masing mempunyai tempoh masa yang berbeza untuk berjaya, ada yang mengambil masa selama 3 bulan, ada yang 6 bulan, ada yang ambil masa setahun dan ada yang mengambil masa lebih dari setahun. Ini adalah disebabkan komitmen dan juga tempoh masa yang diambil untuk melatih diri setiap hari.

Berdasarkan pengalaman saya, jika anda mahu berjaya dalam jangka masa yang sangat pendek, komitmen dan motivasi sangat penting. Ini kerana belajar typing skills boleh membuatkan tekanan perasaan, kalau nasib tidak baik, keyboard mungkin akan rosak kerana dihentak oleh tangan kita yang kurang sabar.

Faktor lain yang penting ialah software typing tutor yang sesuai. Saya berpendapat tidak semua software yang ada dijual di internet sesuai untuk digunakan. Walaupun ada yang mendakwa software yang dijual boleh membantu anda memahirkan diri dalam kemahiran typing tutor dalam masa sehari atau kurang, saya rasa itu adalah gimik palsu sahaja dan “too good to be true”. Tempoh masa yang paling pendek biasanya diambil untuk memahirkan typing tutor ialah selama 2 bulan. Terdapat juga sesetengah individu yang berjaya menguasai dalam masa sebulan sahaja. Akan tetapi sudah pasti ia memerlukan latihan yang sangat intensif.

Antara software yang saya rasa paling terbaik berdasarkan pengalaman, rating di www.amazon.com dan juga www.toptenreviews.com ialah typing instructor deluxe. Versi yang terbaru ialah 17. Jika anda ingin membelinya boleh dibeli di amazon.com dengan harga USD 8.05 sahaja (original). Sudah pasti jika anda benar-benar berminat menguasai kemahiran ini, harga ini adalah terlalu kecil berbanding faedah yang anda akan perolehi nanti

Typing Instructor DeluxeTyping Instructor Deluxe V17 [Download]

Post Navigation