Sakit kepala semalaman memikirkan tentang wordpress theme.

Dulu theme yang digunakan dibeli dengan harga agak mahal sedikit gara-gara tertarik denga fungsi featured content gallery. Setelah wordpress di upgrade kepada latest version 3.2.1, fungsi tersebut telah hilang, dan digantikan oleh plug in dynamic content gallery. Untuk mendapat fungsi tersebut terpaksa mengubat php files yang terdapat dalam templates.

Aduss, susahnya, apabila segala instruction tentang cara meng’edit’ telah diikut, template telah berubah dan lari dari saiz asal.

Akhirnya saya mengambil keputusan terakhir, menggunakan wordpress theme yang free, simpla dan mesra pengguna. Lagipun kualiti sesuatu website diukur melalui content. Bab kata pepatah “content always a king”.

Satu pengajaran yang pahit, masa terbuang, kepala sakit. WordPress theme yang mahal memang bagus, terdapat support forum khusus untuknya, tetapi untuk memahami apa yang diperkatakan oleh forum tersebut sangatlah menyusahkan.

Teruja dengan website prof kamil biar ringkas tetapi signifikan. Biar blog / website simple tetapi content mestilah berkualiti.

Post Navigation