Alhamdulillah,

Syukur adalah salah satu amal ibadat yang perlu selalu dilakukan. Terdapat terlalu banyak nikmat yang telah Allah swt kurniakan kepada saya berbanding amalan bersyukur saya. Kadang-kala teringat kembali kesusahan hidup yang sedikit pernah dilalui akhirnya telah dibalas dengan nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Alhamdulillah!

Antara nikmat terbesar yang perlu disyukuri ialah:

1. Nikmat Iman dan Islam

2. Nikmat kesihatan tubuh badan

3. Nikmat keamanan dan keselamatan

4. Nikmat harta dan kesenangan

5. Dan banyak lagi ..

Pada 27/05/2011 yang lepas, pukul 4:52 petang, ia merupakan waktu yang sangat bermakna buat diri saya. Saya telah mendapat berita gembira bahawa adik perempuan saya telah berjaya lulus dalam profesional exam Kulliyyah Of Medicine dan telah secara rasminya menjadi seorang doktor. Alhamdulillah…tidak dapat digambarkan betapa gembiranya, sampai sekarang sudah pasti saya akan tersenyum apabila memikirkan kembali saat itu.

Adik saya merupakan pelajar perubatan yang telah menghabiskan masa 6 tahun untuk menamatkan pelajarannya. Dia telah melalui liku-liku dan kesusahan yang lebih berat dari saya. Kegagalan dalam pelajaran, mengulang tahun, stress kerana gagal dalam exam, lulus atas pagar dan pelbagai lagi istilah yang menggambarkan kesusahan dan kepahitan dalam belajar akhirnya segalanya telah dihilangkan dalam sekelip mata sebaik sahaja keputusan profesional exam telah diumumkan. Andai kata saya “kaki fail” ini ditempatkan di dalam situasi adik saya, sudah pasti saya tidak sanggup berhadapan dengan semua ujian itu. Bagi 5 orang pelajar tahun akhir yang terpaksa extend 6 bulan, saya doakan agar mereka berjaya lulus pada exam profesional akan datang.

Kisah kegagalan dalam hidup pelajar perubatan jarang diceritakan, akan tetapi ia adalah satu kisah yang realiti yang sentiasa berlaku dalam dunia medical student. Mungkin kerana apabila diumumkan lulus sebagai seorang doktor, segala kisah pahit itu terus hilang, jadi cerita gagal terus tenggelam. Akan tetapi, saya suka menceritakan kisah kegagalan ini kepada orang ramai, supaya kisah tentang “dunia doktor dan yang berkaitan dengannnya” akhirnya tidak menjadi kisah “Too good to be true”. Jika menceritakan kisah kepada pelajar sekolah tentang doktor sudah pasti terbayang seorang yang gah dan hebat, memakai white coat, dilehernya stethescope  berbelit, dikelilingi oleh ramai doktor junior dan nurse sewaktu round, pesakit semuanya tersenyum dan bersalam, staff hospital tunduk hormat apabila bertembung, mempunyai kereta yang mewah dan besar, berkahwin dengan perempuan yang cantik, rumah banglo besar dan bahagia sepanjang hayat bla..bla..bla. Itulah cerita “too good to be true”.

Secara realitinya, ramai masih tidak memahami hidup seorang pelajar perubatan dan doktor. Adakah dengan cerita saya ini ramai akan mula membenci atau takut untuk menjadi doktor? Oh sudah tentu tidak, menjadi doktor ialah salah satu “niche” yang sentiasa “evergreen” di mana-mana di atas bumi ini. Sedangkan title “Dr” itu menjadi kegilaan  melalui Phd apatah lagi melalu degree perubatan.

Nasihat saya, jika anda berminat menjadi doktor, teruskan dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah cita-cita mulia itu. Akan tetapi, fahami hakikat dunia doktor supaya cerita tentangnya yang anda dengari bukanlah sekadar fairy tale ataupun cerita penglipur lara. Walaupun statistik telah menunjukkan majoriti hampir kesemua pelajar perubatan lulus akhirnya, tetapi siapakah yang dapat menjamin anda tergolong dalam majoriti dan minoriti itu. Sudah pasti hanya Allah swt sahaja yang boleh memberi jaminan itu.

Saya telah lulus 7 tahun yang lepas, adik saya telah lulus 7 hari yang lepas… Alhamdulillah!

 

5 Thoughts on “Syukur Alhamdulillah! Akhirnya lulus

  1. farha on June 10, 2011 at 6:31 am said:

    Assalamualaikum .Tahniah atas kejayaan adik awak. Saya rasa perjalanan untuk tuntut ilmu Allah mmg bnyk cabaran. Bukan hanya doktor perubatan tetapi merangkap Dr (PhD), yang demand pengorbanan yang kekadang meruntun hati manusia.

  2. noty1965 on October 23, 2011 at 8:17 am said:

    Alhamdullilah..sy baru terbaca blog Dr..ya Allah terasa lega baca tajuk ini..ianya sebagai motivasi dan penguat semangat makcik..ank amik bidang perubatn masa tahun 2 repeat tahun..lps tu tahun 3 pun repeat tahun pulak,dia belajar dimesir bahasa perantaraan nya bahasa arab iaitu prog G2G.bila baca ni rupa nya bukan dia seorg yg mengalami situasi ini..

  3. drsolah on October 23, 2011 at 11:57 am said:

    :smile: Profesor saya dulu pernah mengatakan: tiada kehinaan bagi orang yang gagal dalam bidang perubatan, kerana lumrah bidang perubatan ini bukanlah senang (sangat susah) jika dibanding dengan bidang lain. Semoga anak makcik terus berusaha gigih, doa dan tawakal…insya Allah kejayaan menanti.

  4. Pingback: Kritikan yang membina « Dr Solah

Post Navigation