Assalamualaikum,

Saya agak terkejut apabila mendapati statistik post yang bertajuk “kegagalan sewaktu medical student” mempunyai paling banyak views melebihi 500 views yang direfer dari facebook. Mungkin ia hanya sekadar nombor statistik yang biasa, tetapi banyak komen yang membina diterima dari post ini.

Secara umumnya, tidak ramai doktor yang ingin berkongsi tentang kegagalan sewaktu menjadi pelajar perubatan. Mungkin malu…mungkin setelah lulus, segala keperitan dan kepedihan mengharungi hidup sebagai pelajar perubatan terubat dengan pengumuman bahawa “doktor XX or XY telah – lulus”. Tidak dinafikan, tarikh pengumuman lulus adalah tarikh yang sentiasa diingati oleh saya iaitu 27 March 2004, selain dari tarikh harijadi saya dan isteri dan juga tarikh perkahwinan.

Saya berasa gembira jika penulisan yang sememangnya tidak seberapa ini boleh membangkitkan semula semangat pelajar perubatan, sekurang-kurangnya diharap mendapat ganjaran pahala dari Allah swt.

Pada masa sekarang, saya telah tamat melalui 2 tahun program master in anatomy IIUM, berjaya menghantar thesis yang tidak seberapa. Sekarang menunggu keputusan. Seringkali terfikir, takut dan khuatir jika masih mengalami kegagalan seperti medical student.

Akan tetapi, apa pun keputusan yang akan keluar, saya bersedia dan akan teruskan sehingga berjaya mendapat master in Anatomy dan kemudian menyambung Phd in Anatomy. Minat saya kepada basic medical sciences kerana bidang ini sangat-sangat kurang di Malaysia, dan masih belum oversaturated lagi. Demand juga tinggi untuk kerjaya ini, cuma ramai yang tidak minat dan memandang rendah bidang ini.

Program master 2 tahun ini sangat memenatkan, tetapi secara relatifnya, master dalam bidang klinikal adalah lebih memenatkan dan stress. Apabila sudah mempunyai keluarga, kerisauan dan tahap tekanan dihadapi dalam mengharungi master tidak sama seperti medical student. Kebimbangan dan ketakutan akan dilihat dari sudut perspektif yang berbeza.

Terdapat banyak kelebihan dan ilmu yang saya sempat pelajari selama 2 tahun  ini. Antaranya “how to do a research”, “how to learn” dan “how to memorize”.

Rupa-rupanya dalam belajar ini terdapat kaedah dan kemahiran “how to learn” seperti “super power memory”, “speed reading” dan juga “how to study”. Kaedah ini telah lama diajar disebelah barat, dan buku-buku yang diterbitkan oleh mereka sudah mencapai lebih 30 tahun tentang kaedah ini. Setakat ini, hanya terdapat buku yang ditulis oleh Osman Affan yang merangkumi kaedah belajar dan mengingat paling popular dikalangan pelajar sekolah di Malaysia. Rupa-rupanya kita masih ketinggalan dalam kemahiran seperti ini. Alangkah baiknya jika saya menyedari tentang kaedah dan ilmu ini sejak dari sekolah menengah lagi, sudah pasti tiadalah menempuhi kegagalan sewaktu medical student.

Saya cadangkan, bagi pelajar perubatan yang mengalami masalah kurang ingatan dan lambat dalam membaca  hendaklah meluangkan masa membaca buku-buku lama (tetapi ilmunya masih relevan) seperti yang ditulis oleh Harry Lorayne yang bertajuk “How to Develop Super Power Memory” bagi menguatkan ingatan, “breakthrough rapid reading” ditulis oleh Peter Kump, Evelyn Wood reading dynamic. Banyakkan membuat carian di google tentang “how to memorize XXX facts in medical”. Saya rasa bersyukur kerana tidak lagi terlambat mengetahui tentang perkara ini. Jika ada sesiapa yang mahukan soft copy buku ini, saya boleh memberinya, cuma PM saya melalui email atau facebook. Buku-buku ini tidak menjadikan anda sebagai seorang pelajar perubatan genius, tetapi sekurang-kurangnya harap dapat membantu mengubah status anda dari “gagal” kepada “lulus”.

Terlalu banyak perancangan dan impian masih belum tercapai, impian terbesar ialah lulus Master Anatomy dan menyambung pelajaran Phd. Impian-impian sampingan ialah ehem..ehem, masih dalam perancangan.

Semoga berjaya.

 

 

5 Thoughts on “Study perlu ada skill

  1. Azrul Azly on January 22, 2012 at 7:37 pm said:

    Banyak-banyak terima kasih Dr. Solah.

  2. nor haslinda ishak on April 5, 2012 at 3:50 pm said:

    salam dr solah.boleh x emailkan saya buku utk memori yg dr suggest.terima kasih dr solah

  3. fadilah on April 10, 2012 at 7:50 am said:

    Salam Dr..
    Boleh emailkan jg buku yg Dr suggest….trm kasih….

  4. saalam Dr Solah.. saya nak jugak softcopy buku tu... on April 11, 2012 at 3:26 am said:

    saya mohd khairul azuan ismail, pelajar perubatan tahun 4 di USM.

  5. salam dr
    boleh emailkan sy softcopy “How to Develop Super Power Memory” dan “breakthrough rapid reading”.terima kasih dr solah

Post Navigation