Lusa …kita akan menyambut hari raya idul adha. Kebanyakkan dari kita telah sekian maklum bahawa hari raya ini ialah lebih besar dari hari raya puasa walaupun sambutan hari raya adha ini cutinya adalah lebih pendek.

Sewaktu hari raya puasa lepas, terlihat di kaca TV individu-individu yang mengucapkan selamat hari raya terutama dari perantauan. Ada juga yang mendapat liputan khas untuk mengucapkan hari raya kepada sanak saudara, keluarga, sahabat handai, nenek dan atok dan sebagainya. Semua yang berpeluang mengucapkan ucapan hari raya di TV itu sebabnya tidak dapat berhari raya bersama keluarga kerana atas dasar tugas untuk negara dan rakyat tercinta. Mereka terdiri dari golongan askar, polis, duta-duta diluar negara, pelajar oversea.

Cuma dimana doktor kita? Secara umumnya, terdapat golongan staff kesihatan tidak berpeluang berhari raya  termasuklah pembantu perawatan kesihatan (PPK / attendan), pembantu perubatan (MA),staff nurse, jururawat masyarakat, assistant nurse (AN), Doktor Houseman, Doktor MO, dan kadang kala pakar perubatan. Cuma mereka ini jarang mendapat liputan dan tidak berpeluang untuk membuat ucapan selamat hari raya di TV. Ini sudah pasti, kerana kerjaya dan profesyen perubatan adalah sangat sibuk, kalau setakat nak buat ucapan di TV, ia adalah perkara yang sangat remeh. Tambahan pula, kalau  buat ucapan, nanti pesakit akan cakap curi tulang waktu kerja dan kerja tak ikhlas.

Tentang isu hari raya ini, saya lebih suka fokus tentang cerita golongan doktor. Tidak dinafikan bahawa staff lain bekerja di hari raya, cuma doktor kebanyakkannya terpaksa full time oncall 24 jam jika oncall pada hari raya. Staff lain, biasanya bekerja ikut waktu syif. 24 Jam oncall doktor bersamaan 3 syif staff nurse / MA / PPK.  Doktor lah antara spesies pelik dan tahan lasak atas muka bumi malaysia, bertahan bekerja 24 non-stop di hari raya.

Apakah suasana hari raya di hospital? Terdapat beberapa fasa suasana raya di hospital. Fasa pre-call, fasa oncall, fasa post-call.Saya lebih suka menceritakan pengalaman district, kerana ia lebih ‘seronok’ berbanding hospital besar.

Pre-call day

Perasaan tiada mood. Kerap bertanya kepada rakan yang oncall malam raya, berapa ramai kes yang datang waktu itu, severity of cases, post mortem cases, accident cases. Kebiasaannya kalau malam sebelum raya dah terlalu teruk, hehehe , hari raya mungkin tenang skit.

Oncall day

Masuk kerja 8.00 pagi, bermula dengan ward round. Biasanya pesakit tak banyak dalam wad, semuanya minta balik sehari sebelum raya. Kecuali yang tenat, ada juga yang berkeras semata-mata nak balik raya, sedangkan dalam wad tak pernah sembahyang. Kesibukan bermula sekitar pukul 11.00 pagi. Kalau nasib baik dan murah rezeki, kesibukan bermula sejurus sebelum sembahyang raya menyebabkan sembahyang raya ‘burn’ pada tahun itu.

Bermula 11.00 pagi, doktor akan sibuk sepanjang masa, mungkin tak sempat duduk, makan minum tunggu dulu, kalau yang ada penyakit hemorrhoid tu, esoknya akan berak berdarah. Bermula 11.00 pagi doktor akan ‘menari-nari’ dan ‘berjoget-joget’  di sekitar Red zone dan Yellow zone ke labour room, akhirnya postmortem room.

Kesibukan akan berterusan sehingga pagi esoknya. Biasanya waktu paling ‘hot’ ialah selepas isya hari raya. Kebanyakkan pesakit membanjiri kecemasan dengan pelbagai masalah. Selepas waktu tengah malam, kes-kes yang datang berkurangan tetapi lebih tenat seperti kes kemalangan jalanraya dan jalan kampung, serangan jantung, kes head injury, darah tinggi pekena gulai rendang kambing dan lembu dan berbagai kes-kes lagi.

Akhirnya …..apabila hampir 8.00 pagi esoknya (waktu yang ditunggu-tunggu), berakhirlah ‘tarian’ hari raya doktor tersebut. Tetapi jangan lupa, sebelum balik, sila buat wad round dahulu dan pass over segala kes-kes semalam untuk perhatian doktor selepasnya.

Post call day

Hari yang paling gembira, freedom, bebas dan banyak lagi perasaan gembira  yang tidak dapat digambarkan. Akhirnya tertidur selepas sarapan pagi setelah berjaga 24 jam. Opss .. lupa, doktor district kena pasif oncall. Biasanya raya ke-2 pasif oncall. Tertidur sekejap, dah dipanggil semula kerana kena hantar kes ke hospital besar. Rezeki murah betul…. (boleh claim oncall)

Kesimpulannya….selamat hari raya idul adha kepada staff kesihatan dan doktor oncall. Semoga dibalas pahala yang besar oleh Allah s.w.t di atas oncall anda. Jangan lupa claim oncall tu!!

Post Navigation