Professor yang saya kagumi

Professor yang saya kagumi

Alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah dikurniakan Allah swt sehingga sekarang.

Teringat kembali sewaktu zaman kegagalan sewaktu medical student. Antara tabiat yang agak tidak baik pada diri saya ialah sentiasa tertidur sewaktu lectures. Hampir 98% dari kelas yang dihadiri akan tertidur. Biasanya 15 minit pertama tempoh survival, kemudian 45 minit seterusnya adalah tempoh koma kritikal dengan GCS 3/15.

Sewaktu master program, situasi sama juga berlaku, walaupun duduk disebelah Professor yang hebat, tapi masih tertidur. Mujurlah professor seorang yang memahami, maka saya tidak pernah dimarahi. Sebenarnya sepanjang hayat, sebagai medical student, Houseman dan MO, master student saya tidak pernah dimarahi walaupun tertidur dalam dewan kuliah dan clinical case discussion. Mungkin itu adalah nikmat dari Allah swt. Akan tetapi, jauh disudut hati, saya ingin berubah dan sentiasa berfikir untuk mencari jalan agar tidak tertidur, hasilnya ialah tetap tertidur.

Sewaktu tahun 4 medical student, pernah saya berjumpa prof muhaya mengadukan masalah saya. Saya bertanyakan kepada beliau adakah ianya kemungkinan disebabkan masalah otot-otot mata yang keletihan. Beliau menjawab tidak, ianya berpunca dari masalah ‘Minda’. Wow!, itu jawapan yang tidak masuk akal (terdetik dalam hati saya). Beliau menasihatkan saya agar lebih bermotivasi dalam belajar, sentiasa mendengar siaran motivasi di waktu pagi dan tidur awal sentiasa. Pada awalnya saya mencuba mendengar siaran motivasi pagi, hasilnya tertidurlah di depan TV. Akhirnya saya putus asa dan hidup saya berlalu seperti biasa tanpa banyak perubahan.

Tetapi, saya mula menyedari kebenaran tentang fakta “minda” apabila menghadiri kursus yang menerapkan unsur-unsur “reset minda’. Saya mula tersedar dari kebangangan selama ini. Apabila saya menyelami diri saya, rupa-rupanya masalah mengantuk yang saya alami selama ini ialah berpunca dari “minda” yang agak tidak sihat. Ia menyebabkan saya merasa bosan dengan apa yang dilakukan selama ini, tidak mempunyai motivasi, tidak jelas matlamat sebenar dengan apa yang dilakukan selama ini.

Mungkin faktor lain mempengaruhi mengantuk ialah kecergasan fizikal. Akan tetapi, setelah beberapa bulan mengamalkan “healthy balanced diet” dengan mengurangkan berat sekitar 10 kg dan membuat weight training workout, saya hanya merasakan sedikit improvement sahaja dari segi kualiti mengantuk.

Akhirnya saya akur dan faham apa itu kata-kata prof Muhaya tentang minda. Kursus yang saya hadiri itulah mengajar saya apa itu “Erti hidup pada memberi – Saifulislam.com”.

Alangkah baiknya jika saya diberi kesedaran tentang perkara ini sejak dari medical student lagi.

Sekarang saya tahu kenapa saya mudah mengantuk, punca utama ialah “minda yang negatif”. Antara sebab-sebab “minda negatif ” ialah; kegagalan yang berulang-ulang sewaktu medical student menyebabkan saya merasakan dunia ini tidak adil. Kurangnya bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah swt walaupun setelah berjaya mengharungi hidup medical student dan mendapat banyak kemudahan dalam hidup dibanding dengan rakan-rakan lain.

Setelah habis kursus tersebut saya telah memaafkan diri saya di atas kejahilan selama ini. Saya juga telah berazam untuk menambah nilai hidup manusia lain berasaskan konsep “the more you give the more you will get”. Saya juga berusaha untuk bersangka sebaik mungkin kepada Allah swt. Antara perkara yang saya boleh buat sekarang untuk menambah nilai dalam hidup orang lain ialah dengan menulis dalam blog ini sesuatu yang mungkin membantu orang lain.

Sekarang saya mula nampak jelas matlamat hidup ini. Ianya bukan duit semata-mata (walaupun hampir segalanya memerlukan duit), ianya juga bukanlah matlamat kerjaya yang glamour tetapi ianya ialah “Erti hidup pada memberi- Saifulislam.com dan menambah nilai hidup orang lain.

Post Navigation