Alhamdulillah,

Antara yang ingin saya kongsikan dari bacaan buku “ke mana wang anda” karangan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.  Sila lihat di sini bagi melihat gambar buku tersebut. Kalau tidak kedekut duit, saya syorkan beli buku itu di kedai-kedai buku terkemuka.

Jika ingin melancong ke tempat asing, paling kurang kita mesti bersedia dengan peta sebagai rujukan. Begitu juga dengan permasalahan kewangan, jika kita tidak menyiapkan peta kewangan maka kita akan ‘sesat’ iaitu berakhir dengan ketidakcukupan dari segi kewangan walaupun gaji dan pangkat naik 100 kali setahun.

Antara persoalan yang perlu difikirkan bagi menyediakan peta kewangan ialah:

  1. Ke mana arah tujuannya?
  2. Bagaimana hendak sampai ke sana?
  3. Perlukah melalui liku-liku atau ‘jalan mati’?
  4. Apa persiapan yang perlu ada?
  5. Selesakah kita dalam perjalanan menuju destinasi itu?

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dibuat untuk melukis peta kewangan:

  1. Lakarkan garis lurus bermula dengan umur anda sekarang, lagi muda lagi bagus. Tetapkan perjalanan umur itu sehingga 75 tahun . Insya Allah
  2. Tetapkan beberapa matlamat dan jangka masa yang tempoh untuk mencapai matlamat tersebut
  3. Gunakan financial calculator. Boleh di download di sini. Tujuannya untuk mengira berapakah jumlah yang perlu anda laburkan dalam sebulan bagi mencapai matlamat anda.
  4. Dapatkan nasihat dari syarikat penasihat dan perunding kewangan. Saya cadangkan disini Hijrah Wealth Management Sdn. Bhd. kerana mereka tidak mengenakan yuran untuk consultation kewangan. Keuntungan diambil sebagai komisyen dari pelaburan yang dicadangkan.

Peta Kewangan anda

Antara contoh matlamat ialah:

Saya ingin mengerjakan haji dalam masa 10 tahun akan datang. Dianggarkan kos haji RM50 000. Dengan menggunakan financial calculator, duit dilabur dalam unit amanah yang memberikan pulangan 15% setahun. Maka, jumlah yang perlu dilaburkan ialah: RM 1000 sebagai duit permulaan untuk membuka akaun + RM434.94 sebulan selama 10 tahun.

Dengan menggunakan peta kewangan ini, saya mendapati matlamat kewangan lebih jelas. Walaupun mungkin sesetengah matlamat tidak akan dicapai, sekurang-kurangnya mempunyai matlamat dan perancangan adalah lebih baik dari mengharapkan segalanya “takdir” dan akhirnya menyalahkan takdir.Yang penting azam, usaha dan tawakkal.

Di harap golongan yang pekerja awam yang berpendapatan tinggi terutama doktor lebih peka dengan perkara ini. Kerana inilah peluang untuk mendapat kebebasan dari segi kewangan lebih awal. Akan tetapi, malangnya kesedaran di kalangan doktor masih rendah dan mereka sangat pasif dalam management kewangan. Sepatutnya management kewangan ini diletakkan dalam ‘triage’ zon merah. Kelak akan menyesal dan terus menyalahkan KKM kerana tidak menaikkan gaji, gaji tidak cukup dan lain lain. Padahal, isu kelemahan pengurusan kewangan tidak pernah di timbulkan oleh mereka, termasuklah diri saya sendiri.

Di harap penulisan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca.

Sekian

One Thought on “Peta Perjalanan Kewangan

  1. roslin on June 25, 2011 at 10:29 pm said:

    salam,

    saya berminat dengan pendpat dr solah peta-pjln kewangan. saya ingin memperepatkan mission saya menunaikan umrah dan haji. membawa suami dan 2 orang anak (L = 7thn dan P = 11 thn) target bln 11 thn hadapan umrah dan 3 thn lepas tu haji. tapi saya tak ada simpanan yng konstan dan bnyak. Gaji 2500, belanja bulanan anggaran rm1500 (minyak kereta,duit poket anak2, tusyen, pembantu rumah dan ad hoc). bai rm 1000 guna utk sedekah dn standby…..baki tggl kurangap rm500 dkat tangan. Insuran pendidikanna ana rm120, anak lelaki slow learner baru pndai membaca dan tak suka menulis. anak perempuan ok, sederhana average markah diperolehi setiap pelajaran 80 ke 85 %, aktif. rumah dan kereta byrn ansuran suami tanggung dan services suami uruskan. harap bg info di mana saya dpt pg kursus wealth management. saya tinggal di kuching, berugas dgn pihak swasta. lulusan ijazah usia 42 thn. thank you

Post Navigation