Saya agak keberatan untuk menulis post tentang bisnes kerana bisnes merupakan stigma dalam masyarakat Melayu dan juga penjawat awam. Hakikatnya, ramai ingin memulakan bisnes, ramai yang telah memulakan bisnes  dan ramai telah berjaya mencapai impian (golden dream) mereka melalui bisnes.

Bermula dengan Pengurusan Kewangan

Saya mula meminati perkara yang berkaitan kewangan ialah selepas bekerja. Membaca buku Azizi Ali bertajuk “Jutawan dari Planet Jupiter” membuka mata saya tentang kepentingan pengurusan kewangan. Biar sebanyak mana sekalipun gaji yang diperolehi, jika pengurusan kewangan tidak mantap; maka kemelut kewangan masih akan melanda. Bermula dari sebuah buku, saya menjadi obses dengan buku Azizi Ali dan membeli ke semua buku beliau sehingga buku yang terkini di tulis oleh beliau bertajuk “Money Is Everthing”.

Koleksi buku kewangan

Koleksi buku kewangan

Mengenali bisnes

Apabila saya berpindah ke Hospital Daerah Machang, saya terbeli sebuah buku di tulis of Chef Li bertajuk “Menjejaki Jutawan Senyap”. Selepas itu saya juga menjadi obses dengan buku-buku beliau dan terus membeli buku-buku selanjutnya yang dikarang oleh beliau. Buku-buku beliau merupakan pembuka mata bagi saya. Saya mula melihat bisnes melalui perspektif yang lebih baik. Saya mula merasa ego sebagai seorang doktor hanyalah suatu kerugian dan khayalan. Doktor bukanlah segala-galanya. Apakah yang ada pada seorang doktor yang membolehkan dia mendabik dada?? Sedangkan hakikatnya penjual mee sup di atas pasar besar Machang mempunyai pendapatan melebihi RM14 000 sebulan. Bukan itu sahaja, penjual apam balik di pasar malam, penjual nasi lemak, penjual sayur, pemborong ikan. Mereka semuanya telah mencapai pendapatan yang lebih tinggi, malah lebih tinggi dari apa yang saya perolehi pada hari ini. Hidup mereka juga lebih bebas, tiada ikatan kerja ofis hour dan mereka mempunyai ‘life’ dalam hidup mereka.

Selepas membaca buku Chef Li, saya sememangnya terbuka mata, kesimpulan yang saya boleh buat ialah, jika mahu kaya, maka hendaklah berbisnes!.

Koleksi buku Chef Li

Koleksi buku Chef Li

Saya mula membaca buku-buku tentang bisnes. Maka bisnes yang menjadi pilihan hati ialah Online Bisnes.

Saya mula  belajar tentang eBay. Membeli buku, ebooks dan mencuba nasib menjual beberapa barangan terpakai di rumah (hadiah kahwin yang tidak digunakan). Jualan tidak memberansangkan. Ini adalah kerana saya tiada ilmu, tidak menggunakan teknik yang betul. Akhirnya saya bosan, tetapi minat online bisnes tetap ada.

Antara idola saya yang berkaitan online bisnes ialah Gobalakrishnan, Irfan Khairi, Pakar Affiliate (Rosalind Gardner) dan banyak lagi. Satu-satunya sebab blog ini masih hidup adalah kerana kesan minat mendalam terhadap online bisnes. Walaupun saya tidak mendapat apa-apa keuntungan dari blog ini.

Bukan setakat ebay, saya juga mencuba nasib dengan affiliate bisnes, google adsense, nuffnang. Akan tetapi, hasilnya amat ciput. Saya gagal!.

Big turning point

Apabila saya dan isteri membuat keputusan untuk resign dari KKM dan join IIUM sebagai trainee lecturer dalam bidang basic medical science. Bidang yang dipandang hina dan remeh oleh kebanyakan doktor-doktor. Akan tetapi, ia merupakan biggest decision dalam hidup kami. Walaupun terpaksa menghadapi kebencian dan tentangan ahli keluarga. Perbuatan resign ini dianggap suatu penderhakaan dan dosa terbesar oleh mereka. Selama 2 tahun kami mendiamkan diri dari berbicara tentang karier kami di hadapan saudara mara. Sehinggalah kami telah lulus dan konvokesyen bersama pada tahun lepas. Sejak itulah kami tidak malu untuk membicarakan karier kami.

Akan tetapi, ramai tidak menyedari dan tidak dapat melihat ‘masa hadapan’. Apa yang kami decide merupakan big turning point. Seolah-olah chain-reaction yang berlaku dalam hidup kami. Di IIUM, kami mula mendapat kembali “kehidupan kami” yang telah lama hilang sewaktu kami dalam KKM. Di sini kami belajar, bukan setakat mendapat master dalam basic medical science, tetapi kami telah belajar apa erti kehidupan. Kami telah banyak belajar tentang banyak perkara, bisnes, motivasi, reset minda dan insya allah good parenting skills.

 ‘Kaizen’

Kaizen merupakan perubahan ke arah kebaikan. Jika anda membaca buku Anthony Robbin, anda akan memahaminya.

Pada tahun 2013, bulan February. Saya telah ‘decide’ untuk menghadiri kursus yang mahal. Jika sebelum ini, saya berjimat cermat dan agak keberatan untuk menghadiri kursus yang mahal. Tetapi saya terajang keluar sahaja perasaan kedekut itu dan ‘just do it’ . Kursus yang pertama saya pergi ialah IMKK oleh Dr Azizan Osman. Dari situlah saya mula memahami akan konsep reset minda yang telah di laungkan oleh Prof Muhaya sejak belasan tahun (sewaktu 4th year medical student). Rupa-rupanya jika hendak berbisnes, perkara paling penting dibuat sebelum berbisnes ialah ‘reset minda’. Buat persediaan minda, betulkan salah faham tentang kekayaan dan bisnes.

Antara salah faham yang selalu dalam bisnes ialah:

  1. Bisnes ialah untuk menjual dan dapatkan duit
  2. Mesti dilakukan oleh keturunan bisnes / darah bisnes ajo
  3. Modal besar
  4. Mesti resign kerja
  5. Mesti mendapat pinjaman badan kerajaan
  6. Mesti ada tender besar dan kabel besar dalam kerajaan
  7. Kalau lulusan tertentu MESTi kerja bidang yang berkaitan sahaja
  8. ….dan banyak lagi.

Melalui kursus Azizan Osman, beliau telah menerangkan banyak perkara.

  1. Bisnes adalah untuk menyelesaikan masalah di luar sana, menambah nilai dalam hidup manusia. Selepas itu, orang ramai akan datang kepada kita dan sanggup membayar kerana ‘added value’ yang kita berikan kepada mereka. Seperti yang kita selalu dengar “the more you give, the more you get’. 
  2. Bisnes tidak memerlukan darah bisnes dan keturunan bisnes. Terdapat ramai jutawan di dunia ini yang lahir dari kalangan orang miskin dan juga bukan keturunan bisnes.
  3. Bisnes dapat dimulakan dengan tanpa modal (dropshipping, agen) dan modal kecil seperti online bisnes
  4. Bisnes boleh dilakukan sebagai part time untuk permulaan, setelah ianya ‘huru hara’ dan berkembang, boleh consider untuk resign jika pendapatan sudah melebihi dari kerja fulltime.
  5. Meminjam untuk berbisnes ialah satu langkah yang bahaya
  6. Bisnes yang bagus ialah bebas dari kekangan tender dan kabel kerajaan
  7. Manusia tidak semestinya bekerja berdasarkan lulusan degree. Mereka bebas untuk buat pilihan. Terdapat ramai jutawan yang tidak mempunyai apa-apa kelulusan dan mereka bebas untuk memilih karier mereka. Sudah pasti yang mempunyai degree sepatutnya lebih bebas memilih.
  8. ….dan banyak lagi.

Fine tuning pengurusan kewangan

Kami juga telah melaburkan duit yang agak banyak untuk mengdiri kursus-kursus dr Azizan Osman. Tapi semuanya berbaloi. Return of investment dalam mendidik diri adalah sangat tinggi. Tiada limit bagi pulangan pelaburan ini,  kecuali kita tidak melaksanakan apa yang diajar.

Paling gembira ialah apabila melihat gambar ini. Return of 400% apabila menggunakan tips-tips dari kursus Advanced Fesbuk Power. Boleh dilihat di link ini.

fesbuk power sisapple delight

 

Ingin saya tekankan,  sebahagian besar peningkatan dalam bisnes adalah merupakan sumbangan dan usaha gigih ISTERI saya. Dia lebih expert dan arif tentang facebook marketing. Buat masa ini saya hanyalah kuli, mat despatch dan tukang cuci sahaja. Saya menghormati dan mengkagumi kelebihan yang ada pada isteri saya dalam berbisnes. Beliau sangat meticulous, teliti, tersusun, sistematik, organized dalam menguruskan bisnes. Insya Allah di masa hadapan, beliau akan membuat kelas Facebook Marketing di Kuantan dengan tujuan untuk mengutip dana bagi rakyat Syria.

Perancangan masa depan?

Adakah itu bermakna kami akan resign dari menjadi pensyarah? Oh TIDAK sama sekali.

Kami telah menetapkan banyak matlamat. Antara matlamat yang terpenting kami MESTI capai ialah Phd. Target kami ialah mendapatkan Phd dan seterusnya gelaran double doctor :). Banyak perkara yang ingin kami capai di sebalik Phd, yang pasti perkara tersebut ialah untuk “menambah nilai hidup orang lain”. Salah satu contoh sumbangan kecil kami buat masa ini ialah, thesis template untuk IIUM. Kami berharap suatu hari nanti kami boleh menjadi seperti Dr OT yang gigih membantu para pelajar untuk mendapat kejayaan peringkat Master dan Phd.

Kesimpulan

Start bisnes!

Mulakan bisnes dengan niat membantu orang ramai menambah nilai hidup mereka

Belajar method yang betul tentang bisnes.

Laburkan duit dengan menghadiri seminar dan membeli buku, pulangannya tiada limit….

2 Thoughts on “Mulakan bisnes!

  1. Harith on August 4, 2013 at 10:52 pm said:

    Terima kasih Dr atas cerita + motivasi + nasihat ini. So inspiring!! Tahniah atas kejayaan =) Banyak belajar daripada website ini. Benci dengan sikap kebanyakan orang yang suka pandang rendah dengan kehebatan kerjaya sebagai peniaga ini. Hihi. Sentiasa tertunggu-tunggu Dr menulis tentang menjana wang melalui nuffnang, google adsense dsb memandangkan Dr ada pengalaman. Semoga terus berjaya =D

Post Navigation