clinical doctorSudah hampir setahun aku meninggalkan dunia klinikal dan beralih ke dunia akademik sebagai trainee lecturer. Kebiasaannya dunia akademik dikenali sebagai dunia pre-klinikal. Dalam erti kata  lain, seorang doktor yang melibatkan diri dalam dunia pre-klinikal dianggap tidak akan merawat pesakit buat selama-lamanya. Tidak dinafikan perasaan rindu pada dunia klinikal masih ada dalam diri ini.

Bidang klinikal dan juga segala bidang kepakaran yang berkaitan dengannya merupakan satu bidang dipandang mulia, tinggi, berprospek hebat dan sebagainya di mata sesetengah individu. Cuba bayangkan, apabila 2 orang doktor pakar menyebut…Si ‘A’ menyebut: Saya adalah pakar jantung / bedah / bedah tulang , dan bandingkan dengan seorang pakar ‘B': saya pakar patologi aje, saya pensyarah basic sciences anatomy aje. Begitu juga senario yang berlaku antara doktor-doktor apabila mereka bertanya kepada rakan-rakan semedical, “buat master apa?’, alaa..patologi ajo / anatomy aje dan lain-lain. Umpama pakar klinikal dan preklinikal ibarat langit dan bumi.

Terdapat banyak sebab yang mendorong saya mengubah haluan klinikal kepada preklinikal. Sebab utama ialah sebab peribadi yang tidak dapat dinyatakan. Akan tetapi, sebab-sebab yang lain adalah sama dan typical dengan kebanyakkan doktor yang mengubah haluan seperti saya. Ketika awal bekerja, saya pernah berjumpa dengan Senior Medical Officer yang sememangnya dikenali dalam bidang bius (anaesthesiology), saya menganggap dia akan menjadi seorang pakar bius yang terkemuka, akan tetapi dia dengan merendah diri mengatakan “I don’t think my life will be ended as anaesthesiologist. Bahkan terdapat ramai rakan-rakan semedical yang mengubah haluan dari menjadi senior MO O&G kepada bidang pathology, Bius kepada bidang pathology, dan ada juga yang mengidamkan menjadi seorang pakar bedah mengubah haluan kepada bidang ENT sahaja. Bahkan ada lebih ‘extreme’ lagi terus resign dan menjadi GP yang terkaya. Antara sebab yang typical kenapa para doktor mengubah haluan klinikal kepada preklinikal ialah tidak tahan dengan bebanan kerja terutamanya oncall, tidak tahan dengan karenah pesakit yang kurang ajar, hilang hidup sosial, hilang masa dengan anak-anak dan keluarga, tidak tahan dengan HOD yang suka marah-marah waktu mortality audit dan banyak lagi.

Ramai antara doktor yang cuba bersabar sehinggalah ada diantara mereka pasrah dengan sebab di atas. Oncall selama lebih 30 jam sehari selama 8 kali seminggu selama 2-3 tahun berturut merupakan suatu perkara yang sangat membebankan. Jika di analogikan oncall itu kepada ibadat malam atau ‘qiam’, berapa ramaikah antara orang beriman zaman sekarang sanggup berjaga dari pukul 1 pagi sehingga 1 tengahari esok dengan sembahyang tahajud tanpa henti selama 8 kali sebulan atau jika masih kuat, 15 kali sebulan? Sudah pasti ramai yang tidak sanggup. Sedangkan oncall ini sesuatu yang memerlukan komitmen tenaga, fikiran, emosi, kesabaran (kena marah dengan pesakit, keluarga, pakar yang mengantuk). Kerja tetap ikhlas, jika ikhlas itu hilang pada pukul 3.00 pagi sekalipun, nyawa pesakit tetap menjadi keutamaan. Merawat pesakit ketika mengantuk adalah satu kekecewaan bagi diri saya kerana kerap kali diagnosis tersasar. Sudah pasti penyelesaian yang terbaik ialah menambah bilangan doktor….ini sudah terjadi kerana sudah ramai yang grad menjadi doktor. Dan paling baik ialah, mengubah sistem oncall ini kepada sistem syif. Walaupun idea ini mungkin akan ditentang oleh sesetengah pihak, tetapi ia adalah satu langkah yang baik untuk mengurangkan ‘penderitaan’ sleep deprivation syndrome di kalangan doktor-doktor.

Antara sebab yang lain ialah hilang social life, walaupun hakikatnya doktor ialah orang yang bersosial dengan manusia setiap hari. Akan tetapi bersosial dengan orang sakit dan sihat sudah semestinya dua dunia yang berbeza.Bagi mereka yang suami isteri berkarier sebagai doktor, masa yang berkualiti dengan keluarga merupakan satu perkara yang terpaksa dikorbankan. Atas sebab itulah, ramai pasangan doktor yang memilih untuk menjadi pakar klinikal dan preklinikal salah seorang dari mereka.

Apa pun pilihan yang dibuat, saya merasakan ada kelebihan dan kekurangan yang mesti diterima dengan redha oleh diri sendiri. Jika bertanya kepada 1001 manusia, sudah pasti 1001 pendapat yang berlainan yang keluar dari mulut-mulut mereka. Ibarat cerita hikayat arab, penunggang keldai dan anaknya yang melalui pasar, akhirnya mereka keldai yang ditunggang mereka terpaksa diangkat lantaran terikut pendapat orang ramai.

Oleh itu, jika anda belum menjadi doktor dan ingin menjadi doktor, maka teruskanlah niat mulia anda, dan jika anda ingin menjadi pakar klinikal maka teruskanlah niat mulia anda itu, jika anda ingin mengubah haluan preklinikal…fikirkanlah dan teruskanlah niat mulia anda itu.

5 Thoughts on “Mengubah haluan hidup, klinikal dan preklinikal.

  1. assalamualaikum..

    hmmm.. ya, itulah yang saya juga fikirkan sebagai pelajar perubatan. Jika hari ini melihat kehebatan doktor pakar itu dan ini, hakikatnya matlamat diri, tanggungjawab diri dan impian peribadi juga menjadi faktor untuk memilih masa depan. Bukan memilih kerana minat sahaja tetapi berlandaskan kesesuaian dan terbaik untuk semua pihak.

    Apapun, semoga Dr terus menulis blog ni.. :)

    • terima kasih di atas dorongan dan galakan saudara. Semoga saudara berjaya menjadi seorang doktor yang terbaik untuk berkhidmat kepada orang ramai.

    • Hidayah on June 20, 2011 at 12:57 pm said:

      Salam. Saya masih dalam pencarian matlamat masa depan sebagai doktor. Tak dinafikan saya pernah meminati bidang pembedahan. Tapi setelah memegang status isteri, keluarga kini suami lebih utama. Saya masih dalam dilema nak memilih bidang apa. Boleh doktor bagi pandangan dan pendapat? bagaimana doktor boleh meminati pathology, yang selalu dikatakan hanya tengok microskop dan berada dalam makmal.

  2. Hidayah on November 2, 2011 at 5:00 am said:

    Salam Dr Solah,
    Saya baru graduate houseman beberapa bulan lepas. sejurus selepas habis houseman, saya diletakkan sementara di patologi sebagai MO and surprisingly saya terus jatuh cinta. sedangkan semasa houseman, saya tercari-cari bidang apa yang saya mahukan…sekarang saya di klinik kesihatan. menanti waktu yang sesuai untuk apply master. apa-apa pun bagi saya yang penting niat untuk memberi service yang terbaik untuk public tak kira berada di barisan depan (klinikal) atau belakang tabir (lab dan preklinikal) :razz:

    • drsolah on November 2, 2011 at 4:18 pm said:

      Tahniah kerana telah menjumpai bidang yang disukai. Semoga berjaya mendapat Master Clinical Pathology. Hakikatnya, prospek bidang pathology ini sangat hebat, tetapi ramai memandang lekeh kerana mungkin bidang ini tidak se “adventurous” seperti bidang lain. Even, di private practice, pakar pathology sangat diperlukan.

Post Navigation