Alhamdulillah, pada hari minggu lepas selesai sessi PBL (problem based learning) dengan pelajar perubatan tahun 2. Tajuk yang diberikan agak mencabar. Tetapi yang lebih mencabar ialah untuk memahami dan mengingati semula fakta-fakta tentang tajuk tersebut. Paling mencabar ialah kerana student nampaknya lebih bijak dari saya.

Pelajar perubatan zaman sekarang bukan calang-calang seperti zaman saya. Pada zaman dahulu, memiliki handphone nokia 3210 sudah dianggap hebat dan bergaya. Telefon yang besar, jika dibuat balingan sudah pasti akan mengorbankan nyawa. Memiliki komputer juga dianggap suatu kemewahan di zaman tersebut.

Pada hari ini, dengan teknologi smartphone, internet di mana-mana sahaja, netbook yang boleh dibawa ke sana sini dengan mudah. Saya merasakan diri saya agak ketinggalan berbanding pelajar perubatan. Apa tidaknya, mereka tidak lagi menulis nota dalam kertas kajang, nota-nota sudah diletakkan dalam iPad dan tablet. Maklumat dihujung jari.

Hari ini seronok apabila melihat medical student mempamerkan video tentang clinical examination of nervous system. Video ini dikeluarkan oleh Mc Leod Clinical Examination Textbook. Ini menjadikan pembelajaran sangat mudah. Jika dibanding zaman dahulu, untuk mencari video-video sangatlah susah. Terdapat sedikit sahaja professor yang sangat komited merakamkan pemeriksaan fizikal untuk tujuan pembelajaran.

Sebenarnya terdapat banyak kelebihan “Leverage on Technology” untuk tujuan pembelajaran. Saya melihat pada zaman sekarang, peluang untuk pelajar perubatan menggunakan teknologi bagi mencapai kecemerlangan adalah sangat terbuka luas. Cuma masalah yang dihadapi ialah “method” untuk menggunakan segala teknologi tersebut.

Saya terbayang, JIKA saya ditempat medical student sekarang……

1. Target: Mahirkan diri dengan physical examination (Gastro system)

2. Action: Tonton video ini berulang-ulang kali sampai muntah:

3. Praktiskan physical examination dengan kawan-kawan berulang-ulang kali sehingga ianya menjadi refleks bagi diri ini.

4. Hafal template untuk present finding dalam short case examination.

5. Pergi ke ward dengan skill examination yang menjadi ‘refleks’, maka tidak lagi kelihatan terhegeh-hegeh apabila memeriksa pesakit

6. Fokus pada clinical finding dan present kepada kawan-kawan.

dan begitulah seterusnya….Wow nampaknya ia lebih mudah di zaman ini.

Akan tetapi, masalah yang biasa di alami ialah salah guna teknologi. Antaranya ialah rujukan banyak diambil dari sumber yang tidak bermutu seperti wikipedia, blog, website. Sepatutnya rujukan hendaklah diutamakan buku teks, clinical practice guidelines dan journal ( untuk advance level). Tidak tahu di mana hendak bermula as a good starting point.

Nampaknya selepas ini saya terpaksa lebih alert tentang perkembangan teknologi berkaitan pendidikan perubatan. Saya merasakan student is a good teacher, banyak yang saya dapat pelajari dari student zaman ini.

Post Navigation