bankrupt

Ia hanyalah dari perspektif saya…. tidak boleh dipakai untuk dijadikan rujukan utama.

Suatu ketika pada tahun 1997, zaman Tun Dr Mahathir.

Apa yang saya lihat pada waktu itu, hampir semua pelajar tidak dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara akibat krisis matawang.

Selebih itu, hidup saya seperti biasa. Hidup sederhana. Tiada merasa apa-apa derita kewangan. Belanja seperti biasa diberi oleh arwah bapa saya.

Akan tetapi, banyak cerita-cerita didengari, gaji dipotong, kereta terpaksa dijual murah-murah. Ramai yang belajar di luar negara tersepit, terpaksa balik ke Malaysia dan memulakan semula pengajian dari tahun satu.

Saya mula memasuki matrikulasi di UKM ketika itu. Biasiswa alhamdulillah diberikan oleh kementerian pelajaran malaysia. Dengan jimat cermat dan sedikit sumbangan kewangan dari arwah bapa dapatlah saya berbelanja dengan selesa.

Tetapi senario sekarang agak berbeza.

Saya sudah bekerja, mempunyai keluarga. Mempunyai komitmen hutang kereta dan rumah.

Jika tahun krisis ekonomi 1997 berulang, adakah saya boleh bertahan?

Saya tidak tahu. Dan sudah pasti saya juga sangat bimbang.

Ramai pekerja MAS dibuang. Pekerja sektor lain juga dikhabarkan ada menerima nasib yang sama.

Sektor oil and gas suatu ketika dulu dikira sektor hebat, gaji mahal. Tetapi kejatuhan harga minyak mentah di pasaran menyebabkan sektor ini terjejas.

Adakah sektor-sektor lain juga akan menerima nasib yang sama? Ada yang kata properties akan bertahan, betul tu, tapi sewaktu tahun 1997, banyak properties kena lelong.

Ada yang kata emas bagus, tahan inflasi. Tetapi jika diperhatikan harga emas sekarang sudah ke longkang.

Jika disimpan cash di tabung haji…..ada isu panas pulak hari tu.

Unit trust juga mengikut pasaran saham bursa malaysia. Kalau krisis ekonomi, unit trust boleh merudum

Jika disimpan bawah bantal, akan di mamah oleh inflasi matawang dan anai-anai.

Disebalik semua di atas, sebenarnya peluang keemasan masih ada. Dengan syarat duit cash dalam tangan mesti banyak.

Jika ada duit cash yang banyak sewaktu krisis ekonomi, peluang membeli rumah lelong terbuka luas, begitu juga membeli saham-saham blue chip dengan harga diskaun dan mungkin boleh membeli emas jika harga sudah mula memasuki fasa bullish.

Apakah persediaan kita untuk menghadapi situasi ini?

Krisis ekonomi 1997 mengambil masa beberapa tahun untuk pulih. Tetapi adakah jika ia berlaku sekali lagi, tempoh yang sama untuk pulih? Atau berlarutan seperti berlaku di Greece.

Apa yang saya boleh rumuskan melalui pembacaaan saya seketul dua kat buku dan google  ialah:

  1. Tiada siapa boleh meramal apa yang berlaku jika krisis ekonomi melanda.
  2. Tiada apa yang kita boleh buat terhadap ekonomi dunia, krisis ekonomi adalah lumrah kitaran yang pasti berlaku.
  3. Yang penting ialah persediaan kita untuk menghadapinya.
  4. Jika ekonomi negara berada pada tahap sangat baik sekalipun, adakah ekonomi kita baik? Tidak semestinya.
  5. Zaman arwah ayah saya, kehidupan keluarga kami tidak terjejas teruk kerana arwah ayah saya tidak mempunyai sebarang hutang. Beliau seorang yang jimat cermat. Kenderaan hanyalah motosikal honda cup 70, rumah juga tiada hutang bank.
  6. Kurangkan tahap keberhutangan dengan bank. Agar rumah dan kereta tak kena lelong.
  7. Pastikan mempunyai reserve duit cash yang cukup untuk menampung waktu kecemasan, paling kurang selama setahun sara hidup.
  8. Kurangkan kos sara hidup dengan berjimat cermat. Walaupun kenyataan ini agak pahit. Kerana rakyat sekarang disuruh jimat cermat, sedangkan pemimpin sebaliknya.
  9. Buat side income. Bisnes kecil-kecilan atau kerja sampingan. Bagi doktor, kerja sampingan utama mereka ialah lokum. Mana tahu, dengan izin Allah swt, kadang kala bisnes kecil-kecil ini berpotensi berkembang dan menjana sumber pendapatan lebih besar dari gaji diperolehi.
  10. Tetapkan matlamat kewangan. Jangan malu untuk menjadi jutawan, kerana ianya wajib menurut pakar kewangan. Kalau tak ada duit cash RM2 juta sewaktu pencen, kemungkinan tak boleh survive bila pencen. Sebab tu ramai yang masih sambung kontrak kerja berkali-kali bila dah pencen. Nauzubillah.
  11. Zakat dan sedekah itu penting. Hikmahnya sangat besar.
  12. Bagi doktor yang baru kerja, jangan kalut nak resign bila dah stress sikit. Bertahan dengan kerja, kecuali dah ada side income ribu raban, boleh laa fikir nak resign.
  13. Hutang perlu dielakkan seboleh mungkin ialah personal loan dan hutang kad kredit. Jika terkena penyakit personal loan, susah nak sembuh.

Banyak perkara masih saya perlu pelajari.

Bukan senang untuk senang, tetapi amat senang untuk susah.

Comments are closed.

Post Navigation