Hajjah Rohani Pakar Pengurusan Kewangan Islam yang saya kagumi.

Hajjah Rohani Pakar Pengurusan Kewangan Islam yang saya kagumi.

 

Alhamdulillah, telah berlalu 6 bulan sejak saya mula menggunakan kereta terpakai jenama Citroen Picasso. Saya telah menulis sebuah post di blog ini tentang pengalaman membeli kereta terpakai pada March lepas. Post itu boleh dibaca disini. Saya telah menerima beberapa feedback yang bagus. Ada yang menambah point-point yang sedia ada. Yang paling menggembirakan apabila ianya membantu sesetengah orang dalam menambah info untuk mencari kereta terpakai (2nd hand).

Tidak dinafikan, membeli kereta terpakai merupakan suatu “pertaruhan” yang agak berisiko. Akan tetapi, risiko dapat dikurangkan jika membuat survey, tidak tergesa-gesa, mencari maklumat dan belajar, membuat persediaan mental dan kewangan dan yang terpenting ialah berdoa (istikoroh dan tawakkal) kepada Allah swt agar diberi pilihan yang tepat.

Sejak 6 bulan yang lepas, kereta Citroen yang dibeli sangat berjasa. Boleh dikatakan saya sangat jarang menggunakan kereta Wira Aeroback yang dibeli. Tambahan pula, anak-anak lebih gemar menaiki kereta Citroen kerana ruangnya yang luas dan lebih selesa. Sejak 6 bulan yang lepas, kereta itu telah mengembara ke Kelantan sebanyak 2 kali, berulang alik dari Kuantan ke Kuala Lumpur hampir 20 kali dan yang terbaru ialah bercuti ke Pulau Pangkor. Setakat ini tiada masalah dari segi kerosakan dalam perjalanan. Alhamdulillah!!!.

Di sini saya ingin memberikan review secara jujur tentang pengalaman yang saya alami menggunakan kereta Citroen Picasso ini.

Kelebihan yang saya dapati ialah:

  1. Selesa: Kereta ini ialah kelas MPV dengan 5 seaters. Ia mempunyai ruang duduk yang agak luas di belakang. Ruang simpan barang di belakang luas dan boleh memuatkan banyak barang. Jika dipandang dari luar, bentuknya agak unik, tidak ramai akan menyangka bahawa ianya adalah MPV.
  2. Performance enjin: Enjinya ialah 2.0 cc, tetapi penggunannya petrol ialah sama sahaja dengan kereta Wira Aeroback. Jika menaiki kereta Wira 1.5cc, kos petrol ialah sekitar RM45-50 dari Kuantan ke KL. Tetapi dengan Citroen yang mempunyai enjin 2.0cc, kosnya adalah sama. Tetapi, enjin nya lebih pick up dan gagah menaiki bukit-bukit dan bergerak lebih laju dari Wira Aeroback.
  3. Lebih ergonomik: Citroen Picasso adalah lebih selesa dan kurang menyakitkan badan untuk perjalanan yang jauh.
  4. Ciri-ciri keselamatan seperti ESP, Airbags, ABS dan fungsi light sensor.

Akan tetapi, tidak saya nafikan terdapat kelemahan bagi Citroen ini:

  1. Enjinnya KADANG-KADANG  mati secara tiba-tiba jika saya memperlahankan kenderaan sekitar kelajuan 8-10km/j. Akan tetapi ianya tidak berbahaya kerana ia boleh dihidupkan kembali setelah gear di neutralkan. Perkara ini menjadi misteri, sudah saya google dan mencari dalam forum penawarnya, tetapi masih tidak berjumpa. Majoriti penggunan Citroen ini akan mengalami perkara yang sama. Tetapi enjin mati tiba-tiba tidak berlaku pada kelajuan yang tinggi. Ada mekanik berpendapat kerana trot body, software tidak update, fuel filter dan sebagainya.
  2. Spare part yang agak mahal: Jika dibandingkan dengan kereta Proton, sudah pasti ianya agak mahal sedikit, tetapi jika dibandingkan dengan kereta Audi dan Mercedes, saya rasa ianya jauh lebih murah. Spare part juga tidaklah susah untuk diperolehi, cuma ianya perlu di order terlebih dahulu, dan mengambil masa selama 1-2 hari untuk sampai Kuantan.
  3. Terpaksa belajar lebih: Saya terpaksa belajar lebih detail tentang kereta bagi memberi ketenangan kepada diri ini. Agar saya lebih memahami karenah kereta ini.

Berapakah kos yang telah saya belanjakan untuk maintainance kereta ini setelah saya membelinya?

  1. Setelah membelinya saya telah menukar timing belt kerana rekod servis tidak up to date. Saya juga telah menukar tension bearing kerana ianya berbunyi seperti kapal terbang. Kos yang saya belanjakan hampir RM1000
  2. Handle boot belakang telah patah. Ianya diperbuat dari fiberglass dan menjadi rapuh setelah 5 tahun lebih berjemur matahari. Oleh kerana ianya agak sukar diperolehi maka harganya boleh tahan iaitu RM450.
  3. Saya juga mendapati oil switch yang telah bocor, maka kos membaikinya ialah RM200
  4. Untuk menenangkan hati saya, oil gasket telah ditukar dan kosnya RM100. Getah gasket adalah lumrah bagi mana-mana kereta pasti akan bocor setelah berumur lebih 5 tahun.
  5. Selebihnya ialah kos servis rutin biasa yang saya rasa tidak perlu dimasukkan di sini kerana mana-mana kereta pun sama sahaja. Kos servisnya tidak banyak beza dengan kereta proton.

Jadi total immediate kos yang perlu dibuat persediaan jika mahu membeli kereta ini ialah sekitar RM2000.00. Sebab itulah saya membuat loan, kerana tidak mahu mengeringkan duit cash. Insya Allah, jika ada rezeki lebih, saya akan habiskan loan se awal mungkin.

Adakah saya menyesal membeli kereta ini? Sudah tentu tidak. Saya sentiasa bersyukur kepada Allah swt kerana dipertemukan dengan kereta ini. Saya juga berdoa dan berharap agar untuk 5 tahun akan datang, ianya masih dalam keadaan baik.

Saya juga pernah ditertawakan oleh bapa saudara apabila mengetahui saya terpaksa berbelanja untuk membaiki kerosakan kecil di atas. Akan tetapi, apabila beliau menaiki kereta ini, beliau terus terdiam dan memuji apabila menaiki kereta ini beliau merasakan sangat luxury (menjadi orang kaya).

Perlu diingat, inilah lumrah beli kereta 2nd hand. Kerosakan kecil itu adalah lumrah, jangan sampai terjebak dengan kerosakan yang besar. Kalau tidak sanggup mengambil risiko, dicadangkan beli kereta buatan negara iaitu Saga Fl yang berharga sekitar RM40k. Terus terang saya katakan, membeli kereta proton pun ada kelebihannya.

Semoga entry ini memberi banyak manfaat kepada orang lain. Sekian.

6 Thoughts on “Kereta Terpakai Citroen Xsara Picasso – 2

  1. Saya (owner) nak jual kereta Ctroen Xsara Picasso. Manufactured 2004, registered 2005. Harga pasaran : RM 27,000 – 32,000. Saya nak jual pd harga RM22,000 (Masih boleh dirunding). Hubungi : 016-2032016 jika berminat.

  2. Salam drsolah,

    Setelah membaca artikel ini, banyak benda yang perlu difikirkan sebelum membeli kereta terpakai kan, mungkin kena bawa kawan yang kerja mekanik supaya dia boleh bantu kita kan.

    Tetapi saya rasa jikalau saya, lagi elok beli kereta baru kot, duit oh duit

    Terima kasih sbb tulis artikel ni :)

    • drsolah on December 14, 2013 at 1:21 am said:

      Ya saya bersetuju, lebih baik beli kereta baru jika tidak mahu pening-pening kepala dengan karenah kereta 2nd hand. Jika saya ingin membeli kereta baru, target saya ialah kereta proton dan perodua. Saya yakin kereta baru jenama proton dan perodua juga berkualiti.

  3. Assalamualaikum Dr Solah,
    Boleh tuan share brapa milage keta masih beli tempohhari? Kebanyakkan skrg sy agak ramai yg dh setting balik meter dia. Satu lagi kenapa ada yg kata ada 2 airbag, ada yg 4 airbang, auto rain dan viper, ada yg xde. Harap tuan dpt share jika berkelapangan. Pening jugak duk mencari nie. TQVM

Post Navigation