Ilustrasi Skim MLM

Teringat sewaktu setahun selepas bekerja, saya pernah tertipu oleh skim piramid MLM. Oleh kerana kurangnya ilmu dalam bidang kewangan dan pelaburan, saya terpengaruh dengan ajakan salah seorang kawan yang juga seorang doktor untuk melabur dalam skim yang saya sendiri tidak tahu kesahihannya.

Apabila seorang doktor mula bekerja, terdapat ramai ‘individu’ yang tidak dikenali akan mendekati mereka dalam kawasan hospital. Individu itu boleh diklasifikasikan kepada: agen insurans dari berbagai syarikat samaada konvensional atau takaful, agen MLM, agen unit amanah dan mungkin orang tidak siuman. Akan tetapi, tidak semua individu itu adalah penipu sebenarnya.

Saya di approach oleh rakan sekerja, secara jujurnya saya tidak mengatakan beliau seorang penipu, beliau hanya si dungu yang telah ditipu berulang-ulang kali oleh sistem MLM dan masih tidak sedar hidupnya sentiasa di tipu. Beliau mengajak saya melabur dalam sistem MLM, beliau menunjukkan kiraan keuntungan yang PASTI dapat iaitu lebih kurang 30% sebulan (keuntungan tahunan 300% lebih). Oleh kerana saya kurangnya ilmu dalam bidang ini, dan ilmu tentang MLM penipu ini tidak pernah diajar dalam sukatan pelajar perubatan maka duit saya telah hangus sebanyak hampir RM2000.00. Mujurlah jumlah itu tidak sebanyak seperti yang dilaporkan dalam surat khabar seperti puluh ribu dan ada juga ratusan ribu.

Selepas saya kerugian, saya mula mempelajari selok belok tentang ilmu pelaburan dari sudut syariah. Saya berpendapat dan yakin bahawa jika saya mempelajari dan mengambil tahu hukum hakam tentang ilmu kewangan dan pelaburan dari sudut syariah maka saya akan selamat dari penipu skim piramid MLM di dunia dan akhirat. Maka website Ustaz Zaharuddin menjadi rujukan utama saya sampai sekarang.

Seorang doktor memanglah bijak, tetapi hanya dalam bidang perubatan. Ilmu kewangan dan pelaburan bukanlah ilmu yang akan di “congenitally acquired” atau di “genetically inherited” setelah lulus dari fakulti perubatan. Ilmu itu perlulah dicari dan dipelajari. Oleh kerana doktor adalah dalam tarat high income earner dalam sektor awam, maka mereka akan menjadi lubuk emas bagi pengamal skim piramid MLM penipu ini mencari mangsa.

Antara ciri-ciri “typical” skim penipu MLM ialah:

1. Jaminan keuntungan dalam pelaburan

2. Keuntungan dijamin “too good to be true” seperti melebihi 100%- infinity setahun

3. Tiada urus niaga yang jelas tentang produk yang dijual

4. Duit keuntungan tidak jelas datang dari mana

5. Satu produk dijual sebagai “decoy” untuk mengabui ketidakjelasan urusniaga.

6. Syarikat didaftar di atas nama enterprise, tetapi mengutip duit deposit dari orang ramai.

7. Tidak jelas dari sudut syariah tentang urusniaga dijalankan atau tidak mempunyai penasihat syariah

8. Lebih kepada merekrut downline / head hunting dari mempromosikan produk.

9. Duit yang dilaburkan tidak berada di bawah kawalan pelabur, maka jika syarikat MLM ini mahu melarikan diri, mereka dapat melarikan segala duit pelabur.

Apa yang saya paling BENCI ialah apabila ada dikalangan doktor yang menjual produk supplemental ubatan tradisional dan menggunakan title sebagai doktor untuk memberi testimoni kelentong tentang kelebihan produk. Testimoni diberikan pula tidak berdasarkan asas kukuh dari sudut perubatan dan saintifik, dan produk tersebut juga tidak pernah melalui kajian saintifik.

Alhamdulillah, selepas itu, saya tidak lagi ditipu oleh penyangak MLM dan skim piramid. Walaupun selepas peristiwa itu ramai yang datang mempromosikan skim pelaburan kepada saya seperti Swiss Cash, Buluh Emas, Hai-O dan sebagainya. Semua itu saya tolak kerana saya merasakan skim itu terlalu “too good to be true” dan tidak menepati dari sudut syariah (berdasarkan apa yang saya faham dari website Ustaz Zaharuddin). Kebanyakkan skim di atas telah ‘mati’ setelah beberapa bulan.

Persoalannya adakah lebih baik tidak melabur terus dan hanya menyimpan duit di dalam bank sahaja? Tentu sekali tidak. Terdapat banyak pelaburan yang HALAL , sah dan mempunyai penasihat syariah. Kebiasaaan pelaburan halal tidak memberi jaminan PASTI keuntungan dan pulangan yang tetap, tetapi kebiasaannya untung. Adalah rugi jika tidak meletakkan sebahagian gaji dalam pelaburan, kerana gaji yang di simpan dalam bank semata-mata akan di mamah oleh inflasi setiap tahun. Tempat terbaik untuk menyimpan duit bagi saya ialah di Tabung Haji yang memberikan pulangan dividend yang sederhana setiap tahun.

Sekarang, saya mengambil kelas IFP (Islamic Financial Planner) secara part time. Saya membuat keputusan untuk mengambil kelas ini kerana saya merasakan sebagai seorang Islam wajiblah mempelajari ilmu tentang pengurusan kewangan. Semoga saya berjaya nanti untuk mendapatkan sijil profesional dan boleh menguruskan kewangan sendiri dan keluarga dengan lebih islamik dan teratur.

3 Thoughts on “Kena tipu oleh MLM aka skim piramid

  1. alhamdulillah.
    2000 yang hangus itu ada gunanya
    sekurang-kurangnya dapat jadi pengajaran dan membuatkan kita ambil tahu tentang muamalat islam..

    lagi ramai yang terpedaya dengan jumlah yang lebih besar hingga berpuluh ribu..

  2. Mungkin Dr dah pernah dengar pasal blog ni http://www.aididmuaddib.blogspot.com

    Tapi sekiranya belum, sy cadangkan jengah2 sikit sbb dia reveal kebykan scammers kat malaysia, lebih baik lagi baca drp entry yg first supaya tidak timbul salah faham disebabkan harsh / foul words yg digunakan tu, btw itu semua dia tujukan kpd scammers je, kita yg bukan scammer ni tk perlu lah nak terasa

    • drsolah on March 1, 2013 at 1:27 am said:

      Terima kasih di atas perkongsian info ini. Saya sudah membaca kebanyakan entri adidimuaddib. Tetapi malangnya, sudah lama entri terbaru tidak di update.

Post Navigation