Saya meminati ilmu pengurusan kewangan. Buku yang pertama saya baca membangkitkan minat saya dengan pengurusan kewangan ialah buku yang ditulis oleh Azizi Ali bertajuk “Jutawan dari planet jupiter”.

Pada pendapat saya, masih ramai dikalangan doktor yang masih tidak mengambil berat tentang pengurusan kewangan peribadi mereka. Pernah saya diketawakan apabila menceritakan tentang isi buku Azizi Ali kepada rakan sekerja. Mereka dengan sinis menyindir bahawa saya akan menjadi jutawan segera. Saya berharap sindiran mereka menjadi doa yang sangat mustajab.

Apa pun, pada pendapat saya, ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu yang tidak akan diperolehi walaupun anda mempunyai ijazah dalam bidang perakaunan sekalipun, apatah lagi perubatan. Ianya tidak diajar secara formal disekolah, di universiti dan di hospital.

Tidak dinafikan, terdapat beberapa platform yang memboleh anda mendapat ilmu pengurusan kewangan seperti program certified financial planner dan islamic financial planner (IFP).Tetapi sedikit sahaja yang tahu tentang perkara ini.Tidak ramai berminat untuk mempelajarinya.

Pada hari ini, saya MENYESAL kerana bermula agak lambat dalam soal pengurusan kewangan. Pada akhir tahun pertama bekerja, saya mendapat nasihat bimbingan dari seorang pakar pediatrik tentang investment dan buku yang perlu dibaca untuk tujuan pengurusan kewangan. Mujurlah, pada waktu itu dia juga merupakan Unit Trust consultant Public Mutual telah mempromosikan saya dana islam public ittikal. Saya tanpa berfikir panjang telah melabur dengan kadar paling minimu. RM500 untuk membuka akaun dan RM200 sebulan. Setakat ini, walaupun ada turun naik, keuntungan purata diperolehi setakat ini ialah sebanyak 15% setahun. Jikalau saya boleh kembali ke masa lampau degan mesin rentas masa Doraemon, sudah pasti saya akan menasihatkan diri saya agar menaikkan pelaburan sebanyak RM1000 sebulan, dan waktu sekarang saya sudah pasti  kaya dan boleh melangkah ke dalam pelaburan hartanah. Alangkah menyesalnya.

Di sini saya ingin menyenaraikan beberapa salah tanggap terhadap ilmu pengurusan kewangan:

  1. Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu untuk membuat duit – Salah, kerana ia adalah ilmu untuk menguruskan duit agar pendapatan diperolehi dapat di maksimumkan untuk tujuan simpanan dan pelaburan
  2. Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu tentang menabung – Separuh betul, ia adalah ilmu untuk memberi panduan untuk menabung. Secara asasnya, menabung adalah langkah pertama kearah pelaburan, tetapi menabung semata-mata TANPA pelaburan akan merugikan untuk jangka masa panjang.
  3. Ilmu pengurusan kewangan adalah ilmu untuk cepat kaya – Salah, ianya adalah ilmu untuk merancang ke arah kekayaan dalam jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
  4. Ilmu pengurusan kewangan adalah penting untuk orang kaya sahaja – Salah, ianya adalah penting untuk setiap golongan.

Terdapat banyak lagi salah tanggap terhadap pengurusan kewangan.

Secara peribadi, saya ingin menasihatkan kepada medical student yang hampir grad, sila lah baca buku tentang kewangan apabila sudah bekerja. Apabila anda menjadi doktor, tiada sesiapa akan menasihat anda tentang kewangan, bahkan masing-masing berada dalam kemelut krisis kewangan sendiri. Mulakan pelaburan dengan membeli buku-buku kewangan.

2 Thoughts on “Ilmu kewangan itu sangat penting

  1. sgt menarik.kalau dr ada cdngn cara2 jana kewangn bg med student pun sgt bagus.-ahli bait safwan.=)

    • drsolah on January 13, 2012 at 10:54 pm said:

      Terdapat banyak cara sebenarnya mahu menjana kewangan….bergantung kepada minat anda. Terdapat byk buku di pasaran membincangkan tentang jana kewangan. Akan tetapi, apabila bekerja houseman, adalah hampir mustahil untk membuat duit sampingan kerana lumrah hidup houseman adalah sangat sibuk. Apa yang penting apabila bergelar Doktor ialah pengurusan kewangan, iaitu apabila duit gaji telah masuk, hendaklah diuruskan dengan baik, elakkan pembaziran dan pemborosan.

Post Navigation