Houseman

Pengalaman berada di hospital menjaga isteri di dalam wad memperlihatkan gelagat houseman. Ianya membuatkan saya terkenang kembali pengalaman silam sebagai houseman. Akan tetapi, jika masa dapat di undur kembali, saya berharap tidak menjadi houseman semula.

Saya tidak gemar mengungkit kisah lama dengan alasan agar houseman masa kini perlu jadi seperti houseman zaman dahulu. Istilah “during my time” amat cukup dibenci oleh saya terutama apabila ianya digunakan dengan cara yang salah. Antara contoh cara yang salah ialah; apabila doktor mengadu tentang bayaran elaun oncall yang sangat rendah berdasarkan suasana ekonomi terkini, maka pakar-pakar akan berkata “during my time” oncall tidak dibayar seposen pun. Ianya amatlah tidak bertepatan untuk menutup hujah dan aduan doktor. Sepatutnya “during my time” itu dijadikan sebagai pengajaran agar tuntutan elaun oncall adalah berpatutan dan selaras dengan keadaan ekonomi masa kini.

Contoh lain ialah apabila doktor mengadu tentang bebanan kerja disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja, maka pengarah hospital akan mengungkit kembali “during my time” saya seorang sudah cukup untuk cover satu hospital.

Apa pun, saya ingin juga menceritakan “during my time” ketika houseman agar ianya menjadi perbandingan agar kita bersyukur dan terus berusaha untuk memperbaiki mutu servis kesihatan di negara ini.

Antara penambahbaikan sistem kerja doktor houseman oleh kementerian kesihatan:

  1. Gaji yang agak lumayan jika dibandingkan dengan kerjaya lain.
  2. Kenaikan gaji yang berdasarkan “time based promotion” yang mempunyai kelebihan sehingga ianya secara tak langsung berjaya menghalang doktor dari resign dan masuk ke universiti.
  3. Sistem kerja houseman yang berdasarkan sistem syif – samada 2 atau 3 syif. Ini merupakan penambaikan yang terbaik dalam sejarah kerjaya doktor. Ianya sangat tidak membebankan dan merupakan idaman para doktor sejak puluhan tahun dahulu.
  4. Sistem houseman 2 tahun bagi mendedahkan houseman kepada 6 posting secara tak langsung berpotensi menjadikan houseman lebih kompeten.

Akan tetapi, suatu perkara yang pasti tidak berubah walau sebaik mana sistem ialah “attitude”.

Attitude ialah perkara paling penting bagi seseorang doktor. Jika diperingkat houseman lagi masalah attitude telah muncul, maka sudah pasti mereka akan menjadi doktor yang bermasalah dan boleh membahayakan pesakit.

Tidak dapat dinafikan, mana-mana kerjaya mempunyai masalah attitude di kalangan pekerja mereka. Doktor juga tidak lari dari masalah ini, tetapi mungkin dalam bilangan yang lebih sedikit.

Dari dulu lagi masalah ini wujud, tetapi ianya tidak ketara kerana bilangan doktor houseman ketika “during my time” adalah sedikit. Pada masa ini, terdapat lambakan houseman, maka attitude problem akan nampak ketara walaupun secara percentage ianya adalah minoriti.

Adakalanya, houseman itu mungkin tidak tahu apa yang dibuat itu adalah tergolong dalam masalah attitude. Mungkin ini kerana tiada “mentor” dikalangan MO dan specialist yang membimbing, menegur dan menasihati mereka berkenaan masalah attitude ini.

Antara masalah attitude yang wujud sejak berzaman di kalangan houseman ialah:

  1. Lambat datang kerja dan tidak round sebelum terlebih dahulu.
  2. Ponteng kerja
  3. Tidak melaksanakan order yang diarahkan dalam management pesakit
  4. Tidak merasakan bertanggungjawab terhadap pesakit
  5. Komunikasi yang tidak mesra atau berkesan dengan pesakit
  6. Cincai buncai
  7. Tidak gemar bertanya MO dan specialist jika tidak tahu
  8. Malas untuk belajar lebih sedikit
  9. Tidak berusaha untuk meningkatkan “skills” seperti blood taking, ABG taking, peritoneal dialysis, CVP insertion, femoral line insertion, chest tube dan banyak lagi.

Penyelesaian bagi masalah diatas ialah berdasarkan pengalaman saya ialah:

  1. Sentiasa datang awal sekurang-kurangnya setengah jam (bergantung kepada bilangan pesakit di wad) dengan tujuan untuk passover kes-kes yang perlu diberi perhatian, untuk review terlebih dahulu pesakit dan persediaan untuk ward round. Janganlah copy paste sahaja info tentang pesakit dari komputer (bagi hospital yang menggunakan sistem komputer), kerana masalah pesakit adalah berbeza dari masa ke semasa terutama yang pre dan post operative. Sentiasa update dan point out masalah pesakit yang terkini dengan membuat round awal sebelum syif bermula.
  2. Jangan sesekali ponteng kerja, hendaklah beringat tentang gaji yang akan diperolehi itu tentang keberkatannya.
  3. Laksanakan segala order MO atau specialist, jangan sengaja menangguhkan kepada syif yang akan datang kerana implikasinya bukan terhadap rakan sekerja, tetapi kepada pesakit. Ia juga akan melambatkan proses diagnosis, rawatan dan penyembuhan pesakit.
  4. Sentiasa ingat bahawa doktor tidak selamanya menjadi doktor, mereka juga akan menjadi pesakit. Saya juga mempunyai pengalaman menjadi pesakit, membawa anak-anak dan isteri sebagai pesakit.
  5. Jika mahu meningkatkan mutu komunikasi dengan pesakit, cuba lihat gaya pakar berkomunikasi dengan pesakit.
  6. Hendaklah detailkan sedikit clerking pesakit (memandangkan bilangan houseman ramai), jangan cincai dalam banyak perkara. Semakin detail clerking pesakit, semakin tepat diagnosis dan semakin tepat rawatan yang akan diberikan. Houseman memainkan peranan penting dalam clerking pesakit, memandangkan MO atau specialist tiada masa yang cukup untuk clerking. Begitu juga physical examination, hendaklah detail seperti yang diajar sewaktu medical student sehingga diagnosis berjaya dijumpai.
  7. Banyakkan bertanya kepada MO dan specialist, jika dimarahi sewaktu bertanya, maka jangan takut. Tidak pernah wujud kes specialist atau MO yang belasah houseman dalam ward. Banyak MO dan specialist yang baik available masa kini.
  8. Cubalah tingkatkan sedikit ilmu dari masa ke semasa berdasarkan kes-kes yang dijumpai melalui perbincangan dengan rakan sekerja, dan menggunakan teknologi smartphone,  google dan youtube
  9. Tetapkan matlamat yang lebih tinggi dari apa yang digariskan dalam buku log. Seperti letakkan matlamat untuk berjaya buat ultrasound bagi obstetric dan early pregnancy problem, mahir dalam intubation pada peringkat houseman lagi, expert dalam IV line setting, PD, dan chest tube. Cuba belajar teknik yang betul dari specialist. Gunakan teknologi youtube untuk melihat kaedah prosedur dibuat mengikut cara yang betul. Pastikan setiap prosedur telah diajar / supervised dari pakar bukannya rakan houseman yang junior. Kunci kejayaan bagi prosedur klinikal ialah “repetition with correct method”. Lagi banyak dibuat, semakin cekap akhirnya. Skill-skill klinikal ini amat penting kerana ianya adalah “added value” kepada seseorang doktor. Satu skill berpotensi menyelamatkan beribu-ribu nyawa seperti intubation, IV line setting in difficult case, ABG blood taking dan cannulation, femoral line dan banyak lagi.

Terdapat banyak perkara perlu dipelajari sewaktu houseman. Jika attitude baik, maka kebiasaannya tiada masalah bagi mereka untuk menjadi doktor yang cekap dalam masa  dua tahun.

Pengalaman saya berjaya mengambil ABG isteri ketika di ED hanya dengan percubaan sekali cukup menggembirakan hati sendiri, setelah MO di situ dua kali mencuba. Walaupun merasa tidak konfiden, tetapi pengalaman menjadi anaest MO dan membuat ABG taking, ABG line beratus-ratus kali sedikit sebanyak membantu isteri sendiri. Jauh disudut hati, tidak suka melakukan prosedur klinikal terhadap isteri sendiri, tetapi lagi sakit hati jika MO pun tidak berjaya mengambil ABG walaupun strong radial pulse dan 2 attempt.

Saya yakin suatu masa nanti mutu servis kesihatan akan meningkat. Saya juga merasa bertanggungjawab sebagai pensyarah bagi  mendidik medical student agar menjadi doktor yang baik dan kompeten.

One Thought on “Houseman dan attitude

  1. NurulSR on October 6, 2014 at 9:44 am said:

    Assalamualaikum.

    Artikel yang sangat bagus! Memang sesuai sangat untuk bacaan saya dan rakan- rakan yang bakal bekerja dalam beberapa bulan ni.

    Doakan kami semua junior H.O agar menjadi doktor yang selamat dan bagus selain kekal bermotivasi untuk meneruskan kerjaya dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.

    Have a great day!

Post Navigation