Income Tax

Income Tax

Tahun 2012 semakin berakhir…..tahun 2013 semakin dekat.

Pada tahun ini saya merasakan pengurusan kewangan peribadi lebih teratur berbanding semasa bekerja sebagai MO di Hospital. Terdapat lebih banyak masa untuk memikirkan tentang masa depan dari sudut kewangan. Tidak dinafikan, saya masih merasakan diri ini masih tidak “secure” dari segi kewangan di masa hadapan.

Alhamdulillah, lega apabila dapat menyelesaikan zakat harta (pendapatan, simpanan etc) 3 hari yang lepas. Rasa terlepas dari bebanan, memandangkan duit itu bukanlah hak kita.

Lumrah bagi seorang doktor, apabila mula bekerja, majoriti tidak mengetahui bahawa kewajipan membayar cukai dan lebih malang apabila tidak tahu perlunya membayar zakat pendapatan, simpanan etc.

Pada permulaan saya bekerja, saya pernah mengunjungi kaunter LHDN untuk pengiraan cukai. Dengan muka tersenyum, pegawai tersebut melihat slip gaji dan juga PCB (potongan cukai berjadual) saya. Setelah membuat pengiraan ringkas, beliau memberitahu “berita gembira” bahawa saya tidak perlu membayar cukai pendapatan. Ya!, itu adalah berita gembira, kerana saya tidak perlu mengeluarkan duit extra untuk membayar cukai. Beberapa bulan selepas itu, saya menerima surat dan borang cukai dari tahun 2001-2004 yang mengarahkan saya agar mengisi borang cukai. Saya agak terpinga-pinga dengan surat tersebut memandangkan masih lagi jahil tentang cukai. Oleh itu saya menghubungi mereka dan mengatakan bahawa saya baru mula bekerja dari tahun 2004 (1 Julai 2004) dan sebelum ini saya tidak pernah mempunyai pendapatan dari mana-mana sumber sekalipun. Saya juga menyertakan surat tawaran kerja dan surat melapor diri. Selepas beberapa minggu, saya mendapat surat balasan balik permohonan maaf kerana kesilapan teknikal dan mereka memulangkan duit lebihan cukai sebanyak RM200.00. Ini membuatkan saya semakin terpinga-pinga tentang isu cukai pendapatan.

Selepas itu saya menyedari bahawa setiap kali masuk gaji, terdapat potongan iaitu PCB (potongan cukai berjadual). Ini bermakna sebelum kita melihat gaji kita masuk ke dalam akaun bank, pihak LHDN telah siap-siap mengambil duit kita sebagai potongan cukai. Potongan itu adalah dari gaji kasar kita. PCB yang diambil sebenarnya kita boleh “claim” / redemption semula apabila kita mengisi borang secara online melalui sistem e-filling dan menyimpan segala bukti-bukti / resit-resit pembelian untuk tuntutan.

Cuba bayangkan, jika setiap bulan potongan yang dikenakan ke atas kita ialah RM200.00, maka dalam setahun jumlahnya RM2400.00. Jika kita tidak pernah merancang “Tax Planning” dan mengisi borang, maka kita tidak berpeluang untuk membuat tuntutan semula PCB yang telah diambil oleh LHDN. Amatlah rugi!, saya mengetahui terdapat rakan saya yang tidak pernah mengisi borang cukai selama 5 tahun. Sedangkan potongan setiap tahun meningkat selaras dengan peningkatan gaji. Jika beliau telah mengisi borang dari sejak 5 tahun lepas, sekurang-kurangnya beliau boleh menebus semula total RM10k. Itu bukanlah jumlah yang sedikit, memandangkan kerja untuk menebus semula amatlah senang. Lagipun duit yang ditebus setiap tahun boleh digunakan untuk membayar zakat dan digunakan untuk merancang tuntutan cukai pada tahun hadapan dengan berbelanja berhemah (pelepasan cukai).

Rupa-rupanya baru saya sedar bahawa “berita gembira” dari pegawai cukai bahawa saya tidak perlu membayar cukai ialah bermaksud “anda tidak perlu membayar cukai kerana pihak kami (LHDN) telah mengambil siap-siap duit dari gaji anda, dan kami berharap anda tidak membuat tuntutan semula demi negara tercinta, hahahahaha”.

Apa yang saya lakukan untuk menebus semula cukai-cukai PCB?

Ini caranya:

Tuntutan cukai boleh dibuat setelah berlalunya tahun tersebut. Contohnya jika saya ingin menebus semula PCB yang telah diambil sepanjang tahun 2012, maka saya perlu mengisi borang pada bulan Januari – March 2013.

Tetapi sebelum itu saya hendaklah membuat anggaran belanjawan agar dapat membuat tuntutan semula. Maka saya akan berbelanja dengan berhemah agar dapat membuat tuntutan balik. Perbelanjaan yang dibenarkan untuk tuntutan semula PCB boleh lah dirujuk di laman web LHDN. Di sini saya ringkaskan sahaja.

Sila rujuk di sini untuk mengetahui list-list pelepasan cukai pendapatan KLIK DI SINI

Zakat

Tuntutan maksimum. Jika jumlah PCB diambil ialah RM1000.00, maka jika zakat dibayar ialah RM1200. Maka jumlah tuntutan semula yang dibenarkan ialah RM1000. Perlu diingat bayaran zakat kepada badan-badan yang dibenarkan seperti majlis agama negeri dan pusat pungutan zakat sahaja yang layak untuk tuntutan semula. Pastikan resit bayaran disimpan untuk tujuan semakan. Jika resit hilang, ia dikira tuntutan palsu dan boleh disaman. Zakat 2012 layak untuk menebus semula PCB 2012 sahaja.

Pembelian buku

Saya akan berbelanja untuk membeli buku sebanyak RM1000.00 untuk setahun. Pembelian buku / majalah / ebook ialah suatu yang sangat bermakna & berharga bagi diri saya. Ia telah banyak membantu saya meningkat ilmu pengetahuan.

Pembelian Komputer

Setiap 3 tahun, tuntutan cukai dibenarkan maksimum sebanyak RM3000 sahaja. Ipad juga termasuk dalam kategori komputer.

Broadband

Pinjaman Perumahan (tertakluk kepada pindaan)

Alatan sukan

Yuran Pendidikan (sambung belajar)

Apa yang penting ialah resit hendaklah disimpan. Saya memfailkan setiap resit dan menyusunnya. Sangat bersyukur kerana isteri banyak membantu dalam perkara ini. Saya nasihatkan agar resit-resit bukti di scan / photostat kerana dakwat di resit itu akan pudar tidak sampai setahun.

Kebiasaannya, tarikh akhir mengisi borang ialah bulan April  setiap tahun. Jika isi di saat terakhir, biasanya server akan jammed dan slow kerana ramai yang menjadi hero di saat akhir.

Pastikan slip gaji dan borang EA diperolehi dari bahagian gaji.

Tax planning merupakan indikator tentang pengurusan kewangan seseorang. Jika mereka alert dan sangat perihatin tentang perkara ini, maka status kewangan mereka berada dalam keadaan baik. Perkara sama juga bagi orang yang menjalankan perniagaan, jika tidak pernah mengisi borang cukai dan tidak pernah mengisytiharkan pendapatan syarikat, maka terdapat dua kemungkinan samaada perniagaan lingkup atau sengaja mahu lari dari cukai. Sedangkan jika peniaga merekodkan dengan teliti perbelanjaan perniagaan dan juga membayar cukai (walaupun jumlah sangat sedikit), ini menggambarkan status perniagaan yang kukuh dan peluang untuk membuat pinjaman micro adalah tinggi.

Setakat ini dahulu, saya harap tulisan ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya Tax planning.

 

10 Thoughts on “Cukai Pendapatan

  1. dr ghaus on December 28, 2012 at 6:25 am said:

    Salam dr solah, thanks for this advise.. i’m stiill a HO 5th posting now… info regarding the PCB & tax deduction very benifiting. Terima kasih.. nak kena visit LHDN time off kang…

  2. thank you bos.. very informative

  3. Thanks Dr.solah. good info search punye search.jumpa juga cara perbelanjaan berkhemah untuk claim.income tax :)

  4. Assalamualaikum Dr,
    Nak tnya zakat simpanan bole dapat tax relief tak?

    • drsolah on February 15, 2014 at 8:53 am said:

      Wslm. Zakat simpanan saya tak pasti, tetapi zakat pendapatan boleh. Saya cadangkan cuba tanya PM facebook LHDN, mereka biasanya akan response dengan cepat.

  5. dr nk tanya..sy baru bekerja start bulan 7 tahun 2013 bilakah perlu mengisi income taz ni..?

    • drsolah on March 12, 2014 at 9:47 pm said:

      Kalau dalam slip gaji …PCB (potongan cukai berjadual) sudah dikenakan. Harap dapat hubungi pihak LHDN berkenaan perlu atau tidak mengisi borang. Kalau boleh claim balik cukai tu, rugi tak claim.

  6. Salam Doc. Saya belum pernah membayar apa-apa cukai kerana belum layak. Tetapi, saya telah merekodkan segala urusan pendapatan dan perbelanjaan saya secara sistematik dengan menggunakan perisian perakaunan. Masalah saya adalah saya tidak suka menyimpan resit perbelanjaan (hard-copy) kerana saya berasa seperti menyimpan sampah dalam rumah. Jika kita simpan secara digital (scan / snap cam), boleh ke bukti digital digunakan untuk claim / redemption tax?

Post Navigation