facebook vs google

 

Untuk menulis panjang lebar, saya lebih gemar menulis di website. Ia akan ditemui oleh pembaca melalui enjin carian Google. Saya tidak minat menulis di Facebook. Walaupun jumlah capaian trafik pelawat lebih berpotensi di Facebook berbanding google.

Setelah sekian lama menulis di blog, dan juga mempunyai blog  “hobi” yang khusus, saya masih tidak berminat untuk memviralkan di facebook. Walaupun begitu, saya tidak nafikan, saya sangat suka menjual produk di facebook fan page kerana potensi jualan adalah lebih tinggi.

Antara sebab-sebab kenapa saya lebih suka membiarkan website ini hanya diperolehi melalui enjin carian google.

1. Pelawat / Trafik dari google adalah lebih berkualiti

Pelawat dari google adalah majoriti mereka yang dahagakan maklumat. Mereka berusaha mencarinya. Jika mereka terjumpa sesuatu maklumat, sekalipun ia tidak memenuhi cita rasa yang dicari, mereka hanya akan meninggalkan website / blog tersebut tanpa menulis cacian dan maki hamun. Berbeza dengan facebook. Maklumat disajikan sepenuhnya di newsfeed wall mereka. Tiada usaha dilakukan untuk mendapat maklumat tersebut. Bahkan maklumat tersebut biasanya tidak dihargai. Lebih teruk lagi, sindiran, sarcasm, caci maki akan ditulis di bahagian komen.

2. Conversion Rate di Google lebih tinggi

Apabila maklumat tersebut susah payah dicari dan dijumpai. Maka biasanya pembaca akan menghargai dan mengambil langkah untuk mengikut nasihat dalam website / blog. Katakan dalam 100 orang datang ke website, mungkin dalam 3-5 orang akan membeli ebook seperti yang saya review di blog ini. Jadi conversion rate ialah 5%. Itu dikira cukup tinggi dalam industri affiliate. Tetapi jika di facebook, conversion rate 1% dikira cukup tinggi dan bertuah. Itu pun selepas susah payah ditulis ayat-ayat yang mampu menarik perhatian ramai. Ia memerlukan Tagline / Headline yang sentap berdasarkan ilmu content marketing.

Akan tetapi, walaupun Google nampaknya lebih menarik. Terdapat juga kelebihan facebook yang saya sukai.

1. Facebook iklan yang lebih murah berbanding google

Untuk pengiklanan facebook, iklannya lebih murah. Maklumlah, capaian pelawat / target audience adalah kurang berkualiti, jadi kalau facebook letak harga mahal, nanti ramai pergi ke google pulak.

2. Viral lebih tinggi di facebook terutama di Malaysia

Teringat dulu, ada sifu pernah cakap, Malaysia ni pengguna facebook paling tinggi density dan tepu. Jadi sesuatu perkara sangat mudah viral di facebook. Jadi sesuai untuk menjual barangan yang “hot” di facebook berbanding google.

3. Bisnes lebih laju di facebook. 

Berdasarkan pengalaman saya, jumlah sales yang aktif  di facebook fan page adalah lebih tinggi. Tetapi terpaksa melaburkan sedikit duit untuk “try and adjust” iklan sehingga berkesan. Manakala di google iaitu blog / website ini, saya hanya target mendapat sedikit income pasif ciput-ciput. Cukup untuk cover kos domain dan hosting untuk setahun pun ok laaa. Ye laa, siapa nak bagi duit free, nak apply BR1M tak layak pulak.

4. Manusia semakin malas, maka facebook semakin ramai orang. 

Facebook untuk majoriti orang malas dan bermalasan. Jadi lubuk menjual ditempat orang malas ialah facebook. Seni menjual juga lain sikit di facebook berbanding website. Ramai pengguna facebook lebih senang mesej, order dan bayar. Esok barang sampai. Berbanding di website, kena register, log in, buat bayaran, hantar bukti bayaran, isi borang itu dan ini. Kecuali produk tersebut sangat-sangat pengguna mahukan. Kalau tak, mereka akan lari dan cari proses urusan yang lebih mudah.

Setakat itu sahaja perkongsian saya yang masih baru belajar.

Post kali ini adalah rentetan post sebelum ini, Buat lebih 2 Kerja, saya berharap dengan perkongsian ini dapat membuka minda agar kita tidak teragak-agak untuk berbisnes kecil-kecilan. Saya sudah terasa tidak sedap hati dengan keadaan ekonomi semasa. Apa boleh buat, terpaksalah usaha lebih untuk 2016 ini.

Tidak semestinya berbisnes wajib di facebook dan website. Ada orang menggunakan offline bisnes seperti pasar malam. Ada juga yang minat ber Instagram sahaja. Maka gunakan segala aktiviti yang kita suka, tukarkannya kepada sesuatu yang boleh menambahkan sedikit duit poket. Untuk berbisnes di Instagram, boleh rujuk ebook “Manipulasi Instagram”.  Dengarnya ramai juga yang berjaya melalui instagram. Tapi saya nak fokus kat website (pasif) dan facebook fan page (aktif) sahaja.

Sekian. Semoga kita semua kaya dan berjaya.

Comments are closed.

Post Navigation