Atlas.ti notes

Research tidaklah  indah seperti yang disangka. Akan tetapi ianya boleh dijadikan indah apabila segala teknik dan strategi di susun sebaiknya. Akhirnya ia menjadi lebih mudah.

Antara bahagian paling mencabar dalam menjalankan research ialah membuat literature review (sorotan literatur).

Dari literature review akan lahir proposal yang bagus dan survival untuk dijadikan projek Master atau Phd.

Membuat literature review ibarat berenang di lautan yang luas. Lebih teruk lagi apabila tiada kelengkapan untuk berenang dan juga tiada ilmu untuk berenang. Segalanya tidak diperolehi dari “innate ability”. Ianya perlu dipelajari dan dipraktikkan barulah akan berhasil. Secara ikhlasnya, saya masih terkial-kial dalam menjalankan literature review dan masih lemas dalam lautan artikel-artikel yang di cari.

Tidak ingin saya nyatakan definisi literature review, tapi cukuplah bagi mereka yang terlibat dengan research akan faham bahawa literature review ini berkaitan dengan : pembacaan artikel-artikel yang tidak berkesudahan, pencarian gap research (lompong-lompong) yang tidak dijumpai, timbunan artikel yang di print dan di download akhirnya tidak dibaca. Situasi-situasi sebegini adalah normal bagi researcher seperti saya yang tidak pandai dan boleh di kategorikan dalam level beginner lagi dalam dunia research.

Antara situasi lain yang berlaku kepada saya dalam membuat literature review ialah:

“Pada suatu minggu, saya telah mendownload sebanyak puluhan dan hampir seratus artikel yang berkaitan dengan keyword research saya. Setelah itu saya mula membaca artikel-artikel yang diperolehi. Setelah seminggu berhempas pulas membaca sambil tertidur-tidur, meng ‘highlight’ segala point-point yang dirasakan sangat penting dan menulis catitan di artikel tersebut. Setelah puluhan artikel di baca, perkara yang pertama berlaku pada saya ialah: hilang ingatan apa yang dibaca, kedua; mana satu artikel yang saya perlu rujuk untuk mendapatkan point yang sangat penting?? ketiga; so what ‘s next ?? Artikel sudah dibaca, apa perlu saya buat? Mahu menulis? Adakah point yang ingin ditulis itu konkrit memandangkan hanya satu dua artikel sahaja yang menyokongnya. Keempat; saya menjadi stress kerana nampak gaya saya terpaksa membaca semula semua artikel-artikel yang telah pun di baca. Kelima; saya merasa fed up dan menyerah kalah”.

Itulah kejadian kisah benar yang berlaku apabila sesuatu kerja dibuat tanpa sistem, tanpa mentor (tidak semestinya supervisor, kerana ramai supervisor pun tak ada skill literature review), tanpa belajar dari kesilapan.

Jadi adakah berbaloi saya membaca semula atau go through secara ringkas kesemua artikel-artikel yang telah di pulun selama seminggu hingga 2 minggu?

Saya merasakan suatu pembaziran masa, jika saya membaca semula. Kerana yang pasti, kejadian tersebut akan berulang-ulang lagi.

Ada yang mencadangkan apabila membaca terus menulis chapter thesis. Ya betul, tetapi akhirnya penulisan yang terhasil adalah lemah dan tidak disokong oleh banyak artikel. Kaedah ini juga cenderung kepada plagiarism.

Ada yang mencadangkan tulissss ajooo… Ya betul, jika tesis itu ibarat taraf novel dan kisah fairy tales, maka tidak salah untuk tulissss ajooo.

Alhamdulillah, persoalan telah terjawab setelah saya  menyertai dua workshop anjuran pihak kulliyyah (Fakulti), Workshop berbayar anjuran MPWS (Malaysian Postgraduate Workshop Societies) dan membeli sebuah buku di Amazon.com

 

Workshop Literature Review. Pensyarah jemputan Dr Syazwan (UUM)

Workshop Literature Review. Pensyarah jemputan Dr Syazwan (UUM)

Workshop pertama anjuran Postgraduate Office dengan kerjasama Basic Medical Sciences Department, Kulliyyah of Medicine (KOM) Indera Mahkota Kuantan. Saya dipertanggungjawabkan untuk menjayakan workshop ini dengan menjadi ahli comittee. Alhamdulillah, saya berpeluang untuk belajar dari seorang pensyarah yang sangat bagus iaitu Dr Syazwan dari Universiti Utara Malaysia.

Secara asasnya Workshop Literature Review ini menerangkan tentang prinsip dan konsep-konsep dalam menjalankan literature review. Jika kita berpegang pada konsep-konsep dan teknik-teknik yang diajarkan, maka penulisan tesis akan menjadi berkualiti walaupun lenggok bahasa Inggeris kita tidak seberapa bagus, tesis yang dihasilkan juga akan terhindar dari penyakit plagiarism.

Di waktu malam, juga saya berkesempatan untuk keluar makan dan berborak-borak panjang dengan pensyarah yang peramah ini. Banyak juga tips extra yang diberikan kepada saya.

Antara intipati workshop ini ialah:

  1. Listkan keyword-keyword yang akan digunakan dalam pencarian artikel-artikel, gunakan buku log untuk mencatit segala keyword. Ambil masa selama seminggu untuk menyenaraikan keyword dan menyusunnya.
  2. Buat carian artikel. Terserah pada diri masing-masing untuk menggunakan teknik carian artikel. Bergantung kepada subscription universiti masing-masing. Tiada jumlah yang jelas untuk artikel dibaca, tetapi seboleh-bolehnya ia telah mencakupi skop bidang yang hendak dikaji.
  3. Susun artikel mengikut grading sistem bermula dari yang paling senang dan paling susah. Baca artikel-artikel yang diklasifikasikan sebagai paling senang barulah beralih kepada artikel yang agak susah. Buat file berlainan, berikan klasifikasi markah contohnya: Artikel sangat senang- 1, artikel senang -2, artikel neutral-3, artikel susah-4, artikel sangat susah -5. Untuk mengenali artikel yang bertaraf senang dibaca, biasanya susunannya dalam bentuk point-point dan banyak suchapter-subchapter.
  4. Susun artikel mengikut tema-tema / outline tesis / chapter.
  5. Baca artikel, hightlight, dan tulis key point pada sudut atas sebelah kanan supaya senang nak dibelek-belek kemudian hari.
  6. Baca artikel sekurang-kurangnya 6 artikel sehari huhuhu…Ini agak mencabar.
  7. Mulakan penulisan tesis apabila artikel-artikel telah habis dibaca. Tidak perlu membelek dan meneliti artikel-artikel semula, rujuk terus pada key point yang ditulis pada sebelah atas sudut kanan.
  8. Pencarian gap akan automatik tersembul keluar apabila kita membaca dan menulis.
  9. Susun semula outline tesis dan bina mind mapping untuk menjelaskan kefahaman / general picture tentang research.
  10. Antara tips-tips dalam penulisan tesis ialah Teknik KFC, Teknik Orang, Teknik Mind Mapping, Teknik 4W1H.

Saya juga ada bertanya kepada Dr Syazwan, adakah perlu membuat jadual sintesis matriks untuk mengetahui trend research yang dijalankan oleh researcher sebelum ini, beliau menyatakan jadual sintesis matriks memang bagus untuk dibuat tetapi tidak perlu kerana ianya sangat memakan masa, ibarat membuat kerja 2 kali.

Saya juga bertanya pendapat beliau tentang penggunaan EndNote (bibliography manager) dan Atlas.ti. (Qualitative Data Analysis) Software.  Beliau menyatakan bahawa bahawa kesemua software tersebut adalah tools (alatan) untuk memudahkan research. Terserah pada pelajar ingin menggunakan atau tidak. Yang penting ialah konsep asas perlu difahami dalam membuat literature review.

Setelah membuat sedikit pembacaan dalam internet tentang teknik literature review. Saya melihat tiada banyak perbezaan antara teknik-teknik yang diajarkan. Ianya bergantung pada kita samaada untuk mempraktikkan atau tidak. Kadang-kala teknik yang dipelajari perlu dibuat sedikit fine tuning agar bersesuaian dengan bidang yang kita pelajari.

Setelah itu saya menyertai Workshp Atlas.ti atas biayai wang sendiri (mujurlah ada tabung education setiap bulan. Rujuk di sini untuk membaca lebih lanjut)

Workshop Atlas.ti anjuran MPWS

Workshop Atlas.ti anjuran MPWS

Secara umumnya, Atlas.ti ini merupakan software yang menggantikan kerja-kerja manual seperti highlight text, tulis point kat bahagian atas sebelah kanan, susun artikel-artikel. Tetapi ianya tidak sekali-kali menggantikan tugas MEMBACA artikel. Kita masih perlu membaca artikel. Sebenarnya konsep amat mudah. Cari artikel-artikel, baca dan highlight, aplikasikan / tag kan code-code (keyword / outline thesis) pada bahagian yang dihighlight. Setelah kesemua artikel dibaca, TIDAK PERLU lagi membaca untuk kali kedua artikel-artikel tersebut. Hanya perlu pilih code-code dan keluarkan output (bahagian artikel-artikel yg dihighlight). Atlas.ti akan menyusun output bahagian yang dihighlight. Output ini boleh diprint, atau dibaca dalam bentuk softcopy. Dari output, kita akan dapat melihat pattern dan point-point yang penting untuk literature review.

Sebenarnya penggunaan Atlas.ti adalah adaptasi dari kaedah manual. Cuma dengan menggunakan software, penulisan literature review menjadi lebih pantas dan mudah. Untuk lebih memahami konsep penggunaan Atlas.ti saya cadangkan membaca buku ini: Destination Dissertation; A Traveller’s Guide To A Done Dissertation, karangan oleh Sonja K. Foss, William Waters. 

Destination Dissertation

Buku yang dicadangkan

Buku ini menerangkan secara detail dari permulaan awal sampai akhir kaedah membuat thesis / dissertation secara manual berserta konsep yang amat mudah. Saya ingin nyatakan Lima langkah penting yang diajar berkenaan literature review dalam buku ini iaitu:

1. Coding The Literature

Coding The Literature

Coding The Literature

2. Sorting Your Codes

Sorting Codes

Sorting Your Codes

3 & 4. Checking Your Codes and Creating Your Conceptual Schema

Checking Your Codes

Checking Your Codes and Creating Your Conceptual Schema

Destination Dissertation 5

Codes

5. Writing It Up

Writing It Up

Writing It Up

Apabila diteliti konsep yang digunakan dalam buku ini berkenaan literature review  boleh dilakukan secara manual dan lebih mudah jika menggunakan Software Atlas.ti.

Walaupun saya baru membaca sebahagian dari buku ini, saya berasa sangat teruja dengan kaedah yang diajar. Ianya amat mudah dan ringkas (walaupun tidak semestinya senang untuk dipraktikkan). Berdasarkan review di Amazon.com, buku ini mendapat review yang agak baik. Saya rasa berbaloi dengan membeli buku ini secara online. Insya allah akan cuba dihabiskan buku ini dalam masa seminggu dua ini.

Kesimpulannya, saya rasa kaedah / method / skill untuk membuat research adalah sudah establish / wujud dan bukanlah benda yang baru. Walaupun terdapat perisian yang canggih, konsep asasnya tetap sama dan boleh dilakukan secara manual bagi mereka yang tidak biasa dengan teknologi-teknologi / perisian yang canggih. Yang penting segala kerja mesti dilakukan mengikut method / kaedah / konsep yang betul, mempunyai sistem yang teratur dan sebaiknya merujuk kepada mentor  barulah prosesnya menjadi lebih mudah dan cepat.

Setakat itu perkongsian saya, harapnya ianya memberi manfaat kepada pembaca. Perlu diingatkan saya masih belum berjaya sepenuhnya, Phd saya pun belum bermula, tetapi saya dalam peringkat perancangan dan menyusun strategi. Insya Allah saya akan berkongsi setiap langkah dan pengalaman ke arah mendapatkan Phd agar ianya bermanfaat kepada pembaca.

Post Navigation