20131022-232602.jpg

Secara ikhlas, saya akui berat badan naik semula. Seperti duit dan iman kita, ianya berkurang dan bertambah…

Bermula ramadhan baru-baru ini, diet mula tidak dikawal dan senaman jarang dibuat. Hasilnya, berat meningkat secara perlahan-lahan mencecah 4-5 kg. Itulah hakikatnya. Nak turunkan berat badan tidaklah merupakan perkara yang susah (jika kena dengan kaedahnya). Nak naikkan berat badan adalah PALING senang, buka mulut dan makanlah segala makanan yang diidamkan. Lagipun Malaysia negara yang kaya dengan menu-menu makanan yang lazat. Yang PALING susah ialah untuk maintain berat badan yang unggul.

Sebenarnya berat badan bukanlah indikator yang terbaik dalam mengukur kesihatan dan kecergasan, tetapi “lean body mass” atau pun berat otot-otot tanpa tisu lemak adalah yang terbaik. Saya telah meletakkan impian tertinggi saya “Golden Dream” berkenaan fitness ialah untuk mendapat berat badan “60kg dan 6 pack”. Kadang-kala dalam hati tergelak dengan impian ini (self sabotage), akan tetapi jika ianya tidak diletakkan sebagai impian, maka tiadalah peluang untuk mencapainya. Antara idola saya ialah Bruce Lee. Tidaklah saya ingin pandai ilmu mempertahan diri, tetapi kagum dengan kecergasan dan bentuk tubuhnya. Jika ingin dapatkan 6 pack, target percentage lemak dalam badan mestilah lebih rendah dari 10%. Wow!! itu merupakan suatu level yang sangat tinggi. Mereka yang mempunyai 6 pack biasanya sangat disiplin dengan exercise, rehat, dan paling penting ialah diet. Perlu diingat, nak hilangkan spare tyre perut boroi adalah perkara paling susah untuk dilakukan. Bab kata pepatah dari salah seorang medical student, lemak kat perut ni “the first to appear, the last to disappear”. :)

Mungkin perjalanan ke arah Golden Dream itu masih jauh bagi saya. Akan tetapi, sepanjang perjalanan tersebut, saya telah mendapat banyak ilmu dan manfaat berdasarkan pembacaan dari website di internet dan melihat youtube. Suatu ilmu yang tidak akan didapati dalam dunia perubatan. Agak kecewa dengan diri sendiri kerana bergelar seorang doktor, tetapi ilmu tentang diet dan exercise tidak diketahui secara detail sejak dari dulu lagi. Sedangkan ilmu ini penting untuk peringkat pencegahan obesiti dan penyakit berkaitannya. Tetapi itulah hakikatnya, doktor pun ramai gemuk, gendut dan boroi.

Antara perkara penting yang saya dapati jika ingin menurunkan berat badan secara berkesan ialah:

1. Tetapkan matlamat

Matlamat mestilah realistik. Maksimum penurunan berat badan yang disarankan ialah sekitar 0.5kg-1 kg seminggu. Jika ada pihak atau produk mendakwa boleh menurunkan 10kg dalam seminggu, 100kg dalam sebulan, maka berhati-hatilah. Jika benar sekalipun, ditakuti kesan buruk akibat kekurangan mikronutrien akan berlaku. Biasanya matlamat saya tetapkan ialah 1kg seminggu. Sebenarnya ia adalah agak sukar, tetapi apa yang saya berjaya capai ialah seminggu setengah 1 kg. Lagi lambat turun lagi senang sebenarnya. Tapi kalau terlalu lambat, maka kurang disiplin pulak.

2. Diari diet

Ini adalah perkara paling penting kerana kejayaan menguruskan badan dan mendapat tubuh yang fit; 70% ditentukan oleh diet. Tidak kurang juga ramai akan menyindir dan mengatakan kita terlalu obses dengan kalori. Mula-mula agak leceh untuk menulis diari dan mencatat segala makanan yang dimakan.Lebih-lebih lagi kena membuat carian dalam senarai database makanan untuk mengenalpasti jumlah kalori yang diambil. Tetapi ianya paling penting. Kalau tak catat dan buat kiraan, sampai bila tidak akan tahu berapa banyak diri ini sudah terlanjur kalori surplus. Bila buat catatan barulah insaf. Rupa-rupanya makan memang terlebih kalori sejak beberapa bulan. Tidak mengapa jika terlebih sekali sekala, cuma perlu diingat, matlamat akan semakin lambat dicapai jika diet tidak menepati kalori yang ditetapkan. Jika berminat dengan senarai database kalori makanan, boleh la download secara percuma di sini.

3. Senaman

30% kejayaan ditentukan oleh senaman. Kalau tidak bersenam, berat masih boleh turun. Tetapi tubuh akan menggelebeh dan tidak toning. Itu namanya penurunan berat badan yang tidak sihat. Sepatutnya penurunan berat badan ialah penurunan peratusan lemak dan peningkatan saiz otot. Saya lebih suka memilih senaman berbentuk “weight training” kerana ianya merangsang otot-otot untuk membesar dan meminimumkan kehilangan otot akibat diet (kalori defisit). Banyak artikel dan research dijalankan tentang kelebihan manfaat weight training. Akan tetapi, sebenarnya amat boring membuat senaman yang sama setiap masa. Maka pemilihan senaman sebenarnya mengikut cita rasa dan selera masing-masing. Yang penting ialah buat dari tak buat langsung. Yang kedua penting pula ialah buat dengan kaedah yang betul supaya penat lelah bersenam ada hasilnya. Saya lebih suka menggunakan video program senaman Power 90 kerana gerakannya mudah dan tidak terlalu berat untuk dilakukan oleh golongan bertaraf beginner.

4. Motivasi

Motivasi dalaman paling penting. Nak kurus dan fit sebab apa? Bagi saya ialah nak tubuh yang sihat, mengelakkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung menjelma dalam usia yang muda, mahu memakai pakaian yang sedia ada, selesa dengan perut, lebih cergas dan kurang mengantuk sewaktu, meningkatkan keyakinan diri, menghilangkan stress, mudah untuk bangun pagi bertahajud dan solat subuh berjamaah. Nak maintain motivasi, saya suka membaca website kevinzahri berkenaan kisah kejayaan mereka yang lebih hebat. Melihat video-video motivational di youtube. Bukan saya seorang sahaja yang susah, ada lagi yang melalui proses yang lebih susah akibat terlalu gemuk, akhirnya mereka berjaya.

Saya berharap berjaya dalam perjuangan pusingan ke-2 ini.

Alangkah baiknya jika ramai doktor-doktor belajar dari awal-awal lagi tentang “diet & exercise”, kalimah keramat yang selalu disebut kepada pesakit sedangkan ramai doktor seperti saya pun jahil tentangnya.

Jika ingin membaca tentang “diet & exercise”, starting point yang terbaik ialah website www.kevinzahri.com. Lagi baik kalau beli ebook dari websitenya www.kevinzahri.com. Lagi cepat nak faham dan lebih mudah untuk bermula.

Post Navigation