Hari Pekerja

Assalamualaikum,

Esok hari pekerja. Maka dengan secara rasminya saya bercuti.

Ketika menjadi seorang doktor di Hospital Kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, cuti hanya pada hari cuti rasmi DAN tidak oncall. Jika oncall, maka tiadalah istilah cuti.

Saya tidak pernah mengira berapa kalikah saya bercuti pada Hari Pekerja sewaktu menjadi pegawai perubatan di Hospital KKM. Malah tidak pernah teringat dan terlintas di fikiran saya. Masakan hari pekerja, hari raya pun sukar untuk mendapat cuti lantaran oncall selama 5 tahun kerja di KKM.

Alhamdulillah, setelah membuat keputusan yang agak sukar dalam hidup iaitu resign dan bekerja dengan UIA sebagai pensyarah di bidang paling lekeh dari sudut pandang kebanyakan doktor-doktor. Maka cuti rasmi ialah CUTI WAJIB.

Tiada lagi oncall yang memenatkan 12-15 kali sebulan.

Tiada lagi kepeningan ketika memohon jadual oncall diubah.

Keputusan yang sangat SUKAR, tetapi outcome nya agak baik.

Akan tetapi, hakikatnya saya masih bekerja! Ya betul, masih bekerja.

Kadang kala saya tertanya diri sendiri…

Sampai bilakah saya perlu bekerja? Umur 56 tahun, 58 tahun, atau sehingga 70 tahun…

Saya mempunyai impian iaitu ” I work because I choose to NOT because I have to”

Saya juga mempunyai impian iaitu suatu hari nanti, saya harap mempunyai kuasa untuk “memecat majikan saya” bila-bila masa sahaja.

Saya mempunyai impian agar dapat mencipta pendapatan pasif dari sewa hartanah (properties) sekurang-kurangnya RM30 ribu sebulan.

Saya ingin bersara pada usia yang lebih awal berbanding orang lain (bersara kerana cukup duit, bukan kerana penyakit).

Secara asasnya, saya mahu mencapai taraf  “financial freedom”. Ini bukan iklan produk MLM (saya anti MLM), ini bukan iklan sebarang jenis pelaburan skim cepat lingkup.

Sememangnya hanya segelintir sahaja yang berjaya mencapai tahap kebebasan ini. Bersara pada usia muda bukanlah senang.

Saya bersyukur kerana bekerja sebagai pensyarah di Fakulti perubatan merupakan kerja yang sangat mulia, melihat ramai pelajar perubatan yang bijaksana, alim, dan baik akhlaknya. Seringkali terasa malu dengan mereka terutama pelajar cemerlang.

Apa pun saya sangat menghargai jasa kawan-kawan doktor seperjuangan yang masih ikhlas membantu pesakit di Hospital. Hanya Allah swt akan membalas jasa baik pengorbanan mereka.

Perjalanan kerjaya masih jauh, sepak terajang Phd akan dilalui. Habis Phd adalah penamat kepada perjalanan yang panjang DAN permulaan perjalanan yang baru. Adusss!.

Apa pun selamat hari pekerja.

Alangkah baiknya jika hari-hari ialah hari pekerja….

Post Navigation