Jangan peningkan kepala anda dengan masalah format thesis.

Alhamdulillah, setelah lama berusaha, akhirnya tercapai hajat untuk menambah nilai hidup pelajar postgrad di IIUM Kuantan dan Insya Allah seluruh IIUM suatu hari nanti. Setelah 2 tahun mengharungi pahit manis program master in anatomy bermula 2010 sehingga 2012, banyak skill yang perlu dipelajari. Antara skill yang tidak boleh dipandang remeh ialah skill menggunakan MS Word secara optimum untuk memudahkan penulisan thesis. Barulah saya sedar, selama ini rupa-rupanya saya hanya menggunakan beberapa peratus dari fungsi MS Word yang sangat banyak. Ibarat naik kereta ferrari tapi hanya bawa kelajuan pada tahap kereta lembu.

Teringat kembali post  tentang MS Word Thesis Template tahun 2011. Pada waktu ini isteri sayalah yang mencetuskan idea agar thesis formatting TIDAK dilakukan secara manual. Saya telah membuat survey di universiti tempatan dan juga universiti oversea. Alangkah kagum dengan oversea universiti, kerana format thesis mereka sangatlah simple. Mereka hanya mempunyai MS Word Thesis Template yang mempunyai 5 helai sahaja. Tiada manual yang complicated sehingga 100 pages yang membuatkan kepala pening dan mata naik juling. Apa yang dititikberatkan ialah, isi kandungan thesis berbanding format. Akan tetapi, menulis thesis mengikut FORMAT itu tetap menjadi polisi wajib setiap universiti.

 

[slideshow id=1]

 

Di IIUM pula, format agak unik, kerana ianya digunakan oleh banyak Kulliyyah (Fakulti). Terdapat kulliyyah yang menggunakan format APA yang terkini, ada yang menggunakan Chicago format. Majoriti menggunakan format APA. Alhamdulillah, isteri saya telah berjaya membuat format based on IIUM requirement. Setelah perkara ini di present peringkat committee di CPS (Center Postgrad Study) IIUM, idea template ini diterima dengan mudahnya oleh kebanyakan ahli committe kerana ianya sangat memudahkan pelajar Postgrad untuk proses thesis formatting.

Saya juga telah belajar banyak dari isteri saya, En. Google, En Youtube tentang selok belok hendak mencipta thesis template. Akhirnya saya telah berjaya membuat thesis template versi ke-2 yang lebih stabil. Pada Jumaat yang lepas 28 June 2013, saya telah isytiharkan dan memberikan kepada pihak CPS secara percuma template yang telah saya usahakan. Saya berharap template ini akan menjadi bantuan tambahan kepada Manual Thesis (gold standard reference) agar ianya banyak membantu student postgrad IIUM.

Pada hari ini, saya telah berpeluang membuat workshop ringkas cara menggunakan thesis template ini. Dua jam perkongsian ini diharapkan dapat menimbulkan suatu kesedaran kepada rakan-rakan seperjuangan master dan Phd; bahawa thesis format TIDAK seharusnya dilakukan secara manual. Ini sangat membazirkan masa dan berisiko untuk menyebabkan pengajian tertangguh. Hakikatnya dengan menggunakan MS Word secara optimum, proses memformat thesis boleh dilakukan secara pantas dan sangat mudah dari 3 bulan menjadi secepat 3 jam sahaja.

Bergambar bersama Dr OT. Harap mendapat inspirasi untuk Phd :)

Bergambar bersama Dr OT. Semoga mendapat inspirasi untuk Phd :)

Alhamdulillah,

Impian untuk menghadiri kursus tulis thesis cepat dan cara guna Mendeley oleh Dr Othman Talib (Dr OT) telah tercapai dengan izin Allah swt.Dengan bayaran yang agak murah untuk kursus satu hari, saya merasakan ianya amat berbaloi sangat-sangat. Sebelum ini saya mengenali Dr OT melalui ebook yg dibeli secara online dan membaca blog beliau sahaja.

Saya amat kagum dengan background beliau yang berjaya menghabiskan phd dalam masa yg singkat. Beliau juga merupakan seorang yang berfikiran amat positif dan kritis. Melalui pembacaan dan kursus, saya yakin beliau juga seorang supervisor yang tegas tetapi sangat berkredibiliti dalam membantu pelajarnya. Alangkah baiknya jika terdapat ramai seperti beliau dalam Universiti di Malaysia ini.

Antara perkara yang menarik perhatian saya tentang Dr OT ialah, beliau berjaya menguasai skill (kemahiran) untuk membuat research, menulis thesis dengan kaedah (method) yang betul dan simple. Ini terbukti apabila beliau kerana sudah mempunyai beberapa trademark untuk kaedah tulis thesis cepat yang beliau perkenalkan.

Dalam kursus tersebut Dr OT menekankan bahawa Phd ini tidak semestinya diperolehi dengan penderitaan yang bertahun-tahun sehingga 5-8 tahun. Kesusahan dan penderitaan itu bukanlah syarat utama untuk mendapat Phd, tetapi yang penting ialah cara Phd itu dibuat mestilah mempunyai strategi, kemahiran, sedikit kepandaian dan tunjuk ajar yang betul dari supervisor. Banyak perkara tentang mitos, persepsi yang tidak betul dan prasangka tentang Phd diperbetulkan oleh beliau.

Mendapat tempat duduk paling hadapan :)

Mendapat tempat duduk paling hadapan :)

Antara buku-buku yg ditulis oleh beliau yg diterbitkan dalam bentuk ebook dan hard copy ialah:
1. Tulis thesis cepat
2. Tsunami mendeley
3. Atlas ti

Agak kecewa kerana saya tidak sempat membeli buku hard copy tsunami mendeley pada hari bengkel tersebut kerana ianya limited stok dan laris seperti goreng pisang panas yang rangup.

Tetapi mujurlah saya telah membeli ebook beliau secara online. Alhamdulillah, setakat ini setelah berusaha, saya berjaya menghabiskan 3 siri dari 6 siri ebook beliau tentang tulis tesis cepat. Nampaknya terdapat banyak lagi “action” yang perlu saya lakukan jika ingin mendapat hasil yang bagus. Bab kata sifu saya “fast action fast result”.  Namun, bab statistik tidak berjaya di habiskan, maklumlah pening kepala nak memahaminya.

Paling menarik ialah perkongsian beliau tentang teknik menggunakan microsoft word secara professional (bukan mengikut kaedah newbie atau makcik-makcik) yang membuatkan penulisan thesis menjadi lebih cepat dan mudah. Terutamanya untuk membuat thesis formatting dan membuat draft thesis. Paling best beliau membuat demo bagaimana membuat “Table of Content” dalam thesis hanya dalam masa 3 saat sahaja. Sedankan jika dibuat secara manual, boleh mengambil masa 3 hari hingga 3 minggu. Hehehe.

Beliau juga menyarankan agar segala file document thesis, artikel di simpan dalam Dropbox. Zaman sekarang tidak perlu menggunakan kaedah backup dalam disket, CD, DVD, thumb drive, external hard disk tetapi dalam cloud backup. Ianya menjadikan dokumen itu accessible di mana-mana tempat yang ada sambungan internet. Juga merupakan backup yang paling selamat setakat ini. Dropbox boleh download secara percuma (2GB) di sini

Teknik lain ialah menulis citation, rujukan, bibliography menggunakan perisian Mendeley. Ianya sangat menjimatkan masa, kerana segala format boleh di automatikkan oleh perisian tersebut. Sebab itulah, saya hairan dengan sesetengah pelajar master seangkatan dengan saya, mereka sanggup menghabiskan masa berminggu-minggu untuk menulis references secara manual. Sedangkan jikan menggunakan  perisian seperti mendeley dan EndNote, mereka hanya boleh menulis kesemua beratus-ratus references HANYA dalam masa satu hari sahaja. Saya rasa untuk Phd nanti, saya akan bertukar kepada perisian Mendeley kerana ianya lebih mesra pengguna dan boleh diperolehi percuma. Lagipun Dr OT telah menulis buku panduan Tsunami Mendeley yang membuatkan saya jatuh cinta dengan perisian ini.

Semoga Allah swt memudahkan laluan Phd saya dan isteri saya. Jauh di sudut hati, saya juga ingin menjadi seperti Dr OT, menambah nilai dalam hidup pelajar postgraduate dengan membantu memudahkan perjalanan hidup mereka.

Microsoft Word Thesis Template for IIUM

Microsoft Word Thesis Template for IIUM

Alhamdulillah,

Pada hari ini, diberikan rezeki oleh Allah swt mendapat silver medal dalam IIUM Research, Invention and Innovation Exhibition 2013 (IRIIE 2013). Kami menyertai program ini hanya dengan meletakkan tajuk yang simple sahaja. Disebalik poster ini, ianya memberikan seribu satu makna bagi kami kerana cita-cita untuk menolong pelajar master, phd dan mungkin post-doc semakin tercapai.

Selama 2 tahun menjalani master program master in medical sciences, saya dan isteri saya mendapati bahawa teknikal aspek dalam penulisan thesis melibatkan “thesis formatting”, “bibliografi” dan “literature search” adalah sangat-sangat penting. Rata-rata pengalaman mereka yang menjalani master program menyatakan bahawa untuk menulis thesis, ianya mengambil masa selama 6 bulan.

Setelah kami melaluinya, barulah kami mengerti bahawa hampir 30% dari kerja menyiapakan thesis memerlukan kemahiran teknikal, antaranya ialah thesis formatting. Setiap universiti adalah sangat unik dalam menetapkan standard format thesis masing-masing. Mereka mengeluarkan panduan atau manual kaedah untuk menulis thesis, menetapkan margin setiap muka surat, kaedah numbering, jenis tulisan dan sebagainya yang boleh memeningkan kepala mereka yang tidak mahir komputer. Biasanya buku manual thesis template mereka melebihi seratus muka surat. Jarang sekali pelajar akan membaca dari helaian pertama sehingga akhir.

Atas dasar kemalasan yang ada pada diri saya pada awalnya, saya mula membuat sedikit research tentang universiti di luar negara; bagaimanakah mereka mengatasi masalah ini. Saya cukup kagum dengan universiti luar negara kerana masalah format thesis ini adalah suatu masalah kecil. Mereka menyusun program yang sangat tersusun kaedah menggunakan microsoft word dan menggunakannya untuk format thesis. Bahkan mereka telah memberikan Microsoft Word Thesis Template secara percuma. Di mana template ini telah dicipta mengikut standard format universiti. Pelajar hanya perlu copy dan paste sahaja raw thesis mereka dan ‘tupp!’, thesis mereka akan diformat secara “automatic”. Dengan menggunakan template ini, untuk menyiapkan table of content dan list of table / figures menjadi sangat senang. Ianya boleh digenerate hanya dalam masa kurang dari 3 saat sahaja, siap dengan page number bagi setiap topic dan sub topic.

Kelebihan UTAMA tentang thesis template ini ialah menJIMATkan masa pelajar dalam proses menformat thesis mereka. Rata-rata mengakui, paling cepat untuk mereka menformat thesis ialah seminggu, jika mengupah seseorang di bahagian post graduate, beliau mengambil masa 3 hari untuk satu thesis. Akan TETAPI apabila menggunakan Microsoft word thesis template ini, isteri saya dapat menformat thesis hanya dalam masa 3 jam sahaja bagi thesis yang mentah lagi. Template ini telah kami uji ke atas ramai pelajar post grad di kuantan campus, dan mereka telah memberikan feedback yang sangat-sangat positif.

Kami meneruskan langkah seterusnya dengan menghantar manuskrip sebuah buku manual ringkas sekitar kurang dari 50 pages (penuh dengan gambar sahaja)  untuk diterbitkan dibawah IIUM Press. Buku manual ini menceritakan kaedah menggunakan template yang telah kami reka. Harapan kami agar buku ini dapat diterbitkan dan dapat membantu seluruh pelajar IIUM agar dapat mempercepatkan proses menformat thesis mereka, seterusnya membantu mereka agar tidak ter extend tempoh pengajian gara-gara format thesis semata-mata. Insya Allah jika diberi masa, kami akan cuba mengeluarkan video kaedah menformat thesis menggunakan template ini.

Untuk permulaan ini, kami telah menyiapkan blog ringkas www.speedthesiswriting.blogspot.com. Di sini, kami memberikan template ini secara percuma untuk semua pelajar IIUM yang ingin menulis thesis mengikut format IIUM.

*** Perlu diingatkan bahawa, Microsoft Word Thesis Template ini bukanlah ganti kepada Manual Thesis yang dikeluarkan oleh pihak universiti. Ianya direka mengikut format universiti, dan tujuan ia direka untuk memudahkan pelajar menformat thesis. Sebarang kekeliruan yang timbul hendaklah dirujuk semula kepada manual IIUM yang asal. Mungkin terdapat kesilapan-kesilapan kecil dalam template ini, insya Allah di masa hadapan kami akan cuba menambah baik template ini agar dapat membantu lebih ramai pelajar IIUM.

Semoga Allah swt memberkati usaha kami yang tidak seberapa ini.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada isteri tersayang Dr Nour El Huda yang paling banyak menyumbang dalam menyiapkan template ini. Saya hanya mastermind sahaja, hehehe.

Thesis formatting

Menulis thesis tanpa format ibarat mencari nahas. Akan tetapi teknik ini sangat disukai oleh ramai orang. Tidak perlu fikir untuk belajar penggunaan styles dalam microsoft word, menjimatkan masa dan mudah.

Akan tetapi, bala akan tiba apabila terdapat minor correction terhadap thesis yang perlu dibuat. Untuk mengedit pelbagai table of content, paragraph, numbering, bullet dan etc. boleh menyebabkan masa terbuang dengan sia-sia.

Saya meng’google’ tentang perkara ini, didapati Universiti diluar negara telah menyediakan template thesis dalam bentuk yang telah tersedia dengan formatnya. Macam mana pula dengan IIUM? , saya telah membuat survey ringkas dengan lepasan master UKM dan USM, ada yang tidak pernah tahu tentang perkara ini. Hmm. nampaknya IIUM tidak ketinggalan kerana universiti lain pun ketinggalan juga.

Yang terbaik setakat ini ialah panduan dari universiti Auckland, bukan setakat menyediakan workshop untuk penulisan thesis, siap ada panduan lagi. Bilakah suasana ini akan wujud di dalam universiti di Malaysia?

Ok, mungkin saya patut bermula dan memulakan langkah ini….terpaksalah meluangkan masa selama seminggu lebih untuk mempelajarinya. Insya Allah satu lagi skill akan diperolehi.